loading...

Saturday, 27 February 2021

Lelaki diperintah bayar pampasan RM31,300 sebelum ceraikan isterinya yang selama ini hanya jadi suri rumah tangga


Seorang lelaki yang baru bercerai dengan isterinya diperintah oleh mahkamah untuk membayar 50,000 yuan (RM31,300) kepada bekas isterinya, sebagai pampasan kerana isterinya telah menguruskan rumah tangga selama lima tahun mereka berkahwin. 


Undang-undang di China menetapkan, isteri atau suami berhak untuk meminta pampasan daripada pasangan di mahkamah ketika bercerai jika salah seorang daripada mereka menanggung beban atau tanggungjawab yang lebih besar. 


Bebanan yang dimaksudkan itu termasuklah menguruskan rumah tangga. Dalam kes di atas, wanita yang diceraikan berkata, dia tidak bekerja selama berkahwin dan hanya fokus menguruskan rumah tangga. 


Di saat dia diceraikan suami, dia bertindak menuntut pamapasan menguruskan rumah tangga selama tempoh mereka bersama. Hakim menerima tuntutan wanita berkenaan dan memerintah bekas suaminya membayar 50,000 yuan. 


Selain itu, bekas suami turut diwajibkan membayar 2,000 yuan (RM1,251) setiap bulan kepada wanita itu bagi membiayai keperluan anak mereka. Sementara, aset-aset yang lain akan dibahagikan sama rata. 


Namun, netizen di China menganggap tuntutan 50,000 yuan itu terlalu sedikit berbanding pendapatan pembantu rumah yang jauh lebih banyak. - Agensi



from The Reporter https://ift.tt/3bO7rFh
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/37UeZp6
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...