Ahli perniagaan, Aliff Syukri Kamarzaman, menasihatkan netizen tidak keterlaluan dalam memuat naik komen mengenai bekas perdana menteri, Najib Razak dan isterinya Rosmah Mansor yang baru-baru ini dijatuhkan hukuman atas pertuduhan rasuah melibatkan jumlah yang besar.
Mengakui bukan penyokong tegar pasangan berkenaan, Aliff berkata, hukuman yang dijatuhkan itu adalah dugaan bagi mereka dan netizen tidak seharusnya mengeji dan menghina.
"Dugaan Najib dan Rosmah di hujung usia. Jangan mengeji dan menghina secara melampau. Cuba bayangkan itu mak ayah kita. Lagi pun, dugaan kita nanti, tak tahu lagi macam mana.
"Semoga Najib dan Rosmah tabah dengan dugaan ini yang bukan calang-calang. Salah atau tidak, biar Allah yang tahu dan biar badan berwajib mahkamah, hakim dan polis yang akan membuat tindakan.
"Kita janganlah menambahkan lagi tekanan kepada mereka. Janganlah kita sibuk menghitung dosa orang lain sampai kita terlupa nak hitung dosa kita sendiri.
"Ingat, kesalahan mereka pun ujian untuk diri kita juga. Jangan seronok dengan dugaan orang lain sebab tangan yang menaip pun bakal disoal nanti. Kita tidak pasti lagi nasib kita esok lusa bagaimana," ujarnya.
Dalam pada itu, Aliff juga berkongsi pengalamannya yang pernah ditahan polis dan pengalaman itu merupakan detik yang tidak dapat dilupakan sehingga dia terlalu takut untuk tidur dan kencing.
"Dulu saya pernah naik kereta polis dan ditahan untuk siasatan kes yang saya tidak bersalah. Itupun saya tak mampu tidur dan kencing sebab ketakutan dan malu.
"Malah itu adalah moment yang tidak dapat saya lupakan seumur hidup saya. Ini pula kes Njaib dan Rosmah. Saya tidak dapat bayangkan perasaan itu jika saya berada di tempat mereka," katanya.
Sumber: Instagram Aliff Syukri
from The Reporter https://ift.tt/gsGblOt
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/ZmczsFC
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment