Foto hiasan |
Namun, apa yang berlaku selepas itu? Mampukah seseorang itu menerima perangai sebenar pasangannya? Atau hanya sekadar bertahan seketika?
Semalam, tular di media sosial luahan seorang wanita yang menyuarakan rasa kesal mendirikan rumah tangga dengan suaminya. Rasa kesal itu timbul selepas dia mengetahui lelaki itu tidak menjaga kebersihan, membuatkan dia berasa geli untuk tinggal bersama dengannya.
Difahamkan, pasangan itu baru saja mendirikan rumah tangga sejak dua bulan yang lalu.
"Suami saya pengotor. Saya baru saja berkahwin dua bulan yang lalu. Tetapi sekarang saya rasa menyesal. Saya tak sangka dia pengotor.
"Tuala basah dicampak atas tilam. Kencing bersepah, bertitis di atas tempat duduk tandas dan kahak melekat di sinki.
"Saya rasa geli, faham tak? Kadang-kadang saya tak nak bercakap dengan dia sebab saya rasa marah sangat-sangat. Macam mana nak tegur tabiat dia itu? Tolong!" katanya memetik perkongsian luahan tersebut dari Twitter ConfessTweetMY.
Husband pengotor. pic.twitter.com/nPK9IgW7HH
— Emosi (@ConfessTweetMY) October 3, 2022
Bagaimanapun, netizen mengkritik tindakan wanita berkenaan yang mengheret masalah rumah tangganya di media sosial, sedangkan dia baru sahaja mendirikan rumah tangga dan sepatutnya menyelesaikan masalah itu dengan membuat teguran terhadap suaminya.
"Baru dua bulan kahwin, dah post masalah kat sini. Bercakap sajalah dengan dia elok-elok dan masing-masing memperbaiki mana yang kurang. Baru dua bulan dah stress, macam mana nak hadap lagi lama kalau asyik memendam rasa," kata Yaya.
"Cakap terus terang, suruh dia cuci toilet atau tempat dia buat kotor tu. Lama kelamaan dia akan berubah la tu. Kalau tak berubah juga, azan katt telinga dia sambil buat live kat rancangan Wanita Hari Ini," kata Chill.
"Tegur sajalah! Kahwin dua bulan tapi tak pandai nak communicate dengan husband sendiri. Dah satu hal netizen pula yang kena fikir masalah laki kau pengotor," kata Al.
Sumber: Twitter ConfessTweetMY
from The Reporter https://ift.tt/lcRTtfa
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/9638K5L
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment