loading...

Monday, 10 May 2021

(Video) 'Setiap hari saya minum' - Ahli Parlimen India minum air kencing lembu untuk elak dijangkiti Covid-19


Angka kes positif Covid-19 di India semakin meningkat sehingga menyebabkan bekalan oksigen dan ubat-ubatan semakin terbatas. Keadaan ini memaksa sebahagian rakyatnya kembali semula menggunakan rawatan tradisional untuk melawan virus yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar itu. 


Seperti yang dilakukan oleh salah seorang Ahli Parlimen India, Surendra Singh, yang mengamalkan minuman air kencing lembu yang dipercayainya dapati dijadikan sebagai ubat untuk mencegah Covid-19. 


Terdahulu, Surendra memuat naik videonya meneguk segelas air kencing lembu di media sosial sambil mendakwa minuman itu mujarab untuk mendapatkan kesihatan yang sempurna. Katanya, dua hingga tiga sukatan air kencing lembu diperlukan dan dicampur bersama dengan segelas air sebelum diminum. 


Seseorang itu perlu memastikan perutnya kosong terlebih dahulu. Setelah mengambil minuman itu, perut perlu dibiarkan begitu sahaja tanpa mengambil sebarang makanan atau minuman agar air kencing lembu itu dapat memberikan kesan yang diharapkan. 


Surendra juga menyarankan orang ramai membeli air kencing lembu Patanjali sekiranya mereka sukar untuk mendapatkan bekalan air kencing lembu sendiri. Difahamkan, air kencing haiwan itu boleh didapati dalam bentuk produk atau kapsul.



Ahli Parlimen itu dengan yakinnya mendakwa, amalan minum air kencing lembu mampu membunuh racun dalam tubuh dan juga merupakan rawatan perubatan yang efektif untuk pelbagai jenis penyakit seperti obesiti, kanser sehingga ke penyakit ginjal dan hati. Air kencing lembu juga selalu disebut sebagai ubat untuk penyakit diabetis terutamanya air kencing dari lembu bunting. 


Selain itu, Surendra turut menyarankan amalan pemakanan kunyit panggang untuk gaya hidup yang sihat. 


Sumber: Daily Star



from The Reporter https://ift.tt/3by94YL
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/3eALCf8
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...