loading...

Tuesday, 24 August 2021

Lelaki tetak bapa kerana bengang dengar suara tangisan anak saudara berusia 4 tahun


Seorang lelaki warga emas berusia 66 tahun parah ditikam anak lelakinya berusia 23 tahun yang dipercayai marah selepas mendengar anak saudaranya menangis. 


Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superintendan Mohamad Ismail Jamaluddin berkata, kejadian itu berlaku pada jam 11 pagi tadi di kediaman mereka berhampiran Pasar Bachok.


Difahamkan ketika kejadian, saksi yang juga anak saudara perempuan suspek berusia 16 tahun bersama dengan suspek dan mangsa di rumah itu, dengan seorang lagi adiknya berusia empat tahun. 


Menurut saksi, kejadian bermula apabila suspek memarahi mangsa kerana tidak tahan mendengar suara tangisan adiknya lalu bertindak memukul mangsa. Bapa suspek cuba menghalang tetapi gagal. 


Suspek terus pergi ke dapur dan mengambil sebilah pisau lalu menikam bapanya beberapa kali di bahagian kepala, leher dan anggota badan yang menyebabkan kecederaan di leher kanan, atas kepala, telinga kiri, tapak tangan kiri dan calar di lengan tangan kiri. 


Saksi kemudian segera melarikan diri bersama adiknya untuk meminta pertolongan. Manakala warga emas terbabit menghubungi anak lelakinya yang lain untuk memaklumkan kejadian itu. Tidak beberapa lama kemudian, anak mangsa pulang dan meminta suspek meniarap di lantai. Mangsa dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan sebelum membuat laporan polis. 


Siasatan awal polis mendapati, suspek merupakan pesakit mental yang menerima rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian sejak lima tahun lalu dan mengambil ubat setiap enam bulan. 


Polis mengesahkan punca kejadian adalah disebabkan suspek tidak suka mendengar suara tangisan anak saudaranya. Suspek yang tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau dan keputusan saringan air kencing juga adalah negatif, disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan. 


Sumber: Harian Metro



from The Reporter https://ift.tt/3muAZyI
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2WmSpTb
via IFTTT

(Video) 550 ekor biri-biri maut dipanah petir ketika sedang meragut rumput


Media di Georgia baru-baru ini melaporkan sebanyak 550 ekor biri-biri maut dipanah petir ketika sedang meragut di padang rumput di pergunungan Ninotsminda, selatan Georgia. 


Menurut laporan kejadian itu berlaku pada 9 Ogos di mana pemilik ternakan, Nikolay Levanov, menerima panggilan dari pengembala memaklumkan ratusan ekor biri-biri telah terbunuh dalam ribut petir. Apa yang tidak diketahui oleh Levanov ialah, rakannya itu juga menjadi mangsa panahan petir. Tetapi hanya sekadar pengsan seketika. 


Gambar dan video di lokasi menunjukkan ratusan bangkai biri-biri bergelimpangan di padang rumput di Gunung Abul, kawasan pengembalaan yang popular di selatan Georgia. 


Levanov dan rakannya cuba meminta bantuan kewangan dari pihak berkuasa untuk menanggung kerugian itu, tetapi pihak berkuasa pula menyatakan mereka perlu menentukan punca sebenar kematian haiwan ternakan itu. 



"Sejujurnya, ini adalah kes pertama kali berlaku. Kami belum pernah dengar yang ribut petir mampu membunuh begitu banyak biri-biri. Sudah tentu pejabat Datuk Bandar akan beri bantuan. Tetapi pemiliknya perlu mencari punca sebenar kematian haiwan tersebut," kata Alexander Mikeladze, Timbalan Datuk Bandar Ninotsminda. 


12 Ogos 2021, sebanyak 550 bangkai biri-biri dibakar di lokasi kerana tiada kemudahan yang dapat digunakan untuk membawa turun bangkai haiwan ternakan itu. Tidak dapat dipastikan sama ada pemiliknya diberikan pampasan. 


Kejadian yang sama pernah berlaku pada tahun 2016 di Norway, ketika sekumpulan kira-kira 300 ekor rusa ditemui mati di kawasan terpencil di Hardanangervidda.


Sumber: Oddity Central



from The Reporter https://ift.tt/3zgiLob
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/3y8oEmh
via IFTTT

Golongan Anti-vaksin Malaysia sanggup bayar RM1,000 untuk dapatkan sijil palsu lengkap 2 dos vaksin


Semenjak kerajaan mengumumkan kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) bagi mereka yang telah lengkap dua dos suntikan vaksin Covid-19, golongan anti-vaksin masih berdegil untuk mendapatkan suntikan vaksin dan kini sedang gigih mencari jalan untuk mendapatkan sijil palsu lengkap vaksin. 


Menurut sumber, ada individu anti-vaksin yang sanggup membayar harga tinggi untuk mendapatkan sijil tersebut tetapi enggan disuntik, kerana mereka juga mahu menikmati keistimewaan yang diperolehi oleh golongan yang sudah divaksin. 


Gambar screenshot dari kumpulan sembang antivaksin di Telegram yang dikenali sebagai Anti Vaksin Malaysia Chat, viral di media sosial menunjukkan kumpulan berkenaan bertukar-tukar maklumat bagaimana dan di mana mereka boleh mendapatkan sijil tersebut tanpa perlu disuntik. 


Sebuah klinik swasta di Pulau Pinang mendedahkan, pihaknya baru-baru ini mendapat banyak panggilan dari golongan anti-vaksin dan cuba menawarkan rasuah agar kehendak mereka dapat dipehuni. 



Dr Steven Chow, Presiden Persekutuan Persatuan Pengamal Perubatan Swasta Malaysia (FPMPAM) mengesahkan percubaan seperti itu sememangnya berlaku dan pihaknya akan menentang mana-mana doktor yang bersetuju dengan amalan yang tidak beretika itu. 


Sumber: World of Buzz, Malaysia Now



from The Reporter https://ift.tt/3gtFN3I
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/3mqvilp
via IFTTT

Pelawak Afghanistan mati ditembak kerana selalu buat gurauan mengejek puak Taliban


Seorang pelawak Afghanistan yang kerap memuat naik kandungan mengejek Taliban ditangkap dan dihukum tembak sampai mati oleh skuad penembak. 


Dalam video viral yang dipercayai dirakam pada akhir Julai lalu menunjukkan, Nazar Mohammad atau lebih dikenali sebagai Khasha Zwan, dilihat berada di tempat duduk penumpang belakang kenderaan bersama dengan dua lelaki yang dipercayai anggota Taliban, sambil diacu dengan senapang. 


Menurut Human Rights Watch, Zwan telah dibunuh oleh Taliban pada akhir Julai 2021 di Kandahar selepas kota itu berjaya diawan oleh Taliban. 


Zwan amat dikenali kerana selalu mengejek golongan Taliban melalui lagu dan tarian termasuk beberapa daripadanya 'hasil karyanya' dimuat naik di akaun TikTok miliknya. 


Dalam video terakhir ketika ditangkap, Zwan masih sempat membuat lawak menyebabkan seorang penjuang Taliban yang berada di sebelah kanan berang lalu menamparnya sebanyak dua kali. 



Tidak beberapa lama selepas itu, Zwan ditembak beberapa kali oleh skuad penembak sehingga mata. Berdasarkan laporan sumber tempatan, gambar-gambar yang menunjukkan mayat Zwan dalam keadaan berbaring di tandas dengan kesan potong di bahagian leher. 


Zwan sebelum ini berkhidmat sebagai polis yang menjadikan dia sasaran pembunuhan balas dendam, selain disebabkan gurauan (ejek Taliban) yang kasar dan lagu-lagu yang lucu. 


Sumber: Daily Mail




from The Reporter https://ift.tt/3mtJ4Uo
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/3BaKBmi
via IFTTT

Lelaki 'tunggang' anak saudaranya sendiri ketika isteri sedang jalani kuarantin Covid-19


Seorang lelaki berusia 41 tahun ditahan polis kerana disyaki mencabuli anak saudaranya sendiri. Pengusaha bengkel membaiki kenderaan bermotor di Kecamatan Kedungwaru, Indonesia itu dikatakan melakukan perbuatan keji tersebut ketika isterinya sedang menjalani kuarantin kendiri kerana disahkan positif Covid-19. 


Perbuatan suspek terbongkar selepas mangsa menceritakan kejadian itu kepada rakannya yang dia sudah tiada dara dan masa depannya hancur musnah. Rakannya kemudian mendesak mangsa untuk memberitahu siapa pelakunya lalu diadukan kepada ibu mangsa. 


"Mangsa akhirnya memberitahu ibu yang dia telah dicabuli oleh bapa saudaranya dan satu laporan polis telah dibuat berhubung kejadian itu. Bertindak di atas laporan itu dan keterangan dari sejumlah saksi dan mangsa, pihak kami telah berjaya menahan suspek," kata Ketua Polis Tulungagung, Retno Pujiarsih. 


Menurut keterangan mangsa berusia 14 tahun itu berkata, suspek mula mencabulnya sejak akhir Mei 2021. Bukan hanya sekali, tetapi beberapa kali. Suspek juga tidak mempedulikan isterinya yang sedang menjalani kuarantin kendiri.


Suspek dan mangsa dipercayai pernah melakukan hubungan badan. Bahkan isteri suspek pernah curiga dengan kelakuan suami dan anak saudaranya itu di mana mereka berdua pernah didapati berdua-duaan dalam bilik yang terkunci. Akhirnya mangsa dibawa pulang keluarganya ke Malang dan terbongkar segala perbuatan tidak bermoral suspek. 


Siasatan awal mendapati, terdapat bukti bahawa mangsa mengalami serangan seksual. Suspek akan didakwa di mahkamah dan bakal berdepan dengan hukuman penjara maksimum 15 tahun jika sabit kesalahan. 


Sumber: Agensi



from The Reporter https://ift.tt/3jcUlGQ
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/3mrHZwi
via IFTTT

(Video) Gadis TikTok maut terjatuh dari tingkat 9 ketika rakam gambar selfie matahari terbenam di atas bumbung

Seorang gadis TikTok maut terjatuh dari bangunan 9 tingkat selepas memanjat bumbung bangunan kediaman bagi merakam video/gambar untuk kandungan akaun TikToknya. 


Kubra Dogan, 23, terdahulu menziarahi sepupunya, Helen, 16, pada Jumaat lalu di Istanbul, Turki sebelum kedua-dua mereka mengambil keputusan untuk membuat rakaman video di atas bumbung. 


Kebetulan pada ketika itu matahari sedang terbenam (jam 7.30 petang) dan dua gadis berkenaan segera memanjat bumbung untuk merakamkan detik indah itu sambil berselfie. 


Dalam masa yang sama, Dogan meminjak bahagian bumbung berwarna kelabu tanpa menyedari penutup itu sebenarnya adalah plastik, menyebabkan penutup tersebut pecah dan Dogan terjatuh dari ketinggian 160 kaki. 


Sepupunya yang terkejut melihat kejadian itu segera berlari ke rumah dan memberitahu keluarga mengenai apa yang telah berlaku lalu membuat panggilan kecemasan untuk meminta bantuan. 


Beberapa minit kemudian, paramedik tiba di tempat kejadian. Malangnya Dogan disahkan telah meninggal dunia tanpa sempat diberikan sebarang bantuan perubatan. 



Ahli keluarga mangsa sedang mempertimbangkan untuk memfailkan saman terhadap kontraktor bangunan yang dipertanggungjawabkan kerana memasang penutup plastik tersebut. Mereka nekad untuk mengheret kontraktor berkenaan ke mahkamah untuk menuntut keadilan bagi pihak Dogan. 


Sumber: Daily Mail



from The Reporter https://ift.tt/3zd2iRK
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/3yeasIv
via IFTTT

'Tanpa 2 dos vaksin pun kami dah selamat dine-in, Alhamdulillah Allah bagi mudah' - Bangga langgar SOP, pasangan suami isteri ditahan polis


Keterujaan berkongsi hasil eksperimen sosial dine-in di kedai makan tanpa dua dos suntikan vaksin di media sosial mengundang padah apabila pasangan suami isteri yang masing-masing berusia 35 dan 36 tahun ditahan polis. 


Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Amar Ramli berkata, pihaknya menerima aduan mengenai perkongsian Mujaheeda Soleha di Facebook yang membuat eksperimen sosial di mana dia, suami dan anak masuk ke beberapa premis walaupun belum mendapat dua dos suntikan vaksin Covid-19. 


Perbuatan pasangan berkenaan telah menimbulkan kebimbangan orang awam dan bertindak di atas aduan itu, polis telah menahan kedua-dua suspek pada jam 5 petang semalam di Bandar Putera 2, Klang untuk disiasat mengikut Seksyen 269 Kanun keseksaan/Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan/Seksyen 22 (b) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Seksyen 233 Akta Suruhanjaya Komunikasi Malaysia.


Pasangan itu dibebaskan dengan jaminan polis selepas keterangan mereka diambil. 


Terdahulu, Mujaheeda dengan bangganya mengatakan mereka sekeluarga dapat makan di kedai tanpa perlu menunjukkan sijil digital vaksinasi (lengkap dua dos suntikan vaksin) seperti yang dilaporkan media sebelum ini kebanyakan premis menetapkan peraturan baharu itu. 


"Hari tu beberapa hari saya duk buat social experiment, selepas media beritahu yang dua dos suntikan vaksin boleh masuk situ sini. Yang tak ada dua dos boleh mereput kat rumah, kata orang yang selalu tak puas hati dengan antivaksin. 


"Saja nak test, bukan gerai-gerai tepi jalan saja saya pergi. 7 Eleven, Speedmart, Pizza Hut, semua kedai saya masuk. Satu premis pun tak ada yang check saya dua dos ke tidak. Seorang pun tak tanya. Alhamdulillah, Allah bagi mudah. 


"Suami pun ada buat juga social experiment dia sendiri. Dia pergi barber nak gunting rambut tapi kena halau. Dua barber dia pergi, pakat halau sebab tak ada dua dos. Kehkehkeh. Sian my hubby, last dapatlah dia masuk satu barber tu tak tanya apa-apa pun. Masuk, gunting rambut, settle. 


"Barber yang halau orang tu memang tak mahu duit, dah kaya la tu. Barber yang tak tanya apa-apa tu memang betul nak cari duit. So selepas ini kita support barber yang betul-betul cari duit tu je. 


"Dan pagi tadi alang-alang berbasikal sekeluarga, kami buat social experiment lagi. Nak tahu kena halau ke tidak kalau masuk dine-in kat restoran ini sebab tengok ramai je orang duduk dine-in kat situ. 


"So kami masuk dengan selamba, buat muka confident acah-acah complete tiga dos gitu. Duduk, makan minum, blah. Seorang pun tak tanya, tak periksa. Alhamdulillah Allah bagi mudah. 


"So siapa kata tak cucuk dua dos tak boleh dine-in? Tanpa dua dos pun kami dah selamat dine-in pagi tadi. Apa yang mustahil? Tak ada," tulisnya sebelum dia dan suaminya ditahan polis selepas kenyataannya viral di media sosial. 



Di media sosial, ramai netizen yang mengecam pasangan berkenaan yang dianggap riak dan tindakan itu akhirnya memakan diri dan keluarga. 


"Inilah punca-punca kes positif tak menurun. Benak, biut, degil, lepas tu nak salahkan kerajaan," kata Remy. 


"Sembang macam hebat, last-last tutup Facebook terus. Kes tengah meningkat pun masih nak pentingkan diri sendiri. Tak fikir langsung orang sekeliling. Tak payah nak antivaksin sangat lah. Kalau dah kena nanti barulah tahu vaksin tu berguna ke tidak," kata Isabella. 


"PDRM sila kutip orang-orang yang suka bereksperimen macam ni. Memudaratkan orang lain je. Sudahlah tidak menyumbang herd immunity, memudaratkan orang pula tu. Patut orang begini duduk diam-diam dalam rumah je. Ini tidak, bangga pula menunjuk," kata Fatin Amani. 


Sumber: Bernama, Harian Metro, Facebook



from The Reporter https://ift.tt/3DfRtRc
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/3klz50U
via IFTTT

Sunday, 22 August 2021

'Vaksin ni Tuhan ke apa? Jangan jadi haiwan ternakan, mati selepas vaksin' - Suhaimi Saad


Bekas penyanyi nasyid, Suhaimi Saad, 41, kembali menjadi bualan netizen di media sosial susulan beberapa kenyataannya tidak bersetuju dengan pelaksanaan pemberian Vaksin Covid-19 yang telah meragut banyak nyawa sejak virus itu mula merebak Disember 2019. 


Dalam kenyataan terbarunya pada 18 Ogos 2021, "Vaksin ni Tuhan ke apa?" mengundang ramai golongan anti-vaksin bersetuju dengan kenyataan Suhaimi, lebih-lebih pada waktu ini kebanyakan premis menetapkan hanya individu yang lengkap dengan dua dos suntikan vaksin boleh masuk ke dalam premis, sekali gus menyukarkan golongan anti-vaksin untuk menikmati kelonggaran yang ditetapkan oleh kerajaan.


"Vaksin ni Tuhan ke apa? Nampak macam lebih besar pula dari MyKad dan syahadah. Nak masuk masjid, haji umrah, mall, kedai makan, semua nak kena dua dos dulu. Cuba korang check SOP ni siapa punya. 


"Kalau ikutkan hadis-hadis yang aku baca, akhir zaman ni yang perasan nak jadi Tuhan dan nak semua orang sembah dia ni ada satu je, Dajjal. Allah bagi kita mata, telinga, hati dan akal untuk melihat, mendengar, menilai dan berfikir. Jangan jadi haiwan ternakan, mati selepas vaksin. 



"Masjid pun kau tutup, hadkan, sulitkan. Kau susahkan rakyat dengan SOP bodoh yang langsung tak berkesan sampai berapa ramai orang yang menderita, menganggur dan mati. Sekarang dah nak wajibkan dua dos di semua premis. Korang ni muslim ke kafir? Otak dah hilang ke tercicir?


"Tak nampak ke bala-bala yang dah banyak Allah tunjuk tu? Nak tunggu bala sampai depan mata dulu ke baru nak sedar dan bertaubat? Kerajaan zalim, kerajaan gagal, kerajaan dajjal. 


"Tak wajibkan vaksin, tapi itu tak boleh, ini tak boleh, rentas negeri tak boleh, haji umrah tak boleh, solat Jumaat tak boleh, semua nak kena dua dos dulu. Ini jawapan aku, "Ada aku kesah!". 


 


"Aku berhak bersuara dan mengingatkan orang di wall aku sendiri. Aku berhak sampaikan apa yang Nabi aku sampaikan. At least aku tak melalak di laman orang. Kau tulah (netizen) sebenarnya yang muka tak malu dan suka buat kecoh. Datang tanpa diundang, pastu buat semak kat rumah orang. Sampah! Hidup tak ada faedah, lebih baik kau jadi batu. Boleh juga buat baling anjing. Mohon terasa. 


"Hanya orang bodoh yang akan mematuhi peraturan bodoh. Aku respek 779 cikgu-cikgu Johor tu. Cikgu bukan orang-orang bodoh seperti kebanyakan netizen lembu. Semoga Allah bantu dan permudahkan urusan diorang," katanya. 


Sumber: Instagram Mosus Official



from The Reporter https://ift.tt/3832Iyj
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/3mo7MFL
via IFTTT

Saturday, 21 August 2021

Zuraida teringin pergi ke Afghanistan untuk bimbing Taliban bantu golongan wanita


Baru-baru ini, Taliban dilaporkan berjaya menawan Afghanistan setelah memasuki Istana Presiden di Kabul. Presiden Afghanistan, Ashraf Ghani pula melarikan diri setelah mengetahui perkara itu dan meninggalkan rakyatnya dalam keadaan kucar-kacir. 


Disebabkan ramai rakyat Afghanistan bimbang Taliban akan memerintah negara itu dengan amalan lama (syariah) seperti hukuman rejam, sebat dan gantung termasuk wanita tidak dibenarkan bekerja, membuatkan rakyat ketakutan dan memilih untuk melarikan diri dari negara itu. 


Bagaimanapun, Taliban kali ini berjanji akan memerintah Afghanistan dengan cara yang lebih baik. Ini termasuk menghormati hak kaum wanita dan melindungi warganegara dan warga asing. 


Isu 'peralihan kuasa' di negara itu turut menarik perhatian Zuraida Kamaruddin yang menyatakan hasratnya ke negara berkenaan bagi membimbing kerajaan baharu Taliban dari segi pembangunan dan pemberdayaan wanita seperti mengoptimumkan peranan wanita dalam politik, pendidikan, ekonomi dan masyarakat. 


"Sekiranya berpeluang, saya turut berminat untuk ke sana sekali lagi. Kali ini bagi membantu membimbing pemerintah dan rakyat Afghanistan dari segi aspek pembangunan dan pemberdayaan wanita. 


"Mungkin terdapat sedikit sinar harapan untuk kemajuan wanita di rantau itu apabila pemimpin Taliban menyuarakan pendirian bagi membenarkan kanak-kanak perempuan meneruskan pendidikan. 


"Kita harus melihat sejauh mana komitmen Taliban untuk terus membenarkan perkara tersebut dilaksanakan. Kita harus terus mencari jalan agar wanita dan kanak-kanak perempuan di Afghanistan mempunyai peluang untuk memajukan diri mereka demi matlamat untuk mencapai masa hadapan lebih baik," katanya.


Sumber: Free Malaysia Today



from The Reporter https://ift.tt/3AYwWi9
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/3mjnzFV
via IFTTT

(Video) Gadis TikTok diserang 400 lelaki Pakistan 'Sangap' sampai pakaian koyak rabak ketika sambutan Hari Kemerdekaan


Viral di media sosial video dari Lahore, Pakistan menunjukkan ratusan lelaki menyerang seorang gadis di monumen nasional Minar-e-Pakistan yang dilaporkan berlaku pada 14 Ogos lalu ketika negara itu sedang menyambut Hari Kemerdekaan. 


Ratusan lelaki berkumpul mengepung gadis TikTok itu sehingga ada yang mengoyakkan pakaian selain mengambil kesempatan ke atas dirinya yang tidak berdaya melawan. 


Mangsa telah membuat laporan polis berhubung kejadian itu. Menurut laporan mangsa yang dikutip dari media Pakistan, Dawn News, mangsa berkata dia pergi ke monumen tersebut bersama dengan enam rakannya untuk merakam gambar/video sempena Hari Kemerdekaan dan ketika itulah mereka didatangi lebih kurang 300 hingga 400 orang yang menyerang mereka. 



Berdasarkan video, mangsa berada di tengah kerumun sambil dilindungi oleh beberapa lelaki lain yang cuba menghalang kumpulan terbabit dari mengapa-apakan mangsa. Salah seorang budak lelaki memakai kurta hijau dapat dilihat melemparkan sesuatu ke arah mangsa yang ketika itu sedang diseret. 


Mangsa dalam aduannya berkata, dia banyak kali mencuba untuk melarikan diri tetapi gagal kerana terhalang dengan jumlah kumpulan itu yang terlalu ramai. Malah, cincin dan anting-antingnya juga telah disamun dalam kejadian itu. Rakan-rakannya juga menerima nasib yang sama apabila telefon dan kad pengenalan mereka dirampas. 



Kejadian itu mengundang kemarahan pihak berkuasa dan beberapa tokoh ternama di negara itu yang menyatakan rasa terkejut, sekali gus menunjukkan keselamatan golongan wanita di Pakistan amat rendah. 


"Serangan yang berlaku pada mangsa amat memalukan setiap warga Pakistan. Ini memberikan kesan buruk dalam masyarakat kita. Mereka yang bertanggungjawab mesti dihadapkan ke muka pengadilan," kata Buttho Zardari, anggota dewan dan Ketua Parti Rakyat Pakistan. 


Bagaimanapun dalam laporan terbaru dari media tempatan mendakwa, kejadian itu berkemungkinan telah dirancang. Salah seorang anggota pengawal keselamatan berkata, mangsa berupaya untuk melarikan diri dari insiden itu tetapi tidak berbuat demikian. Sebaliknya kekal berada di tempat kejadian selama dua jam.


Dakwaan itu mencetuskan banyak persoalan sama ada mangsa sengaja menimbulkan kekecohan dengan tujuan mendapatkan ramai viewer atau dibayar untuk mengaibkan negara itu di mata dunia. 


Polis juga telah menubuhkan pasukan khas untuk menyiasat kes itu termasuk dakwaan mangsa yang mengatakan pihak polis tidak menjawab 15 panggilan kecemasan yang dibuat olehnya. 


Sumber: Independent



from The Reporter https://ift.tt/3k9EEiY
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2WaM4u4
via IFTTT

'Kamu tidak berhati perut, apa dosa anak ini sehingga kamu tergamak menderanya?' - Dera bayi 11 bulan secara seksual sehingga mati, tukang gunting rambut dihukum mati


Mahkamah Tinggi di Shah Alam hari ini menjatuhkan hukuman mati terhadap seorang bekas tukang gunting rambut selepas mendapatinya bersalah membunuh bayi perempuan berusia 11 bulan dan menyifatkan perbuatan itu amat kejam kerana mangsa mengalami kecederaan serius selain didera dari segi seksual.


Hakim Datuk Abdul Halim Aman menjatuhkan hukuman itu terhadap Hazmi Majid, 39, selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah pada akhir kes pembelaan.


Hazmi yang merupakan suami kepada pengasuh bayi itu didakwa membunuh dan menyebabkan kematian Nur Muazara Ulfa Mohammad Zainal atau Zara di sebuah rumah di Apartmen Sri Cempaka, Jalan 6/3, Seksyen 16, Bandar Baru Bangi, antara 10.30 pagi dan 1.30 tengah hari, pada 7 Nov 2018.


Dalam penghakimannya, Hakim Abdul Halim berkata beliau tidak dapat membayangkan betapa seksa dan deritanya bayi itu menanggung kesakitan.


“Kamu tidak berhati perut, tiada perasaan dan tindakan kamu tidak berperikemanusiaan,” katanya.


Beliau berkata si mati turut mengalami perbagai kecederaan yang serius antaranya pendarahan di bawah kulit kepala, tengkorak pecah serta pendarahan di bahagian atas dan belakang otak selain terdapat kesan lebam di lengan kanan yang menurut doktor ia adalah kesan akibat gigitan orang dewasa.


“Lebih menyedihkan lagi, bayi itu turut didera dari segi seksual dengan dahsyatnya. Sesungguhnya perbuatan kamu amatlah kejam. Apa dosa anak ini sehingga tergamak kamu menderanya dan memperlakukannya sedemikian rupa? 


"Kamu sendiri ada anak, apa perasaan kamu seandainya anak kamu diperlakukan sepertimana kamu lakukan kepada si mati?” tanya Hakim Abdul Halim.


Beliau turut menasihati ibu bapa untuk mengambil iktibar daripada apa yang berlaku dan lebih berhati-hati dalam memilih pengasuh untuk mengasuh anak-anak.


“Kaji dan selidik dahulu latar belakang pengasuh terutamanya pengasuh yang tidak mempunyai pertalian keluarga dengan kita. Jangan mudah terpedaya dengan pengiklanan yang menawarkan khidmat pengasuh dan selidik latar belakang pengasuh serta ahli keluarganya terlebih dahulu. Jangan tersalah pilih kerana akibatnya seperti menyerahkan anak ke sangkar maut,” katanya.


Seramai 22 saksi pendakwaan dan seorang saksi pembelaan iaitu tertuduh sendiri dipanggil memberi keterangan pada perbicaraan kes tersebut yang bermula pada 7 Jan 2020.


Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Datin Zuraini Abdul Razak manakala peguam A Jeyaseelan mewakili tertuduh.


Pada 2018, media melaporkan perbuatan tidak berperikemanusiaan dilakukan ke atas Nur Muazara Ulfa yang meninggal dunia selepas dua hari berada dalam keadaan kritikal di Hospital Serdang, Selangor, dipercayai akibat didera secara fizikal dan seksual oleh suami kepada pengasuhnya.


Kes kematian menyayat hati bayi itu juga mendapat perhatian masyarakat di seluruh negara.


Sumber: Bernama 



from The Reporter https://ift.tt/3D1vCgB
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/3gEvxWD
via IFTTT

Remaja guna forklift pecah masuk pasar raya di Kompleks Tok Arau, rembat 30 handphone


Gara-gara mencuri 30 telefon bimbit, seorang remaja lelaki diheret ke Mahkamah Majistret Kangar atas pertuduhan memecah masuk sebuah pasar raya di Arau pada 4 Ogos 2021 menggunakan jentera pengangkut barang atau forklift.


Bagaimanapun, tertuduh yang berusia 14 tahun itu masih kental mengaku tidak bersalah dan meminta untuk dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Kamaliza Md Zain. 


Mengikut pertuduhan, remaja berkenaan didakwa memecah masuk ke dalam bangunan yang dimiliki oleh Aw Yen Hwa yang digunakan untuk menyimpan harta di sebuah pasar raya di Kompleks Tok Arau. Tertuduh mencuri 30 telefon bimbit milik dua peniaga kedai telefon bimbit dan aksesori, Gan Kim Ling dan Lee Khang Lin, antara jam 4 pagi hingga 4.30 pagi. 


Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 14 tahun atau sebatan jika melakukan kesalahan itu untuk kali kedua. 


Pendakwaan kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Jodia Por Ti Tying, manakala tertuduh diwakili peguam, Najdah Muhamad Romli dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK). 


Peguam tertuduh memohon mahkamah mengurangkan jumlah wang jaminan anak guamnya kerana mengambil kira ibu bapa tertuduh sudah bercerai dan tinggal bersama dengan ibunya yang bekerja sebagai pengawal keselamatan. Selain itu, tertuduh merupakan anak bongsu daripada empat beradik tidak bersekolah. 


Tertuduh dibenarkan diikat jamin sebanyak RM1,000 dengan seorang penjamin dan sebutan semula kes pada 22 September 2021. Ibu tertuduh memilih untuk membayar wang jaminan tersebut. 


Sumber: Harian Metro



from The Reporter https://ift.tt/2W5KKJe
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/3zcYW1m
via IFTTT

'Dah complete vaksin, tunggu malaikat maut datang jemput you b*tch!' - Antivaks maki member sebab bengang tak nak share gambar Sijil Digital Vaksinasi


Semenjak kerajaan menetapkan Sijil Digital (lengkap) Vaksinasi di aplikasi MySejahtera boleh digunakan untuk pelbagai urusan harian, ramai yang mengambil kesempatan untuk menyalahgunakan sijil tersebut terutamanya golongan anti-vaksin. 


Seperti yang tular di media sosial semalam, seorang individu dengan sewenang-wenangnya meminta salinan gambar Sijil Digital Vaksinasi rakannya agar dia dapat makan di restoran/kedai makan dan bershopping di pusat beli-belah. 


Bagaimanapun, hasratnya itu gagal apabila rakannya menolak untuk menunjukkan sijil digital berkenaan yang kemudian menasihatkan dia untuk mengambil suntikan vaksin sekiranya mahu mendapatkan semua kelebihan tersebut.


"Babe, you busy tak? You dah dapat appointment untuk vaksin? Can you show me your digital certificate? Nak tengok je, boleh kan? I just nak tengok macam mana digital cert tu. Banyak yang I minta, diorang tak nak share," kata si polan. 


"Eh? Why? Mana boleh share benda tu, private and confidential kot. Ramai orang salahguna benda tu, I tak berani nak share," balas si rakan. 


"Ye ke? Actually I ask your digital cert tu sebab I nak guna. Bolehlah I nak dine in, shopping," kata si polan. 


"Aik? Mana boleh, you tak pergi ambil vaksin ke?" soal si rakan. 


"No babe, I tak percaya vaksin semua," katanya. 


"Sorry babe, I takkan share. You tak percaya vaksin, itu masalah you. Tapi I takkan pernah bagi benda tu semua," tegas rakannya. 


"Eleh, setakat tak dapat dari you, bersepahlah orang boleh bagi. F*** you b*tch! Menyemak je kat bumi ni, pergi mampus la! Dah complete vaksin, tunggu je malaikat maut datang jemput you b*tch. Then you can straight go to hell," katanya. 



Gambar screenshot tersebut dimuat naik oleh rakannya di media sosial dan menerima banyak reaksi netizen sejak dimuat naik pada jam 7.47 jam semalam, Jumaat, 20 Ogos 2021. 


"Susah-susah kami pergi beratur kat hospital, kena cucuk, tahan sakit tangan, lenguh berhari-hari, sakit demam segala, senang hati je nak minta hak orang. Sudahlah muka tak tahu malu, minta kat kita. Bila tak bagi, kita pula yang kena maki. Apa masalah hang pun tak tahu. Jadi manusia tu biar berakal, jangan letak otak di kepala lutut," katanya. 


Beliau juga menasihatkan orang ramai tidak berkongsi gambar sijil digital berkenaan di media sosial bagi mengelakkan golongan sebegini mengambil kesempatan untuk menyalahgunakan sijil tersebut. 


Sumber: Facebook



from The Reporter https://ift.tt/3AWjiwb
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/3B2rjQm
via IFTTT

Thursday, 19 August 2021

'Saya maafkan sesiapa saja, orang di luar mungkin boleh nilai sendiri' - Ebit Lew


Sesi merakam keterangan pendakwah Ebit Lew dengan pihak polis Bukit Aman berhubung kes gangguan seksual mengambil masa selama lima jam sebelum lelaki itu dibenarkan keluar pada jam 2 petang. 


Berkata kepada media, Ebit memaafkan sesiapa sahaja yang terbabit dengan isu itu dan perkara itu tidak akan mematahkan semangatnya untuk terus membantu masyarakat sehingga akhir hayatnya. 


"Alhamdulillah syukur, Allah SWT menentukan segala-galanya. Saya percaya hidup ini hanya satu tujuan untuk Allah sayang. Saya maafkan sesiapa saja dengan apa yang terjadi. Orang di luar sana mungkin boleh nilai sendiri. 


"Saya dipanggil bagi membantu siasatan atas tuduhan gosip di luar sana. Saya serahkan kepada polis sepenuhnya," katanya. 


Peguamnya, Datuk Hasnal Rezua Merican berkata, anak guamnya memberikan kerjasama sepanjang proses rakaman keterangan yang berjalan lebih satu jam. 


"Polis ada menyatakan beberapa seksyen untuk siasatan kes berkenaan namun belum memberikan seksyen sewajarnya untuk siasatan kes ini. Setakat ini, polis memaklumkan tiada keperluan untuk memanggil semula anak guam saya," katanya. 


Sementara itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata, siasatan dilakukan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan, Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 serta Seksyen 23 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.


Siasatan akan diteruskan sehingga pihaknya berpuas hati untuk merujuk kes tersebut kepada Jabatan Peguam Negara untuk mendapatkan nasihat dan arahan lanjut. 


Dalam masa sama, beliau meminta semua pihak tidak membuat sebarang spekulasi dan provokasi yang boleh mengganggu  siasatan polis. Penyebaran sebarang bahan berkaitan juga tidak dibenarkan kerana dikhuariti akan menjejaskan siasatan pihaknya. 


Sumber: Harian Metro



from The Reporter https://ift.tt/3gi0z6h
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2W2kOhA
via IFTTT

Wednesday, 18 August 2021

'Jangan goda laki aku!' - Isteri tikam janda anak satu dipercayai kekasih kepada suaminya


Didorong rasa cemburu yang terlampau, seorang wanita berusia 35 tahun nekad menikam janda anak satu sehingga mati di sebuah kebun milik penduduk di Daerah Muara Enim, Sumatera Selatan, Indonesia pada Selasa, 17 Ogos 2021. 


Suspek yang dikenali sebagai Yeni, nekad bertindak membunuh Beni Aryani, 35, yang dipercayai kekasih kepada suami Yeni. 


Kejadian itu berlaku ketika Yeni menemui Beni di kebun tersebut pada jam 9.30 pagi di mana Yeni bertanya mengenai hubungan Beni dengan suaminya, selain meminta mangsa untuk tidak lagi mengganggu rumah tangganya. 


Tidak berpuas hati dengan amaran itu, Beni berkata apa saja yang dilakukannya bukan urusan suspek. Mendengar kata-kata itu, Yeni terus beremosi dan tercetus pergaduhan di antara mereka berdua. 


Di tengah pergaduhan, Yeni mengambil pisau yang diselitkan di pinggang lalu menikam Beni di bahagian bahu kiri sehingga terjatuh. Melihat kesempatan itu, Yeni menikam perut dan pinggang Beni sebelum menoreh lengan kanan dan kiri mangsa. 


Yeni terus beredari dari lokasi kejadian, meninggalkan mangsa yang mengalami kecederaan parah bersendirian di kebun itu sebelum menyerah diri di Balai Polis Daerah Lembak dan mengaku dia telah membunuh mangsa. 


Ketua Polis Muara Enim, Danny Sianipar berkata, pihaknya telah menahan suspek bersama dengan barang bukti berupakan sebilah pisau golok berukuran 30 sentimeter panjang. 


Turut dirampas, pakaian suspek yang mempunyai kesan darah, termasuk tudung berwarna unggu termasuk seluar dalam. Motosikal yang digunakan suspek juga dirampas untuk membantu siasatan. 


Sementara itu, saudara mangsa, Dedi memaklumkan, Beni menjadi janda selepas kematian suaminya. Beni juga diketahui merupakan seorang wanita yang mempunyai keperibadian yang baik dan langsung tidak pernah menimbulkan masalah. 


Sumber: Tribun News



from The Reporter https://ift.tt/3mcHupN
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/3y4n2tr
via IFTTT

Suami cederakan isteri sebab bengang ditegur kerap pulang lewat & tak izinkan periksa handphone


Polis menahan reman seorang lelaki yang didakwa telah mencederakan isterinya dalam pergaduhan rumah tangga di kediaman pasangan itu di Taman Kosas, Jumaat lalu. 


Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Ehak berkata, mangsa membuat laporan terhadap suaminya yang berusia 21 tahun pada jam 9.30 malam Selasa, 17 Ogos 2021.


Bertindak di atas laporan itu, polis telah menahan suspek yang kemudian direman selama empat hari untuk disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18A Akta Keganasan Rumah Tangga. 


Siasatan awal mendapati, pasangan itu berkahwin pada Oktober 2020 dan dikurniakan seorang anak. Pada hari kejadian, mangsa dipercayai telah menegur suspek yang kerap pulang lewat malam.


Mangsa juga meminta untuk memeriksa telefon bimbit suaminya tetapi suspek tidak mengizinkan lalu tercetus pergaduhan di mana suspek telah menyebabkan mangsa terjatuh sehingga mengalami lebam di lengan kiri dan kanan, selain cedera di bahagian lutut. 


Kejadian itu turut disaksikan oleh ibu mangsa yang tinggal berhampiran lalu segera bertindak meleraikan pergaduhan tersebut sebelum membawa mangsa ke Hospital Kuala Lumpur untuk mendapatkan rawatan.


Sumber: Harian Metro



from The Reporter https://ift.tt/3mfcCVV
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2W51vDY
via IFTTT
loading...