Padah membangsatkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Facebook gara-gara nyaris dikenakan kompaun ketika melalui sekatan jalan raya (SJR) di Putrajaya, seorang wanita telah ditahan untuk membantu siasatan.
Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Mohd Fadzil Ali berkata, pihaknya menerima laporan pada jam 10.53 pagi semalam mengenai Diana Mat yang memuat naik kenyataan biadab dan berunsur ugutan terhadap PDRM.
"Pada jam 9 malam tadi, seorang wanita berusia 36 tahun yang juga pemilik akaun Facebook bernama Diana Mat, ditangkap.
"Pihak polis turut merampas telefon bimbit milik wanita itu yang dipercayai digunakannya untuk memuat naik hantaran di Facebooknya," katanya.
Suspek kini ditahan dan akan dibawa ke hadapan Majistret Putrajaya untuk mendapatkan perintah reman mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah, untuk meneruskan siasatan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan kerana menakutkan secara jenayah, Seksyen 504 Kanun Keseksaan kerana mengaibkan dengan niat hendak mendatangkan bangkitan marah dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998, menggunakan perkhidmatan rangkaian dan komunikasi secara tidak wajar.
Semalam, suspek memuat naik beberapa status yang jelas sekali menghina Polis Diraja Malaysia (PDRM), khususnya anggota yang terbabit dalam sekatan jalan raya (SJR) di Putrajaya, kerana berang ditahan polis dipercayai kerana melakukan perjalanan merentas negeri atau daerah.
"Bang**t punya polis Putrajaya ni. Kau nak saman, saman je lah. Ceramah lak kau. Gamp**g. Kau ingat aku takut?!"
"Aku pergi tak ada roadblock, aku balik ada roadblock. Pastu kau nak ugut aku, saman RM10,000. Konon kena ada surat. Pastu cakap, 'Saya lepaskan kali ni', eh? anjing la kau," tulisnya.
Sumber: Berita Harian
LAPORAN BERKAITAN
from The Reporter https://ift.tt/3vOp3t6
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/33kmaEr
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment