Viral di media sosial video seorang lelaki melemparkan kata-kata kesat terhadap polis kerana tidak berpuas hati dihalang dari merentas negeri tanpa surat.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Superintendan Lee Chong Chern berkata, kejadian itu berlaku di sekatan jalan raya (SJR) Nibong Tebal baru-baru ini dan pihaknya telah mengambil tindakan terhadap lelaki itu pada 18 Februari 2021 sebelum video itu viral.
Difahamkan, lelaki berusia 28 tahun itu memandu kereta Mitsubishi Lancer terdahulu ditahan oleh anggota dari Balai Polis Nibong Tebal ketika mahu merentas negeri pada jam 5 petang dari Butterworth ke Bagan Serai, Perak.
Bagaimanapun hasrat lelaki itu terbantut apabila polis mendapati dia tidak mempunyai surat kebenaran untuk berbuat demikian.
Ketika diminta menunjukkan kad pengenalan dan lesen memandu, lelaki terbabit dikatakan membaling dua kad tersebut ke arah anggota berkenaan menyebabkan dia terus ditahan kerana bertindak kasar, tidak memberikan kerjasama dan menghalang penjawat awam menjalankan tugas.
Siasatan juga mendapati lelaki itu mempunyai rekod rawatan mental di Hospital Taiping, Perak sehingga kini. Kes disiasat di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan Peraturan 16(1) Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021.
Sumber: Kosmo Online
from The Reporter https://ift.tt/3r3cbgY
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/3q2V1yF
via IFTTT