loading...

Sunday 6 December 2020

Isteri kantoi curang, bersembunyi di siling bilik motel


Seorang wanita panik dan sanggup bersembunyi di bahagian siling bilik motel selepas suaminya berjaya menghidu kecurangannya. 


Lapor The Sun, wanita Filipina itu melarikan diri setelah perbuatannya bermain cinta dengan lelaki lain diketahui oleh suaminya.


Pihak polis yang dihubungi oleh suaminya terpaksa menggunakan tangga untuk mengeluarkan wanita berkenaan dari tempat persembunyiannya sebelum ditahan untuk tindakan lanjut. 


Difahamkan, si suami keluar meninggalkan rumahnya untuk bekerja di pelantar minyak di luar negara. Menjelang sambutan perayaan Hari Krismas, si suami pulang dan berharap disambut oleh isterinya dengan penuh kegembiraan. Malangnya, isterinya bersikap dingin dan mula menjauhkan diri. 


Perubahan sikap si isteri membuatkan lelaki berkenaan berasa curiga, apatah lagi isterinya kerap memberi alasan pulang lewat untuk bekerja lebih masa di hujung minggu. Walaupun di hari Ahad, isterinya tiba-tiba mkeluar kononnya ada urusan penting di tempat kerja. 


Si suami kemudian mengambil keputusan untuk mengekori isterinya dan terkejut apabila mendapati wanita itu berhenti di sebuah motel, bukannya di tempat kerja di mana tujuannya berada di situ untuk bertemu dengan lelaki lain yang jauh lebih muda daripadanya. 


"Saya tak tahu nak buat apa. Saya call member untuk minta bantuan dan mereka terus melaporkan kepada pihak polis," katanya. 


Pada awalnya, pihak motel tidak membenarkan dia masuk dengan alasan privasi. Setelah beberapa anggota polis datang, dia dibenarkan masuk dan meminta kakitangan motel membuka pintu bilik. 


Di situ, polis menemui seorang lelaki dengan pakaian berselerakan di dalam bilik. Sementara itu, wanita terbabit berusaha menyembunyikan diri dengan memanjat siling. 


Pihak polis terpaksa mengambil masa selama 30 minit untuk membawa keluar wanita terbabit dan seteruskan dibawa ke balai polis untuk tindakan lanjut. 


Perbuatan berzina adalah salah satu kesalahan yang serius di Filipina. Wanita berkenaan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga enam tahun jika terbukti bersalah di mahkamah.


Sumber: Viral Press



from The Reporter https://ift.tt/3guy705
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/36OvX8j
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...