loading...

Monday, 3 May 2021

(Video) 'Tolonglah tuan saya merayu, kembalikan tangki oksigen tu' - Anak dakwa polis rampas tangki oksigen untuk ibunya (sakit Covid-19) untuk diberikan kepada VIP


Seorang wanita yang disahkan positif Covid-19 dilaporkan meninggal dunia selepas tangki oksigen yang sepatutnya diberikan kepadanya dirampas oleh beberapa pegawai polis, dalam kejadian yang berlaku di Agra, India. 


Lapor Times of India, polis didakwa mengambil tangki oksigen itu dari anak lelaki mangsa berusia 17 tahun. Wanita itu dipercayai meninggal dunia, dua jam selepas insiden yang tidak diingini itu berlaku. 


Dalam video viral di media sosial, remaja yang lengkap berpakaian PPE, dilihat melutut dan menangis ketika dia meminta polis untuk mengembalikan tangki oksigen itu kepadanya atau ibunya akan mati. 



Berkata kepada media, remaja itu mendakwa, polis terus mengambil tangki oksigen itu walaupun dia telah merayu agar mereka tidak berbuat demikian. Keluarga mangsa mendakwa, polis merampas tangki oksigen itu untuk diberikan kepada orang kenamaan (VIP). 


Kejadian itu mendorong Timbalan Ketua Pengarah Polis (ADG), Rajiv Krishna, mengarahkan pihaknya menjalankan siasatan segera terhadap dakwaan tersebut. 


Polis bagaimanapun mengeluarkan kenyataan penafian mengenai dakwaan itu dan memberitahu media tangki oksigen tersebut adalah kosong. 


Sumber: Times of India



from The Reporter https://ift.tt/3nGQbHG
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/3eN3sdK
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...