Viral di media sosial video menunjukkan seorang lelaki yang suaranya mirip pelawak terkenal sedang berurusan jual beli barang, mengundang pelbagai reaksi netizen.
"Rajin pelawak zaman sekarang ni. Macam-macam kerja diorang buat. Hari tu seorang jadi tauke ayam, yang ini tak pasti lagi tauke sayur atau air batu," tulis tweet viral tersebut.
Video berdurasi 43 saat itu menunjukkan individu terbabit terdahulu sedang berurusan dengan seorang penunggang motosikal sebelum menghulurkan sesuatu di tangan, lalu beredar dari lokasi kejadian.
Namun pemandu Perodua Myvi terbabit yang menyedari tindakan saksi membuat rakaman video itu terus keluar dari kereta meluru ke arahnya dalam keadaan marah.
"Wei! Hang rakam apa?!" jerkah pemandu Myvi yang kemudian dipercayai cuba merampas telefon bimbit lelaki berkenaan.
Di media sosial, ada netizen yang mengesyaki lelaki terbabit adalah pelawak berkenaan, tetapi tidak kurang juga yang menyangkal tuduhan tersebut. Segelintir pula tidak bersetuju dengan cara saksi merakam video tersebut yang dianggap menjaga tepi kain orang sehingga timbul fitnah.
"Rajinnya mencari salah orang. Urusan orang apa yang nak dirakam? Pelawak itu pun manusia. Kalau ragu-ragu dengan kejadian itu, tak payah rakam dan call je polis. Nak sibuk kain orang kenapa? Nampak apa je semua nak rakam, jahat perangai ek?" kata Siti Kelembai.
"Aku ni netizen Bahagian Membawang je, bukan Bahagian Menyiasat. Jadi, yang bahagian berkenaan tu tolong beritahu eh kalau dah jumpa. Bahagian Membawang nak buat kerja pulak," kata Audraa Ameena.
Sumber: Harian Metro
from The Reporter https://ift.tt/3ipDu2T
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/3jvNuXI
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment