loading...

Monday, 31 May 2021

(Video) 'Dah langgar orang pastu lari, memang kau silaplah' - Driver Axia bagi alasan mengantuk ketika memandu


Seorang penunggang motosikal cedera parah dilanggar sebuah kereta yang melawan arus dalam kejadian yang berlaku di Jalan Rambai, Taman Kota Masai, petang semalam, 31 Mei 2021. 


Ketua polis Daerah Seri Alam, Superintendan Mohd Sohaimi Ishak berkata, pemandu kereta Perodua Axia berusia 27 tahun itu telah ditahan di kediamannya semalam pada jam 5.30 petang. 


Siasatan awal mendapati, mangsa dalam perjalanan dari Kota Masai 2 menghala ke Jalan Jambu. Sebaik tiba di lokasi kejadian, mangsa dilanggar kereta Perodua Axia dari arah bertentangan sehingga mengalami patah kaki kanan. 


Pemandu Axia dikatakan melarikan diri, namun berjaya dikesan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seri Alam, lalu ditahan unttuk membantu siasatan. 


Ketika disoal siasat, pemandu terbabit mendakwa dia mengantuk ketika memandu menyebabkan kenderaan yang dipandunya terbabas sebelum melanggar motosikal mangsa. Pemandu itu juga didapati tiada lesen memandu. 


Mangsa yang cedera parah dihantar ke Hospital Sultan Ismail (HSI) untuk mendapatkan rawatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. 



Sumber: Harian Metro



from The Reporter https://ift.tt/3uyQG8t
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/34AGVME
via IFTTT

(Video) 'Sumpah demi Allah, Wani just bergurau & tak bermaksud nak kutuk negeri Johor'


Media sosial sepatutnya dimanfaatkan dengan berkongsi perkara yang baik, malangnya masih ada segelintir yang kemaruk perhatian berkongsikan perkara yang mendatangkan kemarahan dan menyakit hati orang lain dengan sengaja. 


Terbaru, seorang wanita memuat naik video di Instagram dengan secara terbuka menghina rakyat Johor, mengundang kemarahan netizen khususnya mereka yang berasal dari negeri tersebut. 


Dalam video berdurasi 13 saat itu, wanita yang dikenali sebagai Wani berkata, "Bestnya kat Johor, ada donut kat tepi jalan. Seronoknya, boleh makan bhai kalau lapar. Mesti orang Johor tak puasa kan? Macam babi je Johor ni, Johor sial...".


Akibatnya, ramai yang tidak berpuas hati dengan kata-katanya itu lalu bertindak mengecam Wani di Instagram. Sedar video tersebut telah mengundang kemarahan ramai, Wani bertindak memadamkan video tersebut dan tampil memohon maaf. 


"Wani nak minta maaf sangat-sangat pada warga Johor yang terasa pasal Wani kutuk negeri korang, pasal Wani kutuk negeri Johor tu.. Tapi sumpah demi Allah, Wani memang tidak bermaksud nak kutuk pun sebenarnya. Wani just bergurau je cakap macam tu. At the end of story tu Wani cakap gurau je. 


"So.. but still salah Wani, Wani minta maaf dan memang salah Wani pun. So harap korang tak terasa, kita kosong-kosong tau. Sorry korang, sorry orang Johor," katanya. 



Bagaimanapun, reaksi netizen di media sosial masih tidak dapat menerima perbuatannya itu dan tidak mengambil iktibar dari kejadian-kejadian seumpama itu yang pernah berlaku sebelum ini. 


"Lagi tak ambil iktibar dari apa y ang berlaku dengan si Ryzal tu. Sebab mulutlah makan diri sendiri. Jangan kacau negeri orang kalau nak hidup aman damai," tulis Reyna (bukan nama sebenar). 


"Gurau pun kena pakai otak dik. Gurau pasal keluarga you, tak kisah. Ini dah menghina seluruh orang Johor. Tunggu kena reman baru ada akal," tulis Astra (bukan nama sebenar). 


"Memang musim menghina budaya dan negeri ke tahun ni? Aku sumbat dalam mulutt kau dengan ekzos RXZ baru kau tau!" tulis Sage (bukan nama sebenar). 


"Bahasa menunjukkan keperibadian hidup dia. Hasil didikan tu yang keluar bahasa macam t u. Ayat babi sial bodoh tak boleh lepas dari hidup seharian budak ni. Mungkin mak bapak budak ni tak berkesempatan untuk didik dari segi adab bercakap atau mak bapak dia pun bahasa macam budak ini juga," tulis Jett (bukan nama sebenar). 


Sumber: Facebook Info Roadblock JPJ/POLIS



from The Reporter https://ift.tt/3yRuABD
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2RY2MuJ
via IFTTT

Sunday, 30 May 2021

(Video) 'Saya tak lari, saya buat U-Turn untuk bertemu dengan mangsa' - Pemandu Myvi nafi larikan diri & akan bertanggungjawab ke atas kemalangan yang berlaku


Susulan viral video sebuah kereta Perodua Myvi melanggar lampu isyarat merah di persimpangan lampu isyarat sehingga merempuh motosikal penghantar makanan (Grab Food), pemilik kereta berkenaan tampil memberikan penjelasan. 


Pemandu Myvi, Ahmad Shuhaimi, menafikan dakwaan yang mengatakan dia melarikan diri dari lokasi kejadian. Sebaliknya selepas kejadian itu, dia membuat pusingan U untuk kembali melihat keadaan mangsa. 


Baca: 'Uii! Uii! Uiihhh! Bodoh (driver) Myvi tu' - Rider Grab Food nyaris maut dilanggar Myvi langgar lampu isyarat merah


"Saya ingin jelaskan bahawa video viral yang mengatakan saya langgar lari adalah tidak benar sama sekali. Saya telah membuat pusingan U di persimpangan lampu isyarat, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Shah Alam untuk bertemu dengan mangsa. 


"Setelah itu saya membawanya ke klinik di Seksyen 15 Shah Alam untuk mendapatkan rawatan dan seterusnya ke Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam untuk membuat laporan polis. 


"Status dan kenyataan di dalam video (viral) yang mengatakan saya langgar lari adalah salah dan tidak benar. Saya telah selesai dengan pemilik motosikal berkenaan dan s aya akan bertanggungjawab di atas apa yang berlaku. 


"Saya mohon viralkan video ini untuk menyatakan perkara sebenar. Saya minta maaf kepada semua sahabat-sahabat atas apa yang berlaku," katanya. 



Terdahulu, video sebuah Myvi melanggar lampu isyarat merah di persimpangan lampu isyarat di Seksyen 9 Shah Alam sehingga melanggar motosikal penghantar makanan. 


Selepas kejadian itu, Myvi berkenaan dilihat meneruskan perjalanannya, menyebabkan beberapa rakan mangsa bertindak mengejar kereta tersebut. 



from The Reporter https://ift.tt/3fARfdY
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/3vzriRB
via IFTTT

Saturday, 29 May 2021

(Video) 'Uii! Uii! Uiihhh! Bodoh (driver) Myvi tu' - Rider Grab Food nyaris maut dilanggar Myvi langgar lampu isyarat merah


Seorang penghantar makanan nyaris maut dilanggar sebuah kereta Perodua Myvi yang bertindak meneruskan perjalanan meskipun lampu isyarat sudah bertukar merah dalam kejadian di persimpangan lampu isyarat Seksyen 9 Shah Alam. 


Video berdurasi 16 saat yang dirakam dari dashcam saksi, Amzar Kurin, menunjukkan kemalangan itu berlaku pada jam 4 petang dan sebelum itu mangsa bersama dengan beberapa lagi rakan sekerjanya yang lain sedang berhenti di persimpangan tersebut. 


Sebaik saja lampu isyarat bertukar hijau, mangsa mula meneruskan perjalanan dan tidak semena-mena datang sebuah kereta Myvi yang dipandu dengan laju walaupun lampu isyarat di lorongnya telah bertukar warna merah. 


Mangsa yang baru sahaja memulakan perjalanannya dilanggar di bahagian tayar depan menyebabkan dia terjatuh. Pemandu Myvi terbabit dilihat langsung tidak memberhentikan kenderaannya untuk melihat keadaan mangsa. 



Di media sosial, netizen mula mencari maklumat mengenai Myvi tersebut berdasarkan nombor pendaftaran kenderaan. Hasil carian netizen mendapati, pemandu tersebut dipercayai bekerja sebagai juruelektrik. 


Semakan awal mendapati, belum ada sebarang kenyataan yang dimuat naik oleh pemandu berkenaan. Tetapi ramai netizen yang mula membanjiri ruangan komen dengan kata-kata yang 'pedas'. 


Walaupun begitu, ada beberapa individu tampil menasihatkan netizen usah membuat tuduhan melulu kerana belum dapat dikenalpasti siapa pemandu Myvi tersebut yang berkemungkinan bukan dipandu oleh pemiliknya pada waktu kejadian. 


Para pengguna jalan raya adalah dinasihatkan untuk mematuhi peraturan jalan raya semasa memandu. Jangan disebabkan kecuaian anda, pengguna lain menjadi mangsa. 


Sumber: FB  Amzar Kurin



from The Reporter https://ift.tt/3fMRMYQ
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/3uxwh3M
via IFTTT

(Video) 'Ok lawan, hentam jak' - Degil tak nak pakai mask, lelaki bertumbuk dengan security tetapi tewas


Sejak Mac 2020, Kerajaan Malaysia telah mewajibkan rakyat memakai pelitup muka apabila berada di tempat awam lebih-lebih lagi di lokasi tumpuan ramai termasuk pasar raya. Namun sehingga ke hari ini, masih ada yang memberikan alasan terlupa atau ingkar terhadap peraturan tersebut. 


Terbaru di Miri, Sarawak, seorang lelaki rela bertumbuk dengan pengawal keselamatan di sebuah pasar raya di Tudan (e-Mart) yang dipercayai bengang kerana tidak dibenarkan masuk ke premis itu. 


Menurut sumber, kejadian itu berlaku pada 24 Mei 2021. Pengawal keselamatan berkenaan terdahulu tidak membenarkan suspek masuk kerana dia tidak memakai pelitup muka. 


Malangnya, suspek yang enggan memberikan kerjasama berkeras mahu masuk ke pasar raya tersebut sebelum berlakunya pergelutan di antara mereka berdua. 


Video berdurasi 27 saat menunjukkan, pengawal keselamatan berjaya 'mengunci' suspek dari terus bertindak agresif. Tetapi suspek berjaya melepaskan diri dan cuba menghayunkan penumbuk, namun tidak kena. 


Di kesempatan itu, pengawal keselamatan berkenaan terus membalas tumbukan (mempertahankan diri) beberapa kali di kepala suspek. 


Kejadian itu turut disaksikan beberapa orang awam yang berada di tempat kejadian tanpa sedikit pun tampil membantu pengawal keselamatan berkenaan. 



Tidak diketahui apa yang berlaku selepas itu. Orang ramai dinasihatkan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sedang dilaksanakan berikutan kes positif Covid-19 mencatatkan peningkatan mendadak sejak kebelakangan ini. 


Elakkan dari berkunjung ke lokasi tumpuan ramai, pakai double mask dan elakkan dari keluar rumah sekiranya tiada tujuan penting. Jaga diri dan keluarga, bersama-sama menangani Covid-19. 


Sumber: Info Roadblock JPJ/POLIS



from The Reporter https://ift.tt/3c244M8
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/3fuufwT
via IFTTT

(Video) 'Ni mesti kes banyak makan cincau masa raya' - Lelaki serang staff 7E, pelanggan & staff Petronas, ditahan polis


Padah melakukan khianat dan serangan terhadap pelanggan serta pekerja kedai serbaneka (7 Eleven) di Jalan Sultan Mahmud, Kuala Terengganu kelmarin, seorang lelaki telah ditahan. 


Terdahulu, video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan kejadian itu berlaku pada jam 2.10 petang di mana suspek berambut perang, memakai baju merah dan berseluar jeans masuk ke premis tersebut. 


Suspek secara tiba-tiba menendang salah seorang pelanggan menyebabkan barangan di rak juga turut terjatuh. Seorang pekerja 7E juga ditendang di bahagian bahu sebelah kiri. Suspek cuba menumbuk, tetapi mangsa sempat mengelak. 


Dalam masa yang sama, seorang pekerja Stesen Petronas berhampiran yang datang ke premis itu untuk membeli barang juga ditendang beberapa kali oleh suspek. 


Akibat dari kejadian itu, pekerja 7E mengalami kesakitan di bahagian bahu dan belakang badan. Manakala pelanggan 7E pula sakit di bahagian perut. Dua mangsa berkenaan telah membuat laporan polis dan pergi mendapatkan rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah. 



Difahamkan, suspek sebelum ini kerap datang ke premis itu untuk membeli barang dan tidak pernah menimbulkan sebarang masalah. Keputusan ujian saringan air kencing juga menunjukkan suspek negatif dadah dan tida


Kejadian itu menyebabkan premis tersebut mengalami kerugian sebanyak RM100. Polis juga sedang mengesan pekerja Stesen Petronas yang belum membuat laporan. 


Berdasarkan laporan itu, suspek telah ditahan pada jam 10 malam 28 Mei 2021 dan direman sehingga 31 Mei 2021 untuk membantu siasatan.


Sumber: Info Roadblock JPJ/POLIS



from The Reporter https://ift.tt/3i28Lt5
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/3oZDGaZ
via IFTTT

'Kalau dah atlet camtu, memang coach ambil mana yang sempat' - Komen jijik lelaki ini dikecam netizen, siap suruh bayangkan kalau anak dara pakai bikini di rumah

Atlet renang negara yang juga ibu kepada tiga anak, Cindy Ong baru-baru ini mendedahkan dirinya pernah diganggu secara seksual selama beberapa tahun oleh jurulatih kebangsaan ketika dia masih berusia remaja. 


Cindy yang berasal dari Ipoh, Perak, pernah memenangi tujuh pingat emas di FINA World Championship Masters (bagi usia 35-39), mendakwa seorang jurulatih pernah menyentuh payudaranya ketika pergi ke luar negara untuk menyertai pertandingan. 


Pada waktu itu, tiada media sosial untuk dikongsikan mengenai apa yang berlaku. Namun kini dia yang telah dewasa dan juga seorang ibu serta jurulatih, enggan kejadian yang seumpama itu berlaku kepada anak-anak atau perenang yang dilatihnya. 


Cindy bagaimanapun enggan mendedahkan nama individu berkenaan, tetapi mahu menegaskan bahawa perkara seperti itu berlaku dan menuntut pihak berkaitan mengambil tindakan bagi menangani masalah gangguan seksual seperti itu. 


Ramai yang terkejut dengan pendedahan Cindy, tetapi ada segelintir netizen pula menyalahkan Cindy disebabkan pemakaiannya (pakaian renang) yang dianggap seksi.


"Biasalah tu, puyu pun boleh jadi jerung kalau dah athletes camtu. Memang coach tu tak ambil kesempatan, tapi dia ambil mana yang sempat. Bayangkan kalau anak dara pakai bikini dalam rumah. Agak-agak ayah kat rumah nak pandang je ke?" tulis Hisham Shafiei. 



Komen itu kemudian viral di media sosial dan dikecam teruk oleh netizen.


"Ketika meneliti ruangan komen, mata saya tertumpu pada satu komen yang sangat memalukan. Kenapa saya tak cover muka ataupun nama? Sebab individu ini sendiri membuat keputusan untuk meninggalkan komen sebegini dalam posting public. 


"Lebih menyedihkan, dia sendiri ada anak dara. Di page siap quote surah ar-Rahman. What is he trying to imply here? What I'm feeling now is beyond mad. I'm actually in disgust! Perempuan yang berpakaian seksi bukan green light untuk orangg lelaki suka hati melempiaskan nafsu amarah. Dalam hal ini kalau dah ayah sendiri komen macam ni, how would you think anak lelakinya akan dicorakkan?" tulis Nuur Fatin Dini. 


Bagaimanapun, Hisham menjelaskan dia telah menjadi mangsa viral untuk individu terbabit bagi tujuan meletupkan sales. 


"Saya jadi mangsa, sebab nak letopkan sales. Semoga Allah memberi taufik dan hidayah padanya. Cara yang salah digunakan untuk tarik trafik," tulisnya.



Dalam laporan MalaysiaKini, Cindy juga meluahkan rasa kesal terhadap netizen yang memuat naik komen berunsur lucah, bukannya menumpu kepada laporan berita yang menyatakan hasratnya memburu rekod dunia dalam laporan Harian Metro pada 13 Jun 2020. Golongan lelaki gila seks ini secara terbuka memarahi FB Harian Metro kerana tidak menayangkan 'gambar penuh'. 


Sumber: MalaysiaKini, Harian Metro, FB Nuur Fatin Dini, Hisham Shafiei



from The Reporter https://ift.tt/3wGYOWa
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/3uyLyRI
via IFTTT

10 termasuk budak 12 tahun ditahan kerana bergaduh menggunakan senjata di PPR Kempas, JB


Susulan viral video pergaduhan di kawasan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kempas, Johor Bahru kelmarin, seramai 10 individu termasuk seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun ditahan untuk membantu siasatan kes pergaduhan menggunakan senjata. 


Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupiah Abd Wahid berkata, kesemua suspek berusia dari 12 hingga 45 tahun itu ditahan pada jam 6.45 petang selepas pihaknya menerima laporan daripada orang awam. 


Siasatan awal mendapati, pergaduhan itu membabitkan dua keluarga yang  dikatakan berpunca dari masalah peribadi.


Baca: (Video) 'Makcik tudung pink tu punca pergaduhan' - Sekumpulan individu bergaduh, budak ambil kesempatan diterajang sampai terpelanting


Selain itu, kesemua suspek akan dikenakan tindakan undang-undang kerana mengingkari Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 dan akan dikenakan kompaun mengikut Perkara 16 Peraturan-Peraturan Pencegahan Penyakit Berjangkit 2020. 


Kes pergaduhan yang berlaku pula akan disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh menggunakan senjata. Dengan tertangkapnya semua suspek terlibat, polis menganggap kes tersebut telah pun selesai. 



Terdahulu, video pergaduhan yang dirakam oleh saksi viral di media sosial menunjukkan seorang wanita bertudung  merah jambu secara tiba-tiba datang dan terus memukul salah seorang lelaki di tempat kejadian. 


Tindakan wanita itu menjadi punca kepada pergaduhan fizikal, sedangkan sebelum itu kedua-dua pihak hanya bertengkar menggunakan mulut, bukannya menggunakan tangan mahupun kaki.


Sumber: Harian Metro, Bernama



from The Reporter https://ift.tt/34wdM5f
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/34sC7c5
via IFTTT

Friday, 28 May 2021

(Video) 'Makcik tudung pink tu punca pergaduhan' - Sekumpulan individu bergaduh, budak ambil kesempatan diterajang sampai terpelanting


Viral video di media sosial yang menunjukkan sekumpulan individu bergaduh di perkarangan tempat letak kereta yang tidak diketahui punca sebenar kejadiannya. Namun jelas di situ, kesemua yang terbabit tidak memakai pelitup muka dan melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0. 


Menurut sumber, kejadian itu berkemungkinan berlaku di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kempas Permai, Johor Bahru, semalam. 


Berdasarkan video rakaman penduduk dari tingkat atas, individu-individu terbabit terdahulu dilihat saling bertengkar sambil disaksikan beberapa penduduk lain termasuk kanak-kanak. 


Bagaimanapun keadaan berubah menjadi pergaduhan setelah seorang wanita bertudung merah jambu datang dan terus memukul salah seorang lelaki yang menyebabkan individu lain mengambil kesempatan untuk memukul lelaki terbabit. 


Akibatnya, kedua-dua pihak saling membalas pukulan dan kanak-kanak lain yang berada di tempat kejadian turut mengambil kesempatan memukul mangsa. Salah seorang kanak-kanak lelaki berbaju hitam diterajang tepat di bahagian dada sehingga terjatuh sebelum melarikan diri ke arah lain. 


Dalam masa sama, ada beberapa lelaki cuba meleraikan kedua-dua pihak, tetapi malangnya tidak berdaya kerana kedua-dua enggan berhenti. 




Sementara itu di media sosial, rata-rata netizen menuding jari terhadap wanita bertudung merah jambu yang menjadi punca pergaduhan tersebut.


"Baju putih tudung pink tu siapa? Buruknyalah perangai, jadi punca orang berbalah ke? Beria sangat gasak orang. Puas hati tengok budak kecik tu kena terajang. Kecik-kecik dah biadab, kalau mati orang yang dipukul tu, tak pasal-pasal jadi pembunuh. Lepas tu menangis," kata Atty Azi. 


"Tudung pink yang mulakan dulu. Kalau masuk dalam lokap, jangan menangis ye makcik," kata Ryzal. 


"Yang tudung pink tu elok check in balai. Pemula pergaduhan fizikal. PDRM tolong angkut semua yang terlibat terutamanya tudung pink. SOP pun dah tak tau ke mana. Dengan tak pakai mask, bergaduh pulak tu. Secara automatik dah bersentuhan. Nanti kalau dah kena Covid-19, menyusahkan orang kat hospital pulak. Kecik-kecik tak nak mati, dah tua bangka menyusahkan orang pulak," kata Muhammad Rashid. 


Sumber: Info Roadblock JPJ/POLIS



from The Reporter https://ift.tt/3uti1ZY
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/3c01Hcw
via IFTTT

Thursday, 27 May 2021

(Video) 'Dia nak tolong abang buang sampah' - Budak 5 tahun parah dirempuh kereta akibat melintas secara melulu


Viral di media sosial video seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun dilanggar sebuah kereta jenis Perodua Kembara, ketika sedang melintas jalan di Kampung Delek, Klang, Selangor. Video kejadian itu sempat dirakam dashcam sebuah kenderaan di tepi jalan. 


Ketua Polis Daerah Klang, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, kejadian itu berlaku pada jam 5.45 petang dan mangsa dilanggar oleh pemandu wanita berusia 21 tahun, dalam perjalanan ke rumahnya di kampung yang sama.


Sebelum kejadian, mangsa, Nur Kasih Dalisya Kamarul Azwan, dikatakan mahu menemani abangnya pergi membuang sampah di seberang jalan. Dua beradik berkenaan berdiri di tepi jalan untuk menunggu masa yang sesuai untuk melintas. Namun, mangsa secara tiba-tiba berlari melintas jalan, tanpa menyedari kehadiran kereta Perodua Kembara tersebut. 


Pemandu Kembara yang terkejut dengan kemunculan mangsa, terus cuba menekan brek kecemasan, malangnya tidak sempat berbuat demikian berikutan jarak yang terlalu dekat, terus merempuh mangsa. 


Akibat dari kejadian itu, mangsa tidak sedarkan diri di atas jalan raya. Mangsa terus dihantar ke Hospital Tunku Ampuan Rahimah Klang dan disahkan mengalami kecederaan parah yang membabitkan kecederaan di bahagian organ dalaman sebelum dirujuk ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan pakar. 


"Mangsa mengalami pendarahan pada limpa dan kececderaan usus," katanya. 


Pemandu wanita berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan dan kes disiasat di bawah Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.



Sementara seorang ahli keluarga mangsa tampil berkongsi mengenai keadaan anak buahnya dan meminta orang ramai mendoakan Nur Kasih Dalisya selamat. 


"Doakan anak buah saya guys, mungkin di antara kalian, Allah makbulkan doa untuk dia. Keadaan dalaman teruk melibatkan limpa, usus dan paru-paru. Juga ada pendarahan otak. Kuat dugaan awak Qaseh, Acik doakan awak diberi kesembuhan dan kesihatan seperti biasa. 


"Sepatutnya abang dia yang buang sampah tu, tapi disebabkan dia rajin sangat, dia pun nak juga tolong buang sampah tu. Semoga awak cepat bangun adik Qaseh. Ibu, ayah, abang, akak, adik awak semua tunggu awak," katanya.


Sumber: Kosmo, Berita Harian



from The Reporter https://ift.tt/3oVB6Tg
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/3uunqzG
via IFTTT

'Suspek mengaku, dah sebulan dia tak dilayani isterinya' - Remaja dirogol bapa sebanyak 2 kali sebelum dipukul dengan batu bata sampai mati


Malang nasib seorang remaja perempuan berusia 16 tahun di Kabupaten Kudus, Jawa Tengah, Indonesia, ditemui mati di dapur rumahnya pada Rabu, 5 Mei 2021. 


Mayat mangsa ditemui oleh adiknya yang ketika itu baru pulang dari sekolah pada jam 10 pagi. Terkejut dengan penemuan yang tidak disangkakan itu, adik mangsa menjerit ketakutan sehingga didengari jiran berdekatan yang lalu bergegas datang untuk melihat apa yang berlaku. 


Ketua Polis Kudus, Aditya Surya Dharma berkata, siasatan awal mendapati, terdapat kejanggalan pada penyebab kematian mangsa berikutan penemuan kesan luka pada mayat mangsa di bahagian wajah, leher dan kepala yang dipercayai dibunuh. Turut ditemui kesan sperma di dalam kemaluan mangsa. 


Setelah melakukan siasatan dan pemeriksaan di lokasi kejadian, akhirnya polis mendapati mangsa telah dibunuh oleh bapa kandungnya sendiri bernama Slamet, berusia 50 tahun. 


Sebelum dianiaya sampai mati, suspek sempat merogol anaknya sebanyak dua kali di bilik, di kediaman mereka yang ketika itu hanya tinggal mereka berdua, sementara isteri suspek keluar bekerja. 


Suspek memberikan alasan dia berbuat demikian terhadap anak perempuannya sendiri kerana tidak dapat menahan nafsu seksualnya setelah lama tidak dilayani oleh isteri. 


"Suspek mengaku khilaf kerana sebulan tidak dilayani oleh isterinya. Suspek juga mengaku dia membunuh mangsa kerana berang anaknya menolak untuk dirogol kali kedua," kata Aditya dalam sidang media pada 24 Mei 2021. 


"Bukti kejadian berdasarkan profil DNA suspek. Mangsa dianiaya sehingga meninggal dunia kerana memberontak ketika dirogol di mana dia dicekik, ditekap dan dipukul dengan batu bata," tambahnya lagi. 


Bimbang perbuatan kejinya terbongkar, suspek sempat mengelar tangan mangsa dan meninggalkan tali di tepi mayat seolah-olah mangsa meninggal dunia akibat bunuh diri. Selesai mencipta alibi tersebut, suspek keluar untuk pergi ke tempat kerjanya (buruh). 


Namun, sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua apabila polis berjaya menyelesaikan kes tersebut dan suspek ditangkap pada Jumaat 21 Mei 2021. 


Suspek kini berdepan dengan tindakan undang-undang berkaitan dengan Akta Perlindungan Anak yang memperuntukan hukuman 15 tahun penjara. 


Sumber: Kompas



from The Reporter https://ift.tt/2R2RrsW
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/3fVayh3
via IFTTT

Monday, 24 May 2021

'Bangun mak, buka mata mak...' - Anak-anak menangis pilu melihat ibu mereka yang nazak disebabkan Covid-19


"Hari ini, 24 Mei jam 4.45 pagi tadi, ibu mertua kesayangan saya telah kembali ke rahmatullah. Meninggal dunia di Hospital Shah Alam. 


"Arwah meninggal dunia disebabkan Covid-19. Tiga minggu dalam Unit Rawatan Rapi (ICU) sebab sesak nafas dan perlukan bantuan oksigen," demikian perkongsian yang tersebar meluas di media sosial sejak semalam. 


Video viral berdurasi 1 minit 37 saat itu menunjukkan anak-anak bersama dengan pasangan dan keluarga masing-masing menangis kesedihan melihat si ibu yang sedang nazak di ICU sehingga memerlukan bantuan pernafasan. 


Menurut sumber, mangsa dijangkiti virus berbahaya itu dari anak perempuannya yang sebelum itu memperoleh jangkitan dari rakan di tempat kerja. 


"Punca kena Covid-19 adalah kerana kakak ipar dapat (berjangkit) melalui kawan di office dia. Kakak ipar jumpa mak mertua saya, cium tangan dan berborak rapat-rapat. Bila kakak ipar pergi buat swab test, positif. Bawa mak mertua buat test, terus positif. Boleh bertahan tiga minggu sahaja, selepas itu meninggal dunia. 


"Doktor suruh buat video call terakhir semalam dengan anak-anak," kata sumber. 


Di media sosial, rata-rata netizen meluahkan rasa sedih dan terkesan dengan video tersebut yang membuatkan mereka terkenang akan ibu bapa masing-masing. Ada juga yang mengatakan, jika sebelum ini mereka menolak untuk menerima suntikan vaksin, kini telah mendaftar untuk mendapatkan vaksin kerana tidak mahu kejadian yang sama berlaku pada keluarga masing-masing. 


"Berapa ramai yang kehilangan mak, ayah, datuk dan nenek disebabkan kecuaian anak dan cucu balik kampung. Memang niat kita balik untuk menjenguk tetapi kalau ini natijahnya berbakul-bakul rasa menyesal sebab darah daging sendiri menjadi penyebab kematian. Allahu, salam takziah buat keluarga mangsa," kata Izzah. 


"Cepat-cepatlah kita daftarkan parents untuk vaksin ini nanti. Kalau berdegil tak nak, ambil masa untuk cuti dan hantar juga. Pastikan mereka dilindungi," kata Farah. 


"Saya seorang yang tidak mahu divaksin dan saya juga melarang ibu dan ayah saya divaksin. Tetapi setelah menonton videdo ini, saya dah daftarkan diri dan kedua ibu bapa saya untuk divaksin. Ini sangat-sangat menginsafkan. Saya yakin bukan saya seorang saja yang begitu, orang lain mungkin juga mengambil tindakan yang sama. Takziah buat keluarga mangsa," kata Nadia. 


Sementara itu, salah seorang menantu mangsa tampil meminta jasa baik warga maya untuk berhenti menyebabkan video tersebut.


"Saya mewakili keluarga memohon jasa baik warga maya yang mengikuti kisah ini untuk mendoakan ibu mertua saya agar rohnya dicucuri rahmat dan diletakkan dalam golongan ahli syurga.


"Sesungguhnya video ini amatt menyentuh perasaan, tetapi ianya amat memedihkan pada kami. Saya dengan rendah diri memohon agar ianya tidak lagi diviralkan seterusnya. Cukuplah setakat ini. Mohon maaf sekali lagi," kata Azinie Ahmad.


Sumber: Facebook



from The Reporter https://ift.tt/3fOivoe
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/3vdFsaJ
via IFTTT

(Video) 2 tren LRT dipercayai berhenti secara mengejut, ramai penumpang mengalami kecederaan


Viral di media sosial beberapa gambar dan video kemalangan yang membabitkan dua buah tren yang dalam perjalanan antara Kampung Baru dan KLCC, hari ini. 


Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu yang berlaku pada jam 9 malam dan sedang melakukan siasatan. 


"Berdasarkan maklumat awal, dua tren berkenaan tidak berlanggar tetapi berhenti secara mengejut. Kejadian itu menyebabkan penumpang terjatuh dan mengalami kecederaan," katanya memetik laporan dari Harian Metro. 


Sementara itu, Prasarana Malaysia Berhad mengesahkan, perkhidmatan tren Transit Aliran Ringan (LRT) bernombor 40 dan 81 mengalami kemalangan di Laluan Kelana Jaya.


Kerja-kerja membantu dan menyelamatkan mangsa sedang dilakukan dan Prasarana meminta semua pihak bertenang dan mematuhi semua arahan yang diberikan. 


"Kami memohon maaf atas segala kebimbangan dan kerisauan. Pihak kami sedang berusaha secepat mungkin untuk memberi bantuan serta mengawal keadaan," katanya. 










Sumber: Harian Metro, Info Roadblock JPJ/POLIS



from The Reporter https://ift.tt/3wvwXba
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/3fhriA0
via IFTTT
loading...