Menjelang Belanjawan 2023 yang akan dibentangkan di Parlimen pada 7 Oktober ini, Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam Malaysia (CUEPACS) menggesa kerajaan mempertimbangkan pemberian bonus kepada penjawat awam.
Presiden Cuepacs, Datuk Adnat Mat berkata, pihaknya sangat berharap kerajaan dapat mempertimbangkan bonus minimum sekurang-kurangnya sebulan gaji memandangkan penjawat awam kini berdepan dengan krisis kenaikan harga barang makanan.
Walaupun kerajaan sudah mengumumkan Bantuan Khas Kewangan (BKK) baru-baru ini, tetapi Cuepacs merayu agar kerajaan memberi bonus kerana sudah 11 tahun penjawat awam tidak diberikan bonus.
"Kami sudah melaksanakan tugas sebaik mungkin dari segi penyampaian perkhidmatan kepada rakyat termasuk ketika 9 Mei 2018 (pilihan raya) dan 1 Februari 2020 (pertukaran kerajaan).
"Kami terus kekal memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat dan negara.
"Malah, kami menjadi orang hadapan dalam menghadapi pandemik Covid-19 dan bencana alam, selain menjaga ketenteraman negara ini, jadi kami harap kerajaan pertimbangkan pemberian bonus walaupun BKK sudah diumumkan," katanya
Sumber: Harian Metro
from The Reporter https://ift.tt/xa0pLTQ
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/1ekpMUc
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment