loading...

Saturday, 13 February 2021

Wanita ditampar pegawai kerajaan kerana enggan picit badan, tanggal pakaian & lakukan seks oral kononnya arahan rasmi


Seorang pengarah di sebuah agensi kerajaan di Selangor ditahan polis kerana didakwa mencabul kakitangan wanita di Pelabuhan Klang Selatan, Selasa, 9 Februari 2021. 


Suspek berusia 35 tahun itu terdahulu dipanggil untuk membantu siasatan sebelum ditahan di IPD Klang Selatan pada jam 9 pagi, Sabtu, 13 Februari 2021. 


Lapor Harian Metro, kejadian itu berlaku pada jam 2 pagi ketika mangsa berusia 29 tahun berada di pejabat. Setelah selesai urusan kerja, suspek tiba-tiba mengamuk sambil berbaring dan mengarahkan mangsa membuat minuman. 


Suspek kemudian meminta mangsa mengangkat sumpah dengan al-Quran supaya tidak melaporkan apa jua perbuatan buruk atau jenayah yang dilakukannya. Suspek mengugut akan menukar jawatan mangsa jika berbuat demikian menyebabkan mangsa berada dalam ketakutan. 


Suspek meminta mangsa membuka tudung dan memicit tangannya kononnya ia adalah arahan rasmi sebelum mengarahkannya memicit badan dan seterusnya mengarahkan mangsa menanggalkan pakaian serta melayaninya sehingga puas. 


Bagaimanapun, mangsa menolak dengan cara baik membuatkan suspek berang lalu menamparnya sehingga terjatuh. Suspek meminta mangsa melakukan seks oral membuatkan mangsa menjerit dan akibatnya mangsa ditampar sekali lagi. 


Insiden itu turut dirakam oleh suspek menggunakan telefon bimbitnya dan mengancam mangsa untuk tidak membuka mulut atau berdepan dengan tindakan tatatertib sekiranya melaporkan kejadian itu kepada pihak polis. 


Mangsa kemudian membuat laporan polis berhubung kejadian itu di Balai Polis Pandamaran untuk tindakan lanjut. 


Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Komisioner Shamsul Amar Ramli mengesahkan menerima laporan itu dan suspek telah ditahan dan disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul. 


Sumber: Harian Metro



from The Reporter https://ift.tt/3qjW0v3
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/3jOcd9A
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...