Adakah anda berasa serba kekurangan ketika ini? Apa pun jawapan anda, bersyukurlah kerana sehingga saat ini kita masih bernafas dan menikmati pemberian daripada Tuhan untuk boleh meneruskan hidup di dunia ini. Mengeluh macam mana pun kita, sekurang-kurangnya anda masih ada tempat tinggal yang sempurna berbanding lelaki tua ini hidup dalam keadaan sangat daif.
Lelaki dipercayai warga emas ini, berasal dari Taman Salak Selatan Baru, hidup di rumah yang sudah usang dan roboh serta dilitupi dengan tumbuhan liar sejak sekian lamanya.
Mujur ada individu yang prihatin, memaklumkan nasib warga emas ini kepada aktivis masyarakat, Kuan Chee Heng atau nama panggilannya Uncle Kentang, untuk datang membantu. Sebaik saja tiba di tempat lelaki itu, alangkah terkejutnya tatkala melihat keadaan rumahnya yang tidak lagi sesuai untuk didiami.
"Dalam hidup saya selama 58 tahun, saya tidak pernah melihat orang sedaif ini. Hidup dalam rumah yang telah roboh semuanya. Ada satu katil kecil untuk tidur di bawah pokok. Ada periuk nasi dan peti sejuk yang usang.
"Dia tak ada tilam, tidur bersama nyamuk, ulat dan ular. Umurnya 68 tahun, uzur dan tidak dapat berkerja. IC masih guna IC lama. Kita akan belikan phone untuk dia," katanya.
Bersimpati dengan nasib warga emas itu, Uncle Kentang bercadang mahu membawanya ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk membuat kad pengenalan baharu. Selain itu, membawanya ke Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk memohon bantuan yang bersesuaian.
Dari segi tempat tinggalnya pula perlu dibersihkan dan mungkin akan menggunakan khidmat jentolak untuk membersihkan kawasan semak. Setelah itu, belikan kabin untuk dijadikan sebagai tempat tinggalnya yang lengkap dengan bekalan elektrik.
Barangan lain seperti katil, tilam, handphone, peti makanan, tempat memasak juga sedang diusahakan bagi memudahkan warga emas berkenaan.
Sumber: Uncle Kentang
from The Reporter https://ift.tt/2NVk5tO
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/3shcaWM
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment