loading...

Thursday 1 September 2022

(Video) 'Tangkap! Tangkap! Jangan kasi lepas dia!' - Wanita ditahan mencuri barang pasar raya bernilai RM952, pasangannya sempat larikan diri



Seorang wanita berusia 31 tahun ditahan polis kerana didapati mencuri barang di sebuah pasar raya di Tebrau, Johor Bahru, malam semalam. 


Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan terdahulu menerima panggilan dari pengurus pasar raya berkenaan yang memaklumkan mengenai penangkapan suspek wanita terbabit. 


"Kejadian berlaku pada Rabu jam lebih kurang 7.15 petang. Suspek perempuan berusia 31 tahun dan suspek lelaki berusia 33 tahun telah membawa barang pasar raya keluar melalui mesin pengesan layan diri tanpa membuat pembayaran. 


"Suspek lelaki telah berjaya melarikan diri dengan menaiki kereta Honda City (WD9391A) dan memandu secara berbahaya sehingga melanggar sebuah motosikal dan sebuah kereta di tempat letak kereta ketika cuba ditahan oleh orang awam," katanya. 


Pemeriksaan yang dilakukan pada suspek wanita menemui pelbagai jenis barangan antaranya seperti coklat, Gaviscon Double Action Liquid, Seat hook, phone holder yang dianggarkan bernilai RM952.19. 


Keputusan ujian saringan air kencing juga mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine dan mempunyai tiga rekod lampau berkaitan kesalahan dadah. 


Suspek wanita telah direman selama empat hari untuk siasatan lanjut, manakala suspek lelaki yang dikenali sebagai Muhammad Firdaus Shamsudin berasal dari Gemas, Negeri Sembilan, sedang giat diburu oleh polis. 





Suspek lelaki juga mempunyai tujuh rekod jenayah lampau berkaitan dengan kes curi, jenayah dan dadah, selain dikehendaki polis.


Kes disiasat di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan. 


Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian untuk tampil menghubungi pegawai penyiasat, SJN Nuraziera Miersha Jamaludin di talian 017-3498690. 



from The Reporter https://ift.tt/J2lWS7b
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/8aiUYw4
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...