loading...

Tuesday, 23 February 2021

(Video) 'Saya dari dulu memang kaya, tak pernah naik pesawat ekonomi' - Nia Ramadhani


Pelakon negara jiran, Nia Ramadhani dikatakan baru pertama kali menaiki pesawat kelas ekonomi dan pengakuannya itu mengundang pelbagai reaksi netizen di media sosial. 


Umum mengetahuai, kehidupan Nia Ramadhani sememangnya mewah bergelimpangan dengan harta kerana berkahwin dengan anak ahli perniagaan ternama di negara itu, iaitu Anindra Ardiansyah Bakrie. 


Menaiki pesawat jet peribadi ketika pergi ke luar negara adalah perkara biasa untuk Nia Ramadhani pada hari ini. Dalam video itu, Nia berkata yang dia sudah kaya sejak dari dulu lagi dan tidak pernah menaiki pesawat kelas ekonomi. 


"Ini kali pertama puan (Nia) naik pesawat ekonomi," kata pembantu Nia Ramadhani, Prita Aunalal, yang duduk di sebelahnya. 


"Saya dari dulu memang kaya, tak pernah (naik pesawat kelas) ekonomi," kata Nia. 



Sedangkan sebelum ini, Nia Ramadhani pernah berkongsi yang dia sebenarnya berasal dari keluarga yang biasa-biasa sahaja dan tidak seperti pada hari ini yang mempunyai banyak harta. 


Disebabkan video itu, netizen memberikan pelbagai reaksi sehingga ada yang menganggap Nia sombong, dan tidak kurang juga yang mengata dia sekadar bergurau sahaja. - Agensi



from The Reporter https://ift.tt/3klAJzg
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/3pM2txT
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...