Rakaman kamera litar tertutup menunjukkan saat-saat terakhir kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun bernama Kaylee-Jayde Priest sebelum dia dipukul sehingga mati dalam kejadian yang tidak dijangkakan.
Ibunya, Nicola Priest dan bekas pasangannya, Callum Redfern, pada Jumaat, 6 Ogos 2021, dijatuhkan hukuman penjara selama 15 dan 14 tahun atas pertuduhan membunuh mangsa di rumah mereka di Solihull, West Midlands, England.
Dalam klip video yang dirakam pada 8 Ogos 2020, Priest dilihat sedang memeriksa keadaan wajahnya di dalam lif dan langsung tidak mempedulikan anak perempuannya.
Dua beranak itu keluar dari bangunan kediaman tersebut untuk pergi ke taman berhampiran. Sejam kemudian, mereka kembali ke rumah. Petang pada hari yang sama, Redfern datang ke kediaman itu. Pada pagi keesokan hari, Kaylee-Jayde ditemui mati akibat serangan ganas yang menyebabkan patah tulang rusuk dan paru-parunya yang tertusuk.
Mahkamah Birmingham Crown menggambarkan Kaylee-Jayde seorang kanak-kanak yang baik, tetapi para juri memaklumkan Priest pernah memanggilnya sebagai anak yang nakal dan ditampar.
Pegawai Penyiasat Kanan, Inspektor Detektif Adam Jobson berkata, "Ini adalah kes yang meruntunkan hati di mana seorang kanak-kanak yang tidak bersalah mengalami penderitaan teruk di tangan mereka yang sepatutnya melindungi dia.
"Pada malam kejadian, Priest dan Redfern teruja bertemu dan berbual. Apabila Kaylee-Jayde cuba meminta perhatian mereka, mereka bertindak di luar batasan."
Debbie Windmill, nenek kepada mangsa berkata, kematian kanak-kanak itu memberi kesan kepadanya seumur hidup. Katanya, "Saya tidak pernah berhenti menatap senyuman di wajahnya yang cantik".
Sumber: Daily Star
from The Reporter https://ift.tt/3lCgVKw
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/3jwFzcN
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment