loading...

Monday, 17 October 2022

'Aku dah bagitau jangan datang rumah cakap benda bodoh, aku tetak orang' - Lelaki dakwa jadi mangsa penipuan usahawan hartanah terkenal?



Sejak akhir-akhir ini, pelbagai pihak sudah berani tampil mendedahkan aktiviti penipuan atau scammer yang didalangi oleh individu-individu berpengaruh. Lebih menyedihkan, warga emas juga tidak terkecuali dari menjadi mangsa pihak yang tidak bertanggunjawab ini.


Terkini, seorang lelaki tampil mendakwa dia telah menjadi mangsa penipuan usahawan hartanah terkenal di media sosial dan bertindak mendedahkan perkara itu di media sosial bagi menuntut semula wangnya. 


"Saya datang ke rumah lelaki ini untuk menuntut semula hak saya RM11,000. Saya datang seorang diri tanpa membawa senjata dan tidak pasal-pasal saya diugut bunuh dan diancam dengan pisau. 


"Lelaki ini dah putar-belitkan cerita dengan menuduh saya orang gila yang menceroboh rumahnya. Sedangkan dia yang tidak membayar hutang saya pada waktu itu," katanya. 


Bagi menguatkan lagi dakwaannya itu, pengadu turut berkongsi video kejadian yang dirakam tanpa pengetahuan usahawan terbabit. 


"Dengan adanya video ini, harap netizen faham apa yang saya cuba sampaikan. Bukan mudah nak menegakkan kebenaran, lebih-lebih lagi kalau orang itu dikenali ramai. Ada pangkat, ada wang ringgit, dia boleh payung keliling," katanya.


Difahamkan, pengadu sebelum ini telah membuat pembayaran (harga tanah) berjumlah RM11,000. Tetapi, selepas mendengar perkhabaran yang kurang enak mengenai usahawan berkenaan dari penduduk kampung, dia mengambil keputusan untuk membatalkan urusan itu.


Pengadu menghubungi adik kepada usahawan berkenaan dan bersetuju untuk membuat pembatalan. Wang sebanyak RM2,000 telah dipulangkan ke akaunnya melalui transaksi bank. Tetapi, baki RM9,000 sehingga ke hari ini, masih belum dibayar. Hal itu membuatkan pengadu mengambil keputusan untuk berjumpa dengan usahawan berkenaan bagi menuntut baki wangnya dengan cara baik. 


Malangnya, pengadu mendakwa dia pula yang dipersalahkan. Malah dituduh sebagai orang gila yang menimbulkan kekacauan. 


Berdasarkan video yang dikongsikan pengadu, usahawan itu berkata, "Kalau kita nak pukul orang, kita pangil orang untuk pukul. Buat apa nak susahkan diri. Call je, kita da duit," katanya yang juga mendakwa mempunyai ramai kenalan polis dan bila-bila masa sahaja boleh dihubungi untuk mengambil tindakan. 


"Kalau aku tetak orang hari ni, aku call polis. Polis datang, bukan aku yang kena tangkap. Tetapi orang yang ditetak kena tangkap. Aku boleh buat alasan orang itu buat kacau. Ramai polis kenal aku. 


"Aku dah beritahu jangan datang rumah aku cakap benda bodoh, aku tetak orang. Sebab ini rumah aku. Polis dalam Besut ni, boleh tanyalah aku macam mana," katanya dalam video itu. 


Sementara itu, pengadu menyifatkan kenyataan lelaki itu angkuh dan bagaikan negara ini tidak mempunyai undang-undang sehingga berani mengeluarkan kenyataan seperti itu. 


"Mentang-mentang ada nama dikenali ramai, boleh mengugut sesuka hati, nak bunuh orang ibarat nyawa boleh beli di kedai, nak upah pembunuh ala-ala Amerika. 


"Walaupun mampu untuk mengupah bunuh seseorang, jika Allah tidak mengizinkan.. perkara itu takkan berlaku sama sekali. Walaupun boleh bayar pihak-pihak tertentu, boleh beli undang-undang dunia, tetapi tidak undang-undang Allah. Di sini mungkin boleh terlepas, tetapi tidak di akhirat kelak. 


"Ayah Pin yang kata ada kerajaan langit itu pun dah terang-terang sesat, tetap ada pengikut dia. Janganlah kuat sangat menjilat, tergulung lidah itu nanti," katanya. 




Sumber: Wan Al Lamak

Nak dapatkan info terkini? Join group Telegram The Reporter, KLIK SINI!


from The Reporter https://ift.tt/c8VhjNa
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/8h0TelJ
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...