Viral di media sosial kenyataan gurauan Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor, mengundang malapetaka kepada dirinya sendiri apabila dia dikecam teruk netizen dan juga pemimpin politik.
Dalam klip video sidang media berdurasi 30 saat itu, ketika ditanya mengenai jumlah kontena jenazah, Sanusi dalam nada bergurau berkata, "Kontena jenazah mencukupi. Siapa nak masuk, bagi nama".
Akibatnya, netizen mengecam teruk pemimpin PAS itu yang didakwa tidak sensitif di tengah-tengah penularan wabak Covid-19 yang sedang melanda negara. Malah, ada yang menganggap pemimpin itu tidak beradab dan kurang ajar.
Beberapa ahli politik juga turut meluahkan rasa kesal dengan tindakan Sanusi yang tidak bertanggungjawab, yang juga sebelum ini kerap menimbulkan kenyataan kontroversi sehingga menjejaskan imejnya sendiri.
"Apa masalah MB Kedah ni tak habis-habis bercakap tak ada adab? Kalau dah gagal jaga rakyat, jangan cuba jadi kurang ajar pula," kata Syed Saddiq melalui Twitternya.
"160 orang mati hari ini, beliau boleh buat 'lawak' macam ini," kata peguam dan aktivis, Syahredzan Johan yang menyelar sikap Sanusi yang membuat lawak tidak kena pada tempatnya.
Sedar dirinya dikecam di media sosial, Sanusi tampil memohon maaf di atas gurauan kasarnya. Sanusi juga menjelaskan, gurauan tersebut diviralkan secara di luar konteks.
Menurutnya, orang yang biasa berjumpa dengan dia akan faham yang dia sememangnya suka bergurau terutama dengan wartawan yang dianggap sebagai sebahagian daripada keluarganya.
"Sidang media semalam tu, yang jadi top-nya gurauan saja (yang) di luar konteks sebenar. Oleh kerana ada pihak tersinggung dengan gurauan itu, saya memohon maaf kepada pihak yang tersinggung dan saya ingin jelaskan saya cuma ingin bergurau dengan wartawan.
"Depa tahulah karekter saya tu, tapi dah masuk kamera, nasib sayalah," katanya.
Sumber: Free Malaysia Today, Twitter Syed Saddiq, MalaysiaKini
from The Reporter https://ift.tt/3jAwLTa
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/3Ap9uur
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment