loading...

Sunday, 11 September 2022

'Apa yang saya cakap adalah benar' - KJ tegaskan, Mohamad Hasan minta dia berundur dari kerusi Rembau



Dua hari lalu,  Timbalan Presiden UMNO, Mohamad Hasan, menafikan dakwaan akan bertanding di kerusi Parlimen Rembau pada Pilihan Raya Umum ke-15 dan menegaskan suka hati dia untuk bertanding di kerusi Parlimen mana sekali pun kerana dia merupakan Timbalan Presiden parti tersebut. 


"Saya tak pernah cakap nak bertanding di mana-mana. Cuma saya beritahu sudah sampai masanya untuk bertanding di peringkat Parlimen, di Parlimen mana suka hati saya lah, saya Timbalan Presiden," katanya. 


Baca: 'Bertanding di Parlimen mana, suka hati saya lah, saya Timbalan Presiden UMNO' - Tok Mat Hasan


Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin semalam tampil mempertahankan dakwaannya bahawa Mohamad Hasan sememangnya ada meminta dia memberi laluan dan tidak bertanding semula di kerusi itu pada PRU15. 


"Saya tak mahu bercakap perkara ini secara terbuka lagi kerana saya telah nyatakan apa yang saya perlu katakan dan apa yang saya cakap adalah benar. 


"Saya tak perlu buktikannya tapi biar saya selesaikannya secara tertutup," katanya. 


4 September lalu, Khairy memaklumkan dia  tidak akan mempertahankan lagi kerusi Parlimen Rembau pada PRU15 kerana perlu memberi laluan kepada Mohamad Hasan yang mahu bertanding di kerusi tersebut. 


"Oleh kerana beliau adalah Ketua UMNO Bahagian Rembau dan saya timbalan kepada beliau, jadi beliau telah meminta saya mencari tempat lain la sebab dia kata dia nak bertanding di Rembau," katanya. 


Sumber: MalaysiaKini



from The Reporter https://ift.tt/HPSp752
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/O1CqEsx
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...