Selepas Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah meletak jawatan sebagai Menteri Tenaga dan Sumber Asli, terkini Datuk Seri Dr Noraini Ahmad pula mengumumkan perletakan jawatan sebagai Menteri Pengajian Tinggi yang berkuat kuasa serta-merta hari ini.
Seperti Shamsul, Noraini meletak jawatan susulan keputusan Majlis Tertinggi UMNO pada 3 Ogos 2021 yang menarik balik sokongan terhadap Kerajaan Perikatan Nasional dan Perdana Menteri.
"Keputusan parti akan dilaksanakan ketika Parlimen Bersidang. Saya percaya, kita telah berusaha melakukan yang terbaik dalam menguruskan negara mendepani pandemik Covid-19 yang telah menjejaskan kehidupan manusia di seluruh dunia.
"Usaha ini saya akan teruskan walaupun tidak lagi menjadi Menteri Kabinet Persekutuan," katanya.
Tetapi berlainan pula bagi Timbalan Perdana Menteri (UMNO), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang memaklumkan masih ada 31 Ahli Parlimen Barisan Nasional yang menyokong Kerajaan Perikatan Nasional dan Perdana Menteri.
Ismail berkata, mereka mengambil keputusan itu untuk patuh dengan titah Yang di-Pertuan Agong dan memberi fokus utama membantu rakyat berdepan dengan pandemik Covid-19.
Tindakan Ismail itu mengundang ketidakpuasan hati Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.
"Sebarang tindakan yang bakal dikenakan ke atas Ismail akan dibuat berpandukan Perlembagaan parti. Saya akan menyerahkan semula perkara ini kepada Lembaga Disiplin parti untuk menilai keputusan dibuat Ismail ini," katanya.
Apa pandangan anda? Kongsikan dengan kami di ruangan komen.
Sumber: Harian Metro, Utusan Online
from The Reporter https://ift.tt/2VtHiYq
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/3fxEQab
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment