loading...

Saturday, 13 February 2021

(Video) 'Serious la you tak pakai bra? Cuba tunjuk, kalau tunjuk I tak saman' - Wanita dakwa diganggu secara seksual oleh anggota polis


Seorang lagi wanita tampil mendedahkan di media sosial yang mendakwa dia turut diganggu secara seksual oleh anggota polis yang bertugas di sekatan jalan raya. 


Menurut wanita berkenaan, kejadian itu berlaku pada jam 7.15 pagi Jumaat, 12 Februari 2021 di sekatan jalan raya (SJR) Jalan Duta. 


Katanya, anggota polis berkenaan bertanya kepadannya sama ada dia memakai pakaian dalam atau tidak dan memberi jaminan untuk tidak mengeluarkan saman terhadapnya sekiranya dia menunjukkan kepadanya. 


Laporan polis telah dibuat di Balai Polis Shah Alam berhubung kejadian itu dan dia juga telah hadir di IPD Brickfields untuk memberi keterangan. 


Sementara itu, Pengarah Jabatan Integriti Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, Zamri Yahya berkata, pihaknya sedang melakukan siasatan dan mengenalpasti anggota terbabit berdasarkan keterangan daripada pengadu. 


Melalui portal Harian Metro, wanita itu mengaku silap kerana tidak memakai coli pada waktu kejadian tetapi itu bukanlah alasan untuk anggota berkenaan melayaninya seperti itu. 


Anita, 24, memaklumkan dia ketika itu dalam perjalanan pulang dari Wangsa Maju ke Shah Alam sebelum ditahan seorang anggota polis berkenaan. 


"Anggota berkenaan meminta saya menunjukkan surat kebenaran (rentas negeri) serta lesen memandu, namun saya gagal menunjukkan lesen memandu kerana terlupa membawanya. 


"Dia (anggota polis) kemudian meminta saya memberhentikan kereta di bahu jalan untuk pemeriksaan lanjut. Ketika pemeriksaan itu, dia menegur saya yang memakai baju tidur tanpa coli. Tindakan dia menegur perkara itu menyebabkan saya menjadi malu dan terus menutup dada kerana tidak selesa. 


"Dia minta saya buka baju untuk tunjuk sama ada saya pakai coli atau tidak. Malah dia seolah-olah mengugut dengan memberitahu akan menyaman saya sekiranya tidak berbuat demikian. 


"Saya yang marah dengan tindakannya itu kemudian memintanya supaya memberikan saya saman sekiranya ada melakukan kesalahan. Namun, anggota berkenaan terus pergi ke khemah dan mengambil telefon bimbitnya. 


"Dia kemudian meminta saya memberikan nombor telefon sebelum saya dibenarkan meneruskan perjalanan pulang. Sebaik tiba di rumah, saya menerima panggilan telefon daripada dia yang mengajak saya keluar bersama," katanya. 



Anita turut menceritakan kejadian itu kepada rakannya yang kemudian menasihatkannya untuk mendedahkan perkara itu di media sosial sebagai pengajaran kepada orang lain. 


Sumber: Harian Metro



from The Reporter https://ift.tt/3pikUdr
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/3pjo5S6
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...