Polis menahan seorang lelaki berusia 29 tahun kerana tergamak membakar isterinya, 29, dan anaknya, 6, sehingga mati dalam kejadian yang berlaku pada 11 September lalu di Sidoarjo, Indonesia.
Ketua Polis Sidoarjo, Kusumo Wahyu Bintoro berkata, suspek membakar isteri dan anaknya selepas kantoi menonton video lucah.
"Motif kejadian, suspek kantoi menonton video lucah lalu menyimbah minyak pada isterinya yang ketika itu sedang memandikan anak di bilik mandi, sebelum dibaling dengan mancis yang telah dinyalakan api," katanya.
Dua beranak berkenaan dikatakan sempat keluar melarikan diri dan diselamatkan oleh penduduk berdekatan yang kemudian meminta bantuan dari paramedik.
Akibat dari kejadian itu, kedua kaki wanita itu mengalami luka terbakar, manakala anaknya pula luka melecur di bahagian betis.
Sementara itu saksi kejadian mendedahkan, ada jiran yang terdengar jeritan mangsa yang meminta tolong. Namun mereka tidak berani tampil membantu kerana bimbang akan dicederakan oleh suspek.
Tidak beberapa lama selepas kejadian itu, suspek membawa anak dan isterinya ke klinik berhampiran untuk mendapatkan rawatan. Suspek sempat memberi amaran untuk tidak melaporkan kejadian itu kepada pihak berkuasa, sebelum melarikan diri dari klinik tersebut.
"Dia sangat dikenali dengan sikap panas barannya dan suka memukul isteri dan änak-anaknya. Tetapi kami tidak berani masuk campur.
"Suspek berkahwin dengan mangsa dan dikurniakan dua anak berusia dua dan empat tahun. Kebetulan yang dibakar suspek itu merupakan anak mangsa bersama dengan bekas suaminya sebelum ini," katanya.
Suspek telah ditahan dan akan didakwa atas pertuduhan menganiaya mangsa sehingga menyebabkan kecederaan. Jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara selama lima tahun.
Selain itu, suspek turut didakwa di bawah akta perlindungan kanak-kanak dengan ancaman hukuman selama tiga tahun enam bulan.
Sumber: Liputan6
from The Reporter https://ift.tt/vEhClts
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/RVHu78E
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment