Viral video di media sosial yang menunjukkan sekumpulan individu bergaduh di perkarangan tempat letak kereta yang tidak diketahui punca sebenar kejadiannya. Namun jelas di situ, kesemua yang terbabit tidak memakai pelitup muka dan melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.
Menurut sumber, kejadian itu berkemungkinan berlaku di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kempas Permai, Johor Bahru, semalam.
Berdasarkan video rakaman penduduk dari tingkat atas, individu-individu terbabit terdahulu dilihat saling bertengkar sambil disaksikan beberapa penduduk lain termasuk kanak-kanak.
Bagaimanapun keadaan berubah menjadi pergaduhan setelah seorang wanita bertudung merah jambu datang dan terus memukul salah seorang lelaki yang menyebabkan individu lain mengambil kesempatan untuk memukul lelaki terbabit.
Akibatnya, kedua-dua pihak saling membalas pukulan dan kanak-kanak lain yang berada di tempat kejadian turut mengambil kesempatan memukul mangsa. Salah seorang kanak-kanak lelaki berbaju hitam diterajang tepat di bahagian dada sehingga terjatuh sebelum melarikan diri ke arah lain.
Dalam masa sama, ada beberapa lelaki cuba meleraikan kedua-dua pihak, tetapi malangnya tidak berdaya kerana kedua-dua enggan berhenti.
Sementara itu di media sosial, rata-rata netizen menuding jari terhadap wanita bertudung merah jambu yang menjadi punca pergaduhan tersebut.
"Baju putih tudung pink tu siapa? Buruknyalah perangai, jadi punca orang berbalah ke? Beria sangat gasak orang. Puas hati tengok budak kecik tu kena terajang. Kecik-kecik dah biadab, kalau mati orang yang dipukul tu, tak pasal-pasal jadi pembunuh. Lepas tu menangis," kata Atty Azi.
"Tudung pink yang mulakan dulu. Kalau masuk dalam lokap, jangan menangis ye makcik," kata Ryzal.
"Yang tudung pink tu elok check in balai. Pemula pergaduhan fizikal. PDRM tolong angkut semua yang terlibat terutamanya tudung pink. SOP pun dah tak tau ke mana. Dengan tak pakai mask, bergaduh pulak tu. Secara automatik dah bersentuhan. Nanti kalau dah kena Covid-19, menyusahkan orang kat hospital pulak. Kecik-kecik tak nak mati, dah tua bangka menyusahkan orang pulak," kata Muhammad Rashid.
Sumber: Info Roadblock JPJ/POLIS
from The Reporter https://ift.tt/3uti1ZY
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/3c01Hcw
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment