loading...

Thursday, 13 October 2022

Bebaskan Najib selepas menang PRU15? BN beri jaminan takkan campuri urusan mahkamah



Barisan Nasional (BN) memberi jaminan bahawa pihaknya tidak akan mencampuri urusan kehakiman jika berjaya memenangi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). 


Ketua Pemuda UMNO, Asyraf Wajdi Dusuki berkata, BN sentiasa menghormati sistem perundangan dan keluhuran perlembagaan sambil berbanding Pakatan Harapan (PH) yang katanya, terus giat membebaskan Anwar Ibrahim selepas gabungan parti pembangkang itu berjaya menawan PRU14 pada 2018. 


"Kami tidak akan ulangi apa yang PH lakukan bila mereka menjadi kerajaan. Kita dapat lihat bagaimana PH terlibat dan mencampuri urusan kehakiman," katanya ketika menggulas dakwaan Pengerusi Pejuang, Tun Dr Mahathir bahawa BN akan membebaskan Najib Razak jika menang PRU15. 


Mahathir juga mendakwa, UMNO akan sekali lagi memberi sogokan untuk memenangi PRU15 dan seterusnya memberi pengampunan kepada Najib. Untuk merealisasikan perkara itu, UMNO perlu memberi sogokan yang banyak kepada pengundi. 


Najib dipenjara selama 12 tahun selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan bekas perdana menteri itu bersalah atas pertuduhan menyeleweng dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd. 


Walaupun begitu, Najib sudah memohon pengampunan diraja dan speaker Dewan Rakyat masih mengekalkan statusnya sebagai Ahli Parlimen Pekan.


Sumber: MalaysiaKini



from The Reporter https://ift.tt/pbkgS1O
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/js8AoRf
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...