loading...

Wednesday 28 September 2022

Bekas pengarah AADK Melaka didenda RM3,000 kerana terima rasuah RM400

Foto hiasan sahaja


Seorang bekas pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Negeri Melaka didenda RM3,000 oleh Mahkamah Sesyen Ayer Keroh kerana menerima suapan wang tunai, empat tahun lepas.


Hakim Elesabet Paya Wan turut menjatuhkan hukuman penjara enam bulan sekiranya tertuduh, Mohamad Yusof Kameh, 55, gagal menjelaskan denda berkenaan.


Mohamad Yusof terdahulu mengaku bersalah atas pertuduhan pilihan iaitu secara rasuah menerima untuk dirinya suatu benda berharga iaitu wang tunai RM400 tanpa balasan daripada Budyarif Rahmat yang mempunyai hubungan dengan kerja-kerja rasminya.


Mohamad Yusof didakwa melakukan kesalahan itu di Pejabat Agensi Antidadah Kebangsaan Negeri Melaka pada 22 Jun 2018.


Pertuduhan pilihan itu dibaca mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-keduanya, jika sabit kesalahan.


Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Negeri Melaka Nur Syakila Yaacob manakala Mohamad Yusof diwakili peguam Datuk Naran Singh.


Sumber: Bernama



from The Reporter https://ift.tt/mjd1nHc
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/eX0CgsG
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...