Seorang doktor muda bernama Mery Anastasia, 30, nekad membakar sebuah bengkel motor di Kota Tangerang, Indonesia pada Sabtu lalu, 7 Ogos 2021, yang mengakibatkan tiga nyawa terkorban.
Mereka yang terkorban dalam kebakaran itu adalah Lionardi Syahputra, 34, bersama dengan ibu dan bapanya iaitu Edy Syahputra, 66, dan Lilys Tasim, 55. Manakala dua adik kepada Liornadi iaitu Nando, 20 dan Siska, 22, terselamat, namun mengalami luka melecur yang parah.
Difahamkan, Mery bertindak membakar bengkel milik teman lelakinya, Lionardi, kerana kesal lelaki itu enggan berkahwin dan bertanggungjawab di atas kehamilannya.
Sebelum membakar bengkel tersebut, Mery sempat bertengkar dengan Lionardi di depan bengkel pada jam 11 malam Jumaat. Selepas itu Lionardi masuk ke rumah dan memberitahu keluarganya yang bengkel mereka akan dibakar oleh Mery.
Ketika itu, mereka mengira Mery hanya sekadar mengertak, membuatkan mereka tidak mengambil serius akan perkara itu. Sedangkan Mery selepas beredar dari bengkel, dia terus pergi membeli minyak petrol yang siap diisinya dalam bungkusan plastik.
Awal pagi Sabtu, Mery datang kembali dan membakar bengkel tersebut sehingga berlaku letupan kuat yang menyebabkan kebakaran besar. Selepas membakar bengkel itu, Mery terus melarikan diri menggunakan kereta Mitsubishi Xpander miliknya. Api merebak dengan pantas di tingkat bawah, Lionardi dan keluarganya terperangkap di tingkat atas dan hanya dua beradiknya yang sempat menyelamatkan diri.
Akibat dari perbuatannya itu, Mery telah ditahan dan polis turut merampas beberapa barang bukti berupakan minyak petrol dan alat menguji pengesahan kehamilan. Mery dalam pengakuan awalnya menyatakan dia hanya menuntut Lionardi bertanggungjawab di atas kehamilannya. Namun usaha Mery itu tidak membuahkan hasil kerana orang tua Lionardi tidak merestui hubungan mereka.
Sumber: Agensi
from The Reporter https://ift.tt/3CIimgw
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/3sf1HMY
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment