loading...

Monday, 10 May 2021

'Hanya ingat wajah kenalan ADUN di atasnya sebelum tidak sedarkan diri' - Mangsa dakwa dirogol 2 kenalan ADUN Gombak Setia selepas berkaraoke


Disember 2020, seorang wanita mendakwa dia dirogol oleh dua kenalan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia, Hilman, di mana salah seorangnya ialah pemimpin bahagian parti komponen Perikatan Nasional (PN) dan seorang lagi kenalan lama Hilman. 


Menurut laporan polis yang didedahkan oleh bekas pemimpin UMNO, Lokman Adam, mangsa mendakwa Hilman menjemputnya ke sebuah hotel di ibu kota untuk meraikan ulang tahun kelahirannya pada 4 Disember 2020 bersama dengan kenalan rapatnya dan dua rakan wanita yang lain. 


Selepas makan malam, mereka semua pergi berkaraoke di mana dia minum minuman beralkohol sehingga mabuk. Mangsa berkata, dia tidak begitu ingat apa yang berlaku selepas itu tetapi merasakan Hilman menolongnya untuk berjalan. Perkara terakhir yang diingatinya sebelum tidak sedarkan diri adalah wajah kenalan Hilman di atasnya.


Setelah bangun pada jam 4 pagi 5 Disember 2020, mangsa mendapati dia berada di bilik hotel seorangg diri dalam keadaan tidak berpakaian. Mangsa merasakan dirinya telah dirogol dan menemui kondom di bilik mandi. 


Mangsa diberitahu rakannya bahawa dia telah meninggalkan mangsa di bilik hotel itu bersama seorang rakan wanita lain, yang kali terakhir dilihat pada malam itu dengan ketua bahagian parti PN berkenaan. 


Mangsa percaya Hilman tidak bertanggungjawab di atas serangan seksual itu, tetapi 'tidak pasti' yang mana antara dua rakan Hilman yang melakukan serangan seksual tersebut. Mangsa juga membawa barang dari hotel untuk dijadikan sebagai bukti sokongan terhadap kesnya itu. 


Lapor Utusan Malaysia, Hilman pula menafikan dirinya ada menulis surat kepada Perdana Menteri. Kandungan surat itu mengatakan Hilman memberi penjelasan berhubung tuduhan yang mengaitkannya dalam video viral itu bersama seorang wanita adalah satu fitnah. 


Hilman menafikan dirinya menulis surat kepada Perdana Menteri dan menganggap tindakan itu merupakan usaha pihak pembangkang untuk menjatuhkan kredibilinya. 


Bagaimanapun, Hilman hanya menafikan kesahihan surat itu sahaja, bukannya ketulenan video yang viral di media sosial.


Sementara itu, polis sedang menyiasat kes tersebut di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol. 


Sumber: MalaysiaKini, Utusan Malaysia



from The Reporter https://ift.tt/3uFjFZq
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/3beq06h
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...