Foto sekadar hiasan sahaja |
Seorang kanak-kanak lelaki dilaporkan maut selepas terjatuh dari 'baby chair' dalam kejadian yang berlaku di sebuah restoran di Taman Sutera, Johor Bahru, jam 3 petang, Selasa 4 Oktober 2022.
Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Superintendan Fariz Ammar Abdullah berkata, siasatan awal mendapati mangsa berusia dua tahun itu sedang makan bersama dengan keluarganya di restoran berkenaan kira-kira jam dua petang.
Difahamkan, mangsa dikatakan bertindak di luar kawalan dan menolak meja menggunakan kakinya lalu menyebabkan kerusinya terjatuh.
Akibat dari insiden itu, kepala mangsa terhentak di lantai dan menangis kuat sebelum tidak sedarkan diri.
Pasangan suami isteri terbabit kemudian bergegas membawa mangsa pergi ke klinik berhampiran. Tetapi doktor menasihatkan mereka untuk menghantar mangsa terus ke hospital berikutan keadaannya yang kritikal.
Mangsa kemudian dibawa ke hospital swsta di Iskandar Puteri. Malangnya, pegawai perubatan yang bertugas memaklumkan, mangsa telah meninggal dunia.
Mayat mangsa dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Sultanah Aminah (HSA) untuk dibedah siasat bagi mengetahui punca kematiannya.
Kertas siasatan telah dibuka dan diklasifikasikan sebagai kes mati mengejut.
Sumber: Harian Metro
from The Reporter https://ift.tt/TUcDki2
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/kO5iICB
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment