loading...

Sunday 6 December 2020

(Video) 'Yaa nampaknya.. bab.. babi uta.. babi ke tu?' - Premis Al Ikhsan di Alamanda diceroboh babi hutan


Sebuah butik pakaian sukan di pusat beli-belah, Alamanda Putrajaya dilaporkan diceroboh oleh seekor babi hutan, menggemparkan kakitangan dan para pengunjung. 


Dalam kejadian yang dilaporkan berlaku pada Ahad, 6 Disember 2020, haiwan berkenaan dipercayai masuk dari pintu 'belakang' setelah tersesat dan terus masuk ke premis pakaian sukan. 


Bagaimanapun keadaan terkawal apabila tindakan pantas kakitangan premis itu menutup pintu utama menyebabkan haiwan itu tidak dapat keluar, sementara menunggu bantuan tiba. 


Menurut sumber lain, premis tersebut ditutup buat sementara waktu bagi kerja-kerja pembersihan. 





from The Reporter https://ift.tt/2VJNc4c
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2IiNNH1
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...