Malang tak berbau. Seorang murid perempuan patah jari tangan kiri selepas ditimpa kipas siling bilik darjah yang terjatuh.
Bapa mangsa, Mohd, 32, berkata, kejadian itu berlaku pada jam 10 pagi di sekolah rendah anaknya berusia lapan tahun di Daerah Selama, yang turut mencederakan tiga lagi murid perempuan lain.
Semasa kejadian, anaknya betul-betul berada di bawah kipas tersebut yang terjatuh lalu menimpanya, menyebabkan jari mangsa patah dan mengalami kecederaan di bahagian dada.
"Disebabkan meja anak betul-betul berada di bawah kipas, kecederaan yang dialaminya agak serius berbanding rakannya lain.
"Sebaik dibawa ke hospital, doktor memaklumkan tulang jari kiri tangan patah dan perlu disimen," katanya.
Dalam masa sama, ibu bapa mangsa terkilan dengan pihak sekolah yang tidak mengambil tindakan segera dengan membawa kesemua mangsa ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Sebaliknya, mereka menunggu ibu bapa datang membawa mangsa ke hospital.
"Ketika isteri tiba di sekolah, keadaan tangan anak ketika itu sudah bertukar warna. Ini kes kecemasan tetapi pengurusan sekolah memberi alasan mengikut peraturan ditetapkan Jabatan Pendidikan.
"Saya dan isteri menerima takdir anak ditimpa kemalangan kerana ia bukanlah disengajakan. Cuma kami terkilan dengan tindakan pihak sekolah yang melambatkan proses rawatan ke atas anak saya dan mangsa lain," katanya.
Difahamkan, kipas yang terjatuh itu sudah uzur, berkarat dan tidak selamat untuk digunakan.
Mangsa yang mengalami kecederaan dan trauma telah diberi cuti sakit selama 14 hari. Bapa mangsa turut membuat laporan polis berhubung kejadian itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Selama.
Ketua Polis Daerah Selama, Superintendan Mohd Sabri Saad mengesahkan pihaknya menerima laporan berkenaan.
Sumber: Harian Metro
from The Reporter https://ift.tt/aoirZ0G
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/CpS3rgI
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment