loading...

Monday, 10 May 2021

(Video) 'Awas kau!' - Budak 2 tahun dibentak oleh bapa tiri kerana bermain dengan anak kandungnya


Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun tergamam dan hilang keceriaan setelah dibentak oleh bapa tirinya. 


Insiden itu berlaku ketika kanak-kanak berkenaan sedang bermain dengan adiknya yang masih bayi di pangkuan bapa tirinya. 


Beberapa ketika kemudian, lelaki itu terus membentak anak tirinya itu dengan menyebut, "Awas kau!", dan menyuruh kanak-kanak itu menjauhkan diri dari bayinya. Tindakan lelaki itu membuatkan anak tirinya terus terdiam dan hanya mampu melihat bapa tiri bermain dengan bayi berkenaan.


Difahamkan pasangan itu berstatuskan janda anak satu dan duda tanpa anak sebelum berkahwin. Setelah mendirikan rumah tangga, wanita itu mengakui yang suaminya mula menunjukkan sikap tidak suka pada anak perempuannya hasil dari perkahwinan dulu.


Kini mereka dikurniakan seorang anak perempuan. Selepas kelahiran anak mereka, suaminya mula menunjukkan perubahan sikap yang ketara dan semakin dingin dengan anak tirin yang juga mahu mendapatkan kasih sayang daripadanya.


"Saya janda anak satu menikahi duda yang tidak beranak. Ketika kami menikah, kami dianugerahkan seorang anak perempuan. Dan sayangnya, suami saya tidak pernah suka dengan anak pertama saya.


@mastaammybilqis

Ingat para lelaki jgn menikahi janda beranak lw kau tak terima anak nya🥺🥺🥺 cintai dulu anak nya baru kau cintai ibu nya🙏

♬ original sound - Mr.Andreandra


"Jelas pada video menunjukkan anak saya hanya mengajak adiknya yang masih bayi untuk bermain. Tetapi dia (suami) membentaknya. Padahal dia masih berumur dua tahun. Selepas itu, anak saya hanya terdiam. Sedangkan dia juga masih memerlukan kasih sayang dari seorang lelaki bergelar bapa," tulisnya pada kapsyen video Tik Tok yang dimuat naik pada Isnin lalu. 


Disebabkan hal itu, si ibu mengambil keputusan untuk bercerai dengan suaminya ekoran tidak dapat membahagikan kasih sayang sama rata terhadap anak-anaknya. 


"Kerana saya bukan wanita bodoh, saya rela bercerai dengan suami kerana tidak mampu menerima anak saya yang lain," katanya.


Sumber: Tik Tok Masta Ammy Bilqis



from The Reporter https://ift.tt/3y4i9Ss
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/3exhCRj
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...