loading...

Thursday, 20 October 2022

Menteri gesa orang ramai lapor jika ada pendakwah jemputan dari luar negara meragukan

Foto The Star


Umat Islam di negara ini dinasihatkan untuk melaporkan kepada pihak berkuasa Jabatan Agama Islam Negeri masing-masing, sekiranya mendapati terdapat pendakwah jemputan dari luar negara yang meragukan.


Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad berkata ini kerana kerjasama daripada semua pihak amat diperlukan, bagi memastikan pihak berkuasa agama negeri dapat menjalankan siasatan terperinci sekali gus membendung pendakwah yang tidak diiktiraf.


"Kalau garis panduan Jakim (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia), kita tegas bahawa pendakwah yang tidak bertentangan dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah kita tiada masalah, yang menimbulkan konflik dan perpecahan kita tak benarkan.


"Sebab itu saya nasihat terutamanya yang nak belajar ilmu, biarlah dengan guru yang beramal dengan ilmu dia, buat perbandingan dengan ustaz yang mendapat kelulusan pihak berkuasa.


"Mana yang menghuraikan hal agama pelik-pelik itu tak perlu ikut dan terus lapor kepada jabatan agama untuk ambil tindakan," katanya ketika ditanya mengenai isu membabitkan seorang pendakwah, yang dikatakan berasal dari keturunan Nabi Muhammad SAW yang datang ke Malaysia untuk mengadakan ceramah di beberapa negeri.


Beliau berkata demikian kepada media selepas Majlis Kesyukuran Tamat Operasi Haji dan Penghargaan Sahabat Korporat Musim Haji 1443 Hijrah di Menara Tabung Haji di sini, hari ini.


Ditanya mengenai Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) atau Rang Undang-undang 355 yang tidak dapat dibentangkan kerana pembubaran Parlimen, Idris berharap ia dapat dibentangkan oleh kerajaan baharu selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).


Jelasnya, cadangan rang undang-undang itu sudah dipersetujui di peringkat Jemaah Menteri pada 26 Ogos lalu dan kini ia berada di peringkat Pejabat Peguam Negara, namun tidak sempat dibentangkan susulan pembubaran Parlimen.


"Justeru saya berharap mana-mana kerajaan baharu yang dipilih selepas PRU-15 nanti, dapat meneruskan pembentangan rang undang-undang itu dalam usaha memperkukuh bidang kuasa jenayah syariah di negara ini," katanya.


Sumber: Bernama



from The Reporter https://ift.tt/iyDO26X
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/WdkLTF2
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...