loading...

Tuesday, 4 May 2021

Mayat bayi ditemui dalam keadaan dihurung semut di tepi jejantas


Mayat bayi lelaki ditemui di tepi jejantas oleh sepasang suami isteri di Jalan Jepun, Kampung Delek, Klang, petang semalam.


Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, pihaknya menerima aduan daripada seorang wanita yang juga pengawal keselamatan pada jam 6.12 petang memaklumkan mengenai penemuan mayat bayi itu. 


Menurut saksi, ketika dalam perjalanan balik ke rumahnya di Kampung Sungai Sireh, dia ternampak sepasang suami isteri di lokasi tersebut yang memberitahu ada mayat bayi, lalu dia terus menghubungi talian MERS 999. 


Siasatan polis di lokasi mendapati, mayat itu ditemui di bahagian bawah jejantas motosikal, di tepi landasan kereta api. Ketika ditemui, mayat bayi itu dihurung semut dan dipercayai telah ditinggalkan di situ sejak dua hari lalu. 


Tiada sebarang kesan kecederaan yang ditemui pada mayat mangsa yang cukup sifat itu. Mangsa dipercayai dibuang di lokasi itu, namun tidak diketahui sama ada dalam keadaan masih bernyawa atau sudah meninggal dunia. 


Mayat mangsa dibawa ke Hospital Shah Alam untuk dibedah siasat bagi mengetahui punca kematiannya. Kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan. 


Sumber: Harian Metro



from The Reporter https://ift.tt/3eRhGKJ
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/3uwYrfS
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...