loading...

Tuesday, 18 May 2021

(Video) 'Hamilnya pakai baking soda ye? Cepat betul perut mengembang' - Lucinta Luna tayang perut macam dah hamil 5 bulan, padahal baru 18 hari dia sahkan dirinya hamil


30 April lalu, lelaki transgender, Lucinta Luna atau nama sebenar, Muhammad Fattah, memaklumkan kepada pengikutnya di Instagram kononnya dia disahkan hamil, hasil hubungan dengan teman lelaki orang puteh. 


Sejak dari itu, Muhammad Fattah sering memuat naik gambar/video di akaun media sosialnya itu tentang kehamilan palsunya itu di mana dia juga mula menelan pelbagai produk untuk ibu mengandung. 



Terbaru, dia memuat naik gambar perutnya yang kononnya sudah mula menunjukkan tanda-tanda kehamilan. Tetapi dipertikaikan oleh netizen kerana saiz perutnya yang hamil itu tidak masuk akal. 


Mana tidaknya, baru saja 18 hari mengumumkan dirinya hamil dan kini saiz perutnya sama seperti ibu mengandung lima bulan. 



Tambahan, lelaki itu kerap memuat naik gambar/video yang menunjukkan perutnya kejap-kejap kempis, kejap-kejap kembung. 



Walaupun tahu dirinya terus dikecam oleh netizen, Muhammad Fattah enggan mengendahkan semua itu dan berterusan memuat naik gambar/video perutnya yang dipercayai terlalu laparkan perhatian biarpun melakukan konten kurang cerdik. 


"Perasan hamilnya baru kelmarin deh, kok udah gede (besar) ya kayak (seperti) udah 5/6 bulan?" soal Niang. 


"Gak masuk akal. Baru 3 minggu sudah gede aja. Itu settingannya cepat bangat.Gak natural bangat bohongnya. Baru ketahuan hamil tapi udah segede itu perutnya," kata Nathania. 


Sumber: Instagram Muhammad Fattah



from The Reporter https://ift.tt/3hy4Qny
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2RrtkUT
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...