Kajian Sentimen Pengguna Separuh Kedua 2022 yang dibuat oleh Property Guru Malaysia mendapati, 51 peratus responden menyatakan mereka tidak memenuhi syarat kelayakan untuk skim perumahan mampu milik kerajaan dan tidak mampu membeli hartanah tanpa bantuan kewangan.
Dengan tindakan Bank Negara Malaysia (BNM) yang mengumumkkan kenaikan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak tiga kali berturut-turut tahun ini membuatkan bakal pembeli rumah terus berdepan dengan isu kemampuan.
51 peratus responden menyatakan mereka tidak layak untuk skim bantuan perumahan kerajaan dan jauh sekali berkemampuan membeli hartanah tanpa bantuan kewangan.
Pengurus Negara, Malaysia (PropertyGuru.com.my dan iProperty.com.my), Sheldon Fernandez menjangkakan bakal pembeli rumah akan terus mengambil pendekatan tunggu dan lihat sehingga kos sara hidup kembali stabil.
Sheldon berharap, Pembentangan Belanjawan 2023 akan memgumumkan peruntukan bagi membantu memacu pasaran hartanah dan membantu bakal pembeli rumah memulakan perjalanan pemilikan rumah.
69 peratus responden dari kajian itu juga merancang untuk membeli rumah sekiranya Kempen Pemilikan Rumah dihidupkan semula.
Namun, ada responden yang menunjukkan kebimbangan berlakunya bencana banjir (92%) dan tanah runtuh (83%) yang melanda beberapa kawasan di seluruh Malaysia yang akan memberi kesan negatif kepada hartanah dalam jangka panjang.
Sebanyak 66 peratus responden pula sanggup membayar premium insurans yang lebih tinggi ke atas hartanah untuk kesan perubahan iklim kerana tiada sesiapa yang dapat meramalkan rumah mereka akan dilanda banjir atau sebarang bencana alam.
Selain itu, ada responden yang menyatakan bahawa panel solar, penuaian air hujan dan pengkomposan sisa makanan adalah ciri-ciri penting yang perlu dimiliki pada masa hadapan.
Tiga responden dari kumpulan berpendapatan tinggi pula sanggup membayar lebih untuk hartanah yang menyediakan port pengecas kenderaan elektrik (EV).
Sumber: Berita Harian
from The Reporter https://ift.tt/n0kjQD2
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/wqE5l7n
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment