Seorang suami di China nekad membotakkan sebahagian kepala isterinya yang didakwa curang, sehingga menyebabkan kepala wanita itu mengalami luka berdarah.
Klip video viral di media sosial menunjukkan lelaki itu memarahi isterinya yang mendakwa dia telah dipaksa untuk mengaku curang oleh suaminya, mengundang pelbagai reaksi netizen.
Meskipun wanitai tu berulangkali menegaskan bahawa dirinya tidak curang, namun suaminya tidak percaya dan mula menganiaya dirinya dengan kasar.
Lapor China Press, suami wanita itu dipercayai cemburu membabi buta dan ini bukan kali pertama dia menuduh isterinya curang.
Pada hari kejadian, lelaki berkenaan mendapati isterinya berbual dengan seorang lelaki yang merupakan rakan niaganya melalui telefon bimbit. Mangsa sempat meminta rakannya untuk tidak lagi menghubungi melalui mesej kerana si suami kerap memeriksa telefon bimbit.
Sejak dari kejadian itu, mangsa seringkali dituduh oleh suaminya. Tanpa diberi peluang untuk memberi penjelasan, si suami terus mencukur sebahagian rambut isterinya dengan kasar sehingga botak di bahagian tengah kepala.
Di media sosial, netizen mengecam tindakan si suami yang juga didakwa sengaja menyebarkan video tersebut dengan niat untuk memalukan isterinya.
Sumber: China Press
from The Reporter https://ift.tt/3AQBreV
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2Xx4hT6
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment