Dua anggota polis yang didakwa melakukan gangguan seksual terhadap pemandu wanita di dua sekatan jalan raya baru-baru ini sehingga viral di media sosial telahpun ditarik tugas.
Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, Datuk Zamri Yahya berkata, dua anggota terbabit telah ditarik tugas sehingga siasatan selesai dijalankan.
Zamri berkata, pihaknya sedang menjalankan siasatan secara menyeluruh selepas dua wanita berkenaan melaporkan kejadian itu dan keterangan mereka juga telah diambil untuk membantu siasatan.
"Dalam siasatan in kami ingin mendapatkan gambaran yang lebih jelas mengenai apa yang sebenarnya berlaku dan proses siasatan ini dijalankan secara telus dan teliti," katanya.
Baru-baru ini, dua wanita mendakwa mereka diganggu secara seksual oleh anggota polis yang bertugas ketika melalui sekatan jalan raya (SJR).
Kes pertama, wanita berusia 23 tahun mendakwa diganggu secara seksual di mana anggota terbabit bertanya apakah dia tidak memakai coli, pada jam 7.30 petang, Jumaat lalu.
Kes kedua, pengadu mendakwa anggota polis telah menyalahgunakan kedudukan dirinya untuk mengambil maklumat dirinya sebelum menghubungi melalui aplikasi WhatsApp untuk berkenalan.
Dalam pada itu, Zamri meminta mana-mana individu yang mengalami situasi seperti itu untuk tampil membuat laporan polis agar tindakan sewajarnya dapat diambil.
"Pegawai dan anggota PDRM perlu bersikap profesional, tidak boleh berbuat sesuatu atau mengeluarkan percakapan yang tidak berkaitan dengan tugas rasmi yang sedang dijalankan pada masa bertugas," katanya.
Sumber: Harian Metro
from The Reporter https://ift.tt/2OvAR36
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2NstQje
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment