loading...

Sunday, 14 February 2021

'Ada angin menghembus, sebelum perut saya buncit' - Terkejut disahkan mengandung & terus beranak selepas 4 bulan bercerai

Seorang wanita yang baru habis idah selepas empat bulan bercerai terkejut apabila dia disahkan mengandung dan sejam kemudian dia melahirkan bayi perempuan. 


Siti Jainah, 25, berasal dari Kampung Gabungan Desa Sukapura, Cidaun, Cianjur, Jawa Barat, Indonesia berkata dia tidak melalui sebarang simptom ibu mengandung. Malah dia turut datang haid seperti biasa setiap bulan. 


Kejadian itu mengemparkan penduduk kampung dan menganggap situasi yang dialami oleh Siti itu penuh mistik, sehingga viral di media sosial sejak beberapa hari lalu. 


Difahamkan, Siti mengadu sakit perut ketika bermain dengan anak sulungnya. 30 minit kemudian, dia mendakwa perutnya membuncit beberapa kali sebelum mengempis tidak lama kemudian. 


Siti juga mendakwa seperti ada angin yang menghembus ke arahnya pada ketika itu sebelum perutnya terasa memulas. 


Keluarganya yang bimbang melihat keadaan itu terus memanggil bidan untuk membuat pemeriksaan dan dimaklumkan Siti sudah sampai masa untuk melahirkan anak. 


Tidak beberapa lama kemudian, Siti selamat melahirkan bayi perempuan dan kedua-duanya selamat. 


Siti mengakui dia terkejut kerana selama sembilan bulan dia tidak merasai sebarang simptom kehamilan dan menganggap mungkin itu sudah takdir Allah SWT untuknya. Apa yang penting katanya, dia dan bayinya selamat. 


Sementara itu, Ketua Pusat Kesihatan Awam Cidaun, H Eman Sulaeman berkata, pihaknya sedang mengumpul maklumat mengenai kelahiran itu walaupun keadaan itu dianggap aneh. Ibu dan bayi perempuan itu yang beratnya 2.9 kilogram akan terus dipantau. 


Sumber: Harian Metro



from The Reporter https://ift.tt/3b9ZR7R
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/3b6AfZt
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...