loading...

Saturday, 7 August 2021

'Dia tak sedar pintu kandang masih terbuka' - Staff Taman Safari maut dibaham harimau


Seorang wanita muda yang bekerja di taman safari maut selepas diserang dan dibaham harimau di bahagian leher. 


Mangsa yang tidak didedahkan identitinya itu, merupakan kakitangan yang melakukan kerja-kerja pembersihan dan penyelenggaraan. Mangsa sebelum ini pernah bekerja di Taman Safari Chile yang berpusat di bandar Rancagua, 60 batu dari selatan bandar Santiago. 


Di taman safari itu, pengunjung dibawa masuk menggunakan kenderaan dan dapat melihat haiwan yang dibenarkan bergerak secara bebas. Bagaimanapun, ketika kakitangan mula menjalankan tugas di kawasan itu, haiwan-haiwan berkenaan dikurung semula di dalam kandang masing-masing. 


Menurut polis, mangsa maut serta-merta di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian leher selepas dibaham oleh harimau terbabit. Ketika masuk ke kawasan itu, mangsa dikatakan tidak menyedari pintu kandang masih terbuka dan terus diserang oleh haiwan itu. 


"Dia tidak sedar yang pintu kandang masih terbuka dan serta-merta diserang oleh harimau yang menyebabkan dia maut," kata pegawai polis Rancagua, Williams Espinoza. 


Susulan kejadian itu, polis mengarahkan taman safari itu ditutup buat sementara waktu untuk menjalankan siasatan. 


Jorge Mena dari pejabat pendakwa raya daerah berkata, mereka akan menyiasat sama ada berlakukan kecuaian pihak ketiga yang menyebabkan kejadian tragis itu berlaku. Namun keadaan harimau itu tidak diketahui. 


Sumber: Daily Star



from The Reporter https://ift.tt/3fFNx21
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/3CiLjzo
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...