loading...

Wednesday, 24 February 2021

'Kenapa pertuduhan saya terlalu banyak?' - Peniaga air tebu rogol anak & rakan anaknya berdepan hukuman penjara 1,830 tahun


Peniaga air tebu yang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Klang hari ini atas 55 pertuduhan melakukan sumbang mahram terhadap anak perempuan kandung dan sembilan pertuduhan merogol rakan anaknya berusia 14 tahun sejak April 2019. 


Bapa kepada tujuh anak termasuk dua anak tiri itu bagaimanapun membuat pengakuan tidak bersalah terhadap semua pertuduhan itu yang dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Datin M Kunsundary. 


Tertuduh sempat mencelah, "Boleh saya tanya, kenapa pertuduhan saya terlalu banyak?". 


Berdasarkan pertuduhan pertama hingga 55, tertuduh didakwa melakukan sumbang mahram dengan anak kandungnya di rumahnya di Klang pada April 2019 hingga Januari 2019, di bawah Seksyen 376B (1) Kanun Keseksaan. 


Tertuduh berdepan dengan hukuman penjara minimum 10 tahun dan maksimum 30 tahun dan sebatan jika didapati bersalah. 


Bagi sembilan pertuduhan lagi, tertuduh didakwa merogol rakan anaknya pada Ogos 2020 hingga Januari 2021 di lokasi yang sama. Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan dan berdepan dengan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika didapati bersalah. 


Berdasarkan semua pertuduhan itu, tertuduh bakal berdepan dengan hukuman penjara selama 1,830 tahun jika sabit kesalahan.


Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nurul Qistina Qmarul Abrar, manakala tertuduh diwakili peguam Khairul Naim Rafidi. 


Khairul memohon mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin dengan syarat yang ketat, tetapi dibantah oleh pihak pendakwaan kerana kesalahan yang dilakukan tertuduh adalah sangat serius. 


Hakim kemudian menetapkan tiada jaminan terhadap tertuduh dan 24 Mac 2021 sebagai tarikh sebutan semula kes. 


Sumber: Harian Metro


LAPORAN BERKAITAN



from The Reporter https://ift.tt/3aPX4lo
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2ZHh8zQ
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...