loading...

Wednesday, 30 September 2020

Bayi ditemui masih menyusu di jasad ibunya yang sudah meninggal dunia

Seorang bayi berusia empat bulan ditemui masih menyusu badan di jasad ibunya yang sudah meninggal dunia, Selasa lalu di wilayah Lamphun, Thailand. 


Ibu muda itu dikatakan telah meninggal dunia beberapa jam oleh polis yang datang menemuinya terbaring di atas tilam dengan bayinya yang masih menyusu badan. 


Polis berjaya mengenalpasti identiti mangsa yang dikenali sebagai Nuan, berumur 25 tahun dan berasal dari Myanmar. 


Menurut suami mangsa, isterinya berada dalam keadaan sihat dan pada malam kejadian mereka tidur bersama. 


Kira-kira jam 3 pagi, dia terdengar suara bayinya merengek dan isterinya mengalami kesukaran untuk bernafas. Menyangka tiada apa-apa yang serius, dia kembali menyambung tidur. 


Apabila dia bangun pada jam 5 pagi, dia mendapati isterinya telah meninggal dunia. 


Mayat mangsa dihantar ke hospital untuk dibedah siasat bagi mengetahui punca kematiannya sebelum dikembalikan kepada keluarganya untuk dikebumikan. 


Sumber: Asia One



from The Reporter https://ift.tt/3jmyR86
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/3jko8uC
via IFTTT

(Video) Pelanggan bergaduh dengan petugas drive thru sebab buat payment guna method Paywave tanpa izin

Viral di media sosial semalam video pergaduhan di antara pelanggan dan kakitangan sebuah restoran makanan segera di Rawang. 


Dalam kejadian yang berlaku pada jam 7.30 malam Ahad (27/9/2020) berpunca dari salah faham yang berkaitan dengan kaedah pembayaran di kaunter lorong pandu lalu. 


Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, mangsa mendakwa petugas di kaunter berkenaan menguruskan pembayarannya secara pay wave tanpa kebenarannya yang membuatkan dia berasa tidak puas hati. 


Selain itu, mangsa mendakwa petugas yang sama meninggikan suara dan bercakap kasar terhadapnnya serta membuatnya menunggu lama yang membawa kepada pertengkaran sebelum didatangi lelaki lain yang menumbuk mangsa di dahi kiri dan pergelangan tangannya ditarik dengan kuat. 


Difahamkan, mangsa berusia 41 tahun itu telah membuat laporan di Balai Polis Serendah pada jam 8 malam pada hari kejadian dengan mendakwa pekerja restoran itu memukulnya. 


Mangsa yang cedera kemudian dibawa ke hospital dengan ambulans untuk mendapatkan rawatan. 


Polis juga menerima satu laporan polis dari kakitangan restoran berkenaan dan beberapa saksi juga telah tampil untuk diambil keterangan. 


Sementara itu, McDonald's Malaysia mengeluarkan satu kenyataan yang mengesahkan kejadian itu berlaku di salah satu cawangannya di Rawang di mana pekerjanya telah diserang oleh mangsa. 


"Kami memandang perkara ini dengan serius kerana ia membabitkan kecederaan terhadap pekerja kami. 


"Kami telah membuat satu laporan polis mengenai kejadian ini dan akan mendapatkan nasihat undang-undang mengenai perkara ini," katanya. 


Seorang netizen yang mendakwa dirinya adalah isteri kepada salah seorang kakitangan di premis itu menceritakan situasi sebenar kejadian tersebut. 


"Kesnya lelaki ini nak bayar makanan dia. Dah bayar pakai pay wave, keluar resit. Tiba-tiba nak tukar payment method guna pin pula. Memang tak bolehlah sebab dah keluar resit. Benda yang sama saja sama ada pay wave atau pin, bayar juga kan? 


"Dok bising-bising, habis ditumbuk muka budak drive thru tu. Lebam biji mata sudah. Sudah refund duit pun masih bising mengamuk, sampai naik ikut tingkap drive thru, masuk ke kitchen ambil fire estinguisher nak sembur pada pekerja-pekerja. 


"Nasib baik laki saya sempat tolak tangan dia ke atas. Kalau tak, habis semua makanan-makanan di situ. 


"Itu saja yang boleh cerita. Yang selepas itu tak boleh sebab agak sulit untuk diteruskan," katanya. 


Sumber: Berita Harian, Info Roadblock JPJ/POLIS



from The Reporter https://ift.tt/2HCZCH8
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/34kjoiC
via IFTTT

Peneroka Felda yang masih degil tanam pokok ketum akan dilucutkan hak tanah

Peneroka  Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) boleh dilucutkan hak tanah sekiranya masih berdegil menanam pokok ketum.


Ketua Unit Pewarisan, Jabatan Pengurusan Tanah Felda, Mohd Yassin Mohd Yusof berkata pihaknya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan jika perkara ini berterusan.


“Tindakan pelucutan hak  menerusi mahkamah boleh diambil ke atas peneroka yang menanam pokok yang tidak dibenarkan seperti pokok ketum berdasarkan Akta Penempatan Berkelompok (GSA) 1960,” katanya kepada pemberita di Felda Mata Ayer, ketika operasi bersepadu menebang pokok ketum melibatkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Tanah Dan Galian (JTG) Perlis di sini, hari ini.


Mohd  Yassin berkata buat masa ini, Felda mengambil langkah memberi nasihat serta menebang pokok ketum bagi memberi kesedaran kepada peneroka, membabitkan 317 Felda dengan lebih kurang 2.5 juta peneroka dan waris peneroka Felda.


Sementara itu, Ketua Polis Perlis, Datuk Surina Saad yang turut sama pada operasi tersebut berkata sebanyak 200 hingga 250 pokok ketum ditebang di Felda Mata Ayer hari ini dan akan diperluaskan ke Felda Chuping dan Felda Rimba Emas dengan anggaran sebanyak 1,500 hingga 2,000 pokok ketum.


Beliau berharap dengan usaha ini dapat mengurangkan aktiviti penyeludupan sehigga 40 peratus apabila jumlah penawaran daun ketum berkurangan.


“Kami harap negeri lain turut melakukan usaha yang sama dalam memerangi jenayah penyeludupan dan penyalahgunaan daun ketum di negara ini,” katanya.


Sumber: Bernama



from The Reporter https://ift.tt/3jkmZDg
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2GdWOA1
via IFTTT

Bosan isteri kuat membebel, suami panjat menara telekom untuk sejukkan hati

Tidak tahan mendengar bebelan isteri, seorang lelaki sanggup memanjat menara pencawang telekomunikasi di Uttar Pradesh, India. 


Lapor Gulf News, Tejpal Singh bertindak sedemikian kerana bosan selalu bergaduh dan mendengar bebelan isterinya dan percaya dengan cara itu dia dapat menyejukkan hatinya yang sedang panas membara seperti lagu Awie "Bara yang panas membara".


Orang awam yang melihat kejadian itu kemudian memujuk Tejpal untuk turun, tetapi Tejpal enggan berbuat demikian. Keadaan itu memaksa orang awam menghubungi pihak berkuasa. 


Melihat campur tangan dari pihak berkuasa, akhirnya Tejpal yang mengada-ngada itu pun turun dan berkata, "Saya muak dengan isteri saya. Dia cuba mengenakan saya dengan pelbagai tuduhan palsu, tetapi polis tak mahu mendengar penjelasan saya. 


"Saya rasa nak putuskan saja hubungan ini," katanya. 


Difahamkan, ini merupakan perkahwinan Tejpal yang kedua dan dia dengan isterinya selalu bertengkar mengenai beberapa isu. 


Insiden itu mengundang pelbagai reaksi netizen di Twitter. 


"Dia mungkin sedang cuba memutuskan talian telefon isterinya dengan memanjat ke atas puncak menara itu," kata Praamod. 


"Ada sesiapa tak yang boleh panjat menara pencawang di kawasan saya dan adjust antena sebab kompeni telko langsung tak buat apa-apa pada aduan saya berkenaan masalah network," kata Abhishaek. 


Sumber: Gulf News



from The Reporter https://ift.tt/3ifJiZz
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/3jiG5Kj
via IFTTT

'Aku dah menggigil, duit aku lesap!' - Akaun bank surirumah diceroboh scammer hanya melalui WhatsApp call

Kes scammer merembat wang mangsa dari akaun bank tanpa sebarang pengesahan kembali bermaharajalela. Dalam kes baru-baru ini, seorang surirumah nyaris kehilangan wang RM1,000 dari akaun banknya selepas menjawab panggilan dari individu yang tidak dikenali. 


SILA AMBIL PERHATIAN!


Berhati-hati, ramai yang sudah kena dan akhirnya hari ini aku pula yang terkena. Tengah hari Ahad lalu, si scammer setan ini call masa aku dengan laki tengah makan nasi. Jadi, aku suruh laki yang jawab. Dia sebut nama pejadah entah, pastu laki aku kata dia salah nombor. Dia dok cakap pasal beli barang dari Lazada.


Disebab selalu baca kes-kes scammer ini, laki aku cakap 'Penipu' dan terus letak. Dia cuba pula buat video call, tapi aku tak jawab. So kitorang abaikan terus dan macam tiada apa-apa yang berlaku. 


Malam hari kejadian, aku nak keluar sebab nak pergi beli pampers anak yang dah habis. Aku nak transfer duit, buka Maybank2u dan tengok dah kena locked. Masa ini aku dah cuak dan ajak laki pergi bank terus. 


Sampai di bank, aku masukkan kad di dua mesin ATM dan kad kena tendang. Aku dah menggigil, duit aku dah lesap. 


Pergi ke balai polis, diorang minta aku call customer servis dulu. So memang betul duit aku dah kena kebas. Yeah! Lesap duit aku RM1,000 yang laki aku baru je transfer sebab dapat bonus. Hadiah katanya. 


Nasib baik duit yang lain aku dah asing-asing letak ke akaun Tabung Haji. Kalau tak, lagi aku pitam depan polis tu. Tak sempat aku nak belanja duit tu dah hilang. Geram betul!


Tapi nasib baik sebab pegawai bank itu kata scammer belum dapat lagi duit tu. Masalahnya sekarang, scammer itu dah tahu segala username aku di Maybank2u. Esok kena pergi Maybank untuk tukar segalanya termasuk kad ATM. 


Doakan ada rezeki aku dengan anak-anak untuk dapatkan semula duit itu. RM100 pun separuh mati, lagi pula RM1,000. Terlalu besar nilai itu untuk surirumah macam aku ni. 


Buat pengetahuan semua, dia bukan hantar mesej melalui aplikasi WhatsApp ye, tetapi scammer itu call terus. Masa dia call itu, mungkin dia sedang mencuba membuka akaun aku dan call untuk minta nombor TAC. Tapi tak dapat. Nasib baik bank sempat sekat semua transaksi. Apa-apa pun kena tunggu esok, nak pergi bank. Haih, rasa lama pula malam ini. 


UPDATE


Alhamdulillah aku dah dapat balik duit itu. Awal-awal pagi tadi pergi bank dan settlekan semua. Pegawai itu kata, memang scammer itu pakar sebab dengan call menggunakan WhatsApp je dia dah boleh buka akaun Maybank2u aku dan berusaha mengeluarkan semua duit yang ada. 


Tetapi mujur pihak bank dapat detect individu yang cuba mengeluarkan duit ini bukan aku tetapi scammer. Pegawai itu kata sebab aku guna password yang agak sukar untuk diketahui oleh scammer. Jadi, pihak bank segera menyekat semua akaun Maybank2u dan kad ATM aku. 


Berdasarkan pengalaman semua dalam ni kata jangan jawab panggilan dari nombor yang tidak dikenali. So memang trauma sangat sekarang ni sampai keluarga sendiri call pun tak berani nak angkat. 


Tadi kena tukar kad dna buat akaun Maybank2u yang baru. Guna username dan password susah-susah sikit. Alhamdulillah syukur sangat-sangat. Terima kasih di atas semua nasihat. 


Sumber: Ohh Sue



from The Reporter https://ift.tt/2Goxnvq
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/3l37rEE
via IFTTT

'Cepatnya nak bakar mayat mangsa, nak cover 4 suspek kasta tinggi ke?' - Polis bakar mayat mangsa rogol tanpa izin keluarga

Mayat remaja perempuan berusia 19 tahun yang meninggal dunia akibat dirogol empat suspek lelaki kasta tinggi telah dibakar oleh polis tanpa keizinan dari keluarga mangsa. 


14 September lalu, mangsa dirogol empat suspek dan ditemui dalam keadaan lumpuh akibat kecederaan di leher dan tulang belakang. Mangsa dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan tetapi keadaannya bertambah teruk dan disahkan meninggal dunia semalam. 


Kes itu mencetuskan kemarahan orang ramai dan ditambah pula dengan tuduhan polis merampas mayat mangsa dan menjalankan upacara pembakaran tanpa meminta keizinan dari keluarganya. 


Menurut keluarga mangsa, mayat anak mereka dirampas pihak berkuasa sebaik tiba di perkampungan di daerah Hathras dan dibakar awal pagi Rabu, meskipun saudara mara serta penduduk kampung membantah tindakan mereka. 


Difahamkan, ahli keluarga mangsa menuntut mayat itu dibawa pulang ke rumah terlebih dulu agar semua waris boleh memberi penghormatan terakhir. 


"Kami merayu mereka membenarkan mayat mangsa dibawa pulang ke rumah, namun tidak diendahkan," kata abang mangsa. 


Ketua Polis, Vikrant Vir menafikan tuduhan itu dan menjelaskan upacara pembakaran mayat yang dilakukan pada jam 3 pagi itu dilakukan dengan keizinan keluarga mangsa. Malah pihaknya turut membekalkan kayu api bagi membantu upacara tersebut berjalan dengan lancar. 


Berbeza dengan kenyataan abang mangsa yang mendakwa Polis Hathras mengarahkan upacara itu diteruskan dan semua ahli keluarga mangsa dipaksa untuk ikut serta. 


Sumber: AFP, Harian Metro


LAPORAN BERKAITAN



from The Reporter https://ift.tt/33hScl1
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/3n7NONy
via IFTTT

4 polis Delhi rembat 160kg ganja ketika serbuan, hanya lapor rampas 1kg & bakinya dijual

Empat anggota polis Delhi baru-baru ini menangkap seorang pengedar dadah yang memiliki ganja sebanyak 160 kilogram. 


Tangkapan itu sepatutnya mengikut protokol tetapi disebabkan sifat tamak, mereka melepaskan suspek setelah menerima rasuah dan hanya melaporkan 1 kilogram ganja dirampas, manakala baki 159 kilogram lagi dijual untuk keuntungan diri. 


Lapor Times of India, insiden itu berlaku ketika empat anggota itu melakukan serbuan di sebuah rumah di mana suspek ditangkap. 


Suspek dibenarkan pergi selepas dia menghulur rasuah kepada empat anggota terbabit. 


Dalam laporan kepada pihak atasan, mereka melaporkan hanya 1 kilogram ganja yang dirampas. 


Curiga dengan laporan itu, polis kemudian memanggil semula suspek untuk disoal siasat dan terbongkarlah cerita sebenar di mana suspek mendedahkan nama empat anggota terbabit. 


Deputi Komisioner Polis Vijayanta Arya berkata, kesemua anggota terbabit telah digantung tugas buat sementara waktu untuk siasatan lanjut. 


Sumber: Times of India



from The Reporter https://ift.tt/3cNW7Jt
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/3kYey12
via IFTTT

Gadis maut dirogol 4 lelaki sehingga lumpuh & patah tulang

Seorang wanita berusia 20 tahun maut selepas kejadian dua minggu lalu di mana mangsa telah dirogol empat lelaki di India sehingga menyebabkan mangsa terus lumpuh dan patah tulang belakang. 


Kejadian itu berlaku pada Isnin 14 September 2020 berdekatan dengan kediaman mangsa di Hathras, 60 batu dari Delhi.


Kronologi kejadian, mangsa terdahulu sedang memotong rumput di sebuah padang berhampiran rumahnya bersama dengan ibu dan abangnya. Abangnya pulang terlebih dahulu kerana muatan telah penuh.


Jarak di antara mangsa dengan ibunya pada waktu itu agak jauh. Di kesempatan itu, empat suspek yang telah memerhati lama muncul dari belakang dan menarik selendang mangsa lalu diheret ke satu tempat dan diserang secara seksual bergilir-gilir.


Menyedari anak perempuannya hilang, si ibu terus mencari anaknya dan menemui mangsa dalam keadaan tidak sedarkan diri tanpa pakaian dipercayai telah dirogol. Keadaan mangsa sangat teruk membuatkan ahli keluarganya menyangka dia telah dipatuk ular dan tulang di lehernya patah menjadi punca mangsa mengalami kesukaran untuk bernafas.


Mangsa kemudian dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) untuk rawatan dan pemantauan selama dua minggu sebelum disahkan meninggal dunia.


Bedah siasat mendapati, lidah mangsa mengalami kecederaan dipercayai tergigit ketika cuba menggigit suspek yang mencekiknya menggunakan selendang.


Ahli keluarga mangsa terus membuat laporan polis, malangnya laporan itu tidak diendahkan dan tiada tindakan segera. Hanya selepas kes itu menjadi berita nasional sehingga menimbulkan kemarahan masyarakat, barulah polis memulakan kerja siasatan iaitu empat hari kemudian.


Polis juga menafikan kenyataan keluarga mangsa yang mendakwa mereka tidak bertindak pantas dalam menangani kes itu.


Keempat-empat suspek terbabit telah ditahan dan akan didakwa di mahkamah atas pertuduhan membunuh. 


Sumber: Daily Mail



from The Reporter https://ift.tt/33f8iMp
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2GfktzU
via IFTTT

Pekebun terbunuh pencuri pisang, terlepas hukuman gantung

Seorang pekebun pisang yang menghadapi pertuduhan membunuh, terlepas hukuman gantung selepas Mahkamah Tinggi di Kuala Terengganu hari ini meminda pertuduhan terhadapnya kepada menyebabkan kematian.


Hakim Datuk Abdul Wahab Mohamed menjatuhkan hukuman penjara 14 tahun bermula dari tarikh tangkap pada 3 Dis 2018 ke atas Ismail Mohd Don, 40, setelah didapati bersalah menyebabkan kematian seorang lelaki yang cuba mencuri pisang tanamannya.


Sebelum ini, Ismail didakwa atas pertuduhan membunuh Salahuddin Ismail, 46 di luar sebuah rumah di Kampung Tebakang Payong, Marang, pada 3.15 petang, 3 Dis 2018, mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati.


Mahkamah meminda pertuduhan kepada Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 30 tahun dan boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan.


Dalam penghakimannya, Abdul Wahab berkata berdasarkan keterangan saksi dan bukti yang dikemukakan, mangsa didapati telah melakukan provokasi hingga menyebabkan Ismail marah, namun dia tidak menunjukkan sebarang tindakan seolah-olah berniat untuk membunuh mangsa.


Tambahnya, tertuduh memukul mangsa sekali sahaja dengan menggunakan sebatang besi dan setandan pisang kerana terlalu marah dan dia tidak menggunakan senjata tajam meskipun memilikinya ketika itu malah mangsa didapati masih hidup ketika bersama dengan tertuduh.


Abdul Wahab berkata mahkamah turut mengambil kira pembelaan tertuduh bahawa dia tertekan ekoran sumber pendapatan yang ditunggu hampir sembilan bulan telah dicuri oleh mangsa.


Sementara itu, keluarga tertuduh yang turut berada di dalam bilik mahkamah dilihat menangis dan menadah tangan sebagai tanda kesyukuran susulan keputusan tersebut.


Sepanjang perbicaraan pihak pendakwaan memanggil 15 orang saksi manakala pembelaan mengemukakan dua orang saksi.


Ketika prosiding, Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Amer Abu Bakar Abdullah memberitahu mahkamah bahawa tertuduh mempunyai tiga sabitan lampau iaitu berkaitan kes dadah dan pukul.


Selain Amer, pihak pendakwaan turut dikendalikan TPR Ahmad Fadhli Mahmud manakala tertuduh diwakili peguam Mohd Hayyatuddin Muhamad dan Che Amir Che Musa.


Sumber: Bernama


LAPORAN BERKAITAN



from The Reporter https://ift.tt/33fp11Z
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/30jbiFD
via IFTTT

Tuesday, 29 September 2020

1 Oktober 2020, Brunei kenakan caj RM10 untuk setiap individu luar yang masuk ke negaranya

Bermula 1 Oktober 2020, warganegara Malaysia yang mahu memasuki negara Brunei Darussalam melalui pintu sempadannya di Sarawak akan dikenakan caj RM10. 


Kerajaan Brunei menetapkan langkah itu bagi mengehadkan jumlah kemasukan warganegara lain ke negaranya susulan penularan wabak Covid-19. 


Sementara itu, Ketua Menteri Sarawak Abang Johari Tun Openg berkata, pihaknya bersama dengan kerajaan pusat sedang melihat peluang untuk berunding dengan Brunei mengenai perkara itu khususnya tentang pembayaran kerana ia memberi kesan terhadap rakyat yang kerap berulang alik ke negara itu atas urusan harian. 


"... kita akan terus berunding untuk mencari jalan mod pembayaran. Perkara ini akan melibatkan rundingan kerajaan pusat kerana ia adalah perihal antara dua negara," katanya. 


Untuk makluman, pergerakan jalan darat di kawasan utara Sarawak perlu melalui Brunei, menerusi pintu sempadan di Sungai Tujuh, Miri, Tedungan, Jalan Hujung di Limbang dan Labu di Lawas.


Sumber: Astro Awani



from The Reporter https://ift.tt/3ifVOIC
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/3jaZIUp
via IFTTT

(Video) Pengacara interview 'kerusi' sebab sentap dengan Menteri Kesihatan Indonesia enggan datang walaupun dah diundang banyak kali

Tegas dan berani! Itu yang dapat digambarkan melalui tutur kata pengacara program berita terkenal ‘Mata Najwa’, Najwa Shahib.


Program tersebut mula tular di media sosial apabila Najwa bertindak mengadakan wawancara dengan sebuah kerusi kosong selepas Menteri Kesihatan Indonesia, Terawan Agus Putranto menolak undangannya untuk membincangkan situasi Covid-19 di negara itu.


Indonesia telah mencatatkan lebih 270,000 kes positif dengan 10 ribu kematian dan ini telah mengundang kebimbangan rakyat di republik itu. Situasi ini juga telah membuatkan rakyat di negara tersebut mempersoalkan tindakan kerajaan dalam membanteras wabak ini.


“KESEKIAN kalinya kami mengundang inilah kerusi wawancara Mata Najwa untuk Menteri, Terawan. Mengapa menghilangkan diri? Anda jarang munculkan diri di depan orang ramai.


Rasanya anda seorang Menteri Kesihatan yang paling rendah diri di dunia. Hanya Menteri Kesihatan Indonesia. Atau kehadiran Menteri Kesihatan untuk muncul di khalayak ramai tidak terlalu penting? 


“Sejak awal Pandemik, anda menganggap virus ini bukan ancaman besar. Apakah ini anda mengaku kita terlepas dalam langkah awal menangani apa yang seharusnya kita semua tangani? Saya ingin penjelasan apakah sejak awal Pandemik dulu anda sebagai Menteri Kesihatan menyatakan kita tidak perlu melakukan kuarantin?” 


“Pak Terawan, sehingga sekarang keadaan masih lagi tidak terkawal dan angka jelas menunjukkan keadaan itu. Di saat negara-negara lain bakal beransur melonggarkan situasi, kenapa kita tertinggal? Presiden Jokowi secara terbuka berulang kali menegur tugas anda di khalayak umum.”


“Saya akan berikan kesempatan kepada anda untuk menjelaskan teguran itu satu persatu. Kenapa ujian kita belum mencapai sasaran? Kenapa resapan anggaran kementerian masih rendah. Kenapa masih pelbagai peraturan dan birokrasi masih berbelit di Kementerian Kesihatan. Kenapa perlindungan tenaga kesihatan kita masih lagi sedikit? 


“Spesifik soal tenaga kesihatan angka kematian di negara kita sangat tinggi dan masih terus naik. Bukankah sepatutnya jadi perlindungan? Bila kita akan lihat kebaikan? Ada satu tempat dikatakan punca terbesar kluster di Indonesia. Mengapa tidak perjelaskan isu ini?  Mengapa pejabat semua masih tidak ditutup?”


Sumber: Afaf



from The Reporter https://ift.tt/36ksVsC
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/3cGBLBO
via IFTTT

Niat nak bunuh isteri curang, terbunuh pula bayi sendiri

Seorang lelaki tidak sengaja membunuh bayinya ketika dia berniat mahu menghabiskan nyawa isterinya. 


Lelaki itu nekad membunuh isterinya kerana sakit hati dicurangi wanita itu. 


Peristiwa itu bermula apabila lelaki itu mahu berpindah dari rumah mereka di Itapema, Brazil. Tetapi dia mendapati isterinya, Josieli Lopes, 36, curang. 


Oleh kerana sakit hati, lelaki itu mengambil keputusan untuk membunuh Josieli dengan mencampurkan racun pada hidangan daging yang dimakan oleh isterinya. 


Selepas mangsa memakan daging itu, Josieli kemudian menyusukan bayinya sebelum kedua-duanya tidak sedarkan diri disebabkan kesan racun tersebut. 


Suspek berusia 34 tahun itu kemudian membawa dua beranak itu ke hutan dan menguburkan mayat isteri dan anaknya. 


15 September 2020, ibu dan anaknya dilaporkan hilang oleh ahli keluarga Josieli yang curiga dengan ketiadaannya. Mereka sebelum itu menerima mesej dari Josieli yang mengatakan dia telah berpindah ke Rio Frande do Sul. 


Ahli keluarga cuba menghubungi Josieli tetapi gagal. Anak Mangsa yang lain kemudian berasa mesej yang dihantar itu nampak seperti ditulis oleh orang lain. 


Seminggu kemudian, polis menahan suspek yang akhirnya mengaku telah membunuh isteri dan anaknya. 


Suspek mengaku kepada polis yang dia sememangnya berniat mahu membunuh isterinya dengan mencampurkan racun pada daging yang dimakan oleh mangsa. Tetapi dia tidak tahu racun itu akan membunuh bayinya sendiri melalui susu badan. 


Ketika disoal siasat, suspek menjelaskan dia tidak sengaja membunuh bayinya. Suspek kemudian memberitahu lokasi mayat dua beranak itu ditanam.


Mayat kedua-dua mangsa ditemui di Rio dos Cedros, Brazil pada 22 September 2020. 


Kes masih dalam siasatan polis. 


Sumber: Mirror



from The Reporter https://ift.tt/3jhmutG
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/3kYoabY
via IFTTT

'Tiada pula kelihatan guru kawal pelajar patuh SOP di luar sekolah' - Individu persoal keberadaan guru selepas waktu sekolah

Baru-baru ini seorang individu tampil menyuarakan pandangannya mengenai peranan guru dalam memastikan para pelajar mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dalam mengekang penularan Covid-19 bukan hanya di dalam sekolah, malah di luar pintu pagar sekolah. 


Individu yang berasal dari Ampang berkata, trend pada masa ini menunjukkan peningkatan kes yang ketara membuatkan golongan ibu bapa mula bimbang dengan tahap keselamatan anak masing-masing. 


"Apabila di sekolah, kanak-kanak ini bergaul sehingga lupa pesanan untuk menjaga penjarakan sosial dan tidak menyentuh sesama mereka. 


"Lihat sahaja cara mereka bermain dan berbual selepas tamat sesi persekolahan, langsung tidak akur kepada arahan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan. 


"Tiada pula kelihatan guru mengawal atau memantau pelajar di luar sekolah yang agak bebas bergaul dan bermain," katanya. 


Jelasnya, dia tidak menyalahkan guru tetapi amat berharap pihak sekolah membuat pemantauan agar para pelajar lebih patuh kepada SOP yang ditetapkan. 


"Ini kerana kita tidak pasti pergaulan pelajar di luar sekolah, ke mana mereka pergi dan berjumpa dengan siapa sekali gus kebolehjangkitan itu amat tinggi," katanya. 


Bagaimanapun, Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) tampil menyelar kenyataan itu yang dianggap cuba melepaskan tanggungjawab itu kepada guru semata-mata. 


Setiausaha Agung NUTP, Hary Tan Huat Hock menegaskan, pematuhan SOP para pelajar apabila berada di luar sekolah adalah tanggungjawab ibu bapa sepenuhnya. 


"Urusan antara guru dan pelajar hanya bermula di pintu pagar utama dan berakhir di tempat yang sama mengikut waktu yang telah ditetapkan. 


"Awal pagi, guru sudah tunggu depan pagar untuk rekod suhu pelajar. Selain itu semasa sesi Pengajaran dan Pembelajaran rancak berjalan pula guru juga terpaksa menyelesaikan beberapa perkara penting seperti kes ponteng dan disiplin pelajar," katanya. 


Sumber: Bernama, Facebook



from The Reporter https://ift.tt/3icQUfm
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/33c3EOZ
via IFTTT

Pelajar maut selepas terjun bangunan kerana malu ditampar ibunya atas kesalahan bermain poker dalam kelas

Seorang pelajar lelaki berusia 14 tahun maut akibat terjun dari bangunan sekolah di Wuhan, China. 


Kejadian itu berlaku setelah mangsa ditampar sebanyak dua kali oleh ibunya ketika berada di sekolah di mana Zhang bersama dua rakannya didenda berdiri di laluan utama bangunan sekolah atas kesalahan bermain 'poker' semasa guru mengajar dalam kelas pada Khamis, 17 September 2020. 


Lapor media tempatan, si ibu datang ke sekolah sebaik saja menerima panggilan dari guru kelas anaknya yang memaklumkan mengenai perkara tersebut. 


Bengang dengan apa yang dimaklumkan oleh guru, si ibu terus pergi bertemu dengan Zhang dan menampar pipinya sebanyak dua kali sebelum beredar meninggalkan kawasan sekolah. 


Insiden itu membuatkan Zhang berasa malu dan hanya berdiri membisu bersama dengan dua rakannya. 


Beberapa minit kemudian Zhang secara tiba-tiba memanjat tembok dan tanpa berfikir panjang terus terjun ke bawah menyebabkan mangsa maut serta-merta di lokasi kejadian. 


Kematian Zhang mencetuskan pelbagai reaksi masyarakat yang rata-ratanya mengecam tindakan ibu Zhang dianggap keterlaluan dan menjadi punca Zhang nekad terjun membunuh diri. 


"Remaja sentiasa mempunyai harga diri yang kuat di mana mereka memerlukan komunikasi dan didikan yang betul dalam suasana yang boleh diterima. Ibu bapa tidak sepatutnya memukul anak-anak di tempat awam," kata netizen.


Pun begitu, ada netizen yang berpendapat, ibu bapa tidak sepatutnya dipersalahkan sepenuhnya kerana remaja seringkali bergelut dengan masalah emosi dan psikologi serta masalah lampau. 


"Mesti ibu dia yang paling sedih pada masa ni. Janganlah sakiti hati dia lagi dan jangan kritik remaja itu kerana kita tidak tahu berapa kali dia diperlakukan seperti itu atau apa penderitaan yang dia lalui selama ini," kata netizen.


Sumber: Global Times



from The Reporter https://ift.tt/345yh88
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/3jjB58g
via IFTTT

Sultan Johor kurnia 10 buah Myvi kepada 10 Jururawat Diraja

Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini, berkenan mengurniakan 10 kereta Perodua Myvi kepada 10 jururawat yang bertugas di Wad Diraja Hospital Sultanah Aminah (HSA), di sini.


Menerusi hantaran berserta gambar yang dimuat naik dalam laman Facebook baginda, kurniaan terbabit adalah bagi menzahirkan penghargaan atas sumbangan serta khidmat para jururawat berkenaan kepada baginda dan keluarga Diraja Johor.


Kenderaan itu disampaikan kepada para jururawat berkenaan dalam satu majlis di Kasawari Motors Sdn Bhd di Larkin, di sini, oleh Pengarah Kasawari Motors Muhammad Fahmi Hassan.


Menurut hantaran itu, Penyelia Jururawat Matron Rokiah Samin yang bertugas di Wad Diraja HSA sejak 2006, melahirkan perasaan syukur atas kurniaan berkenaan.


"Mewakili mereka yang lain, saya menjunjung setinggi-tinggi kasih kepada baginda Tuanku Sultan atas kurniaan ini.


"Besar sungguh nilainya kepada kami semua dan kami juga sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kesihatan Sultan Johor serta keluarga Diraja Johor," katanya.


Turut berkongsi perasaan sama, Nuraini Aziz, 28, yang hadir sendiri untuk menerima kenderaan berkenaan walaupun masih dalam tempoh berpantang selepas melahirkan anak, tiga hari lepas.


"Saya bersyukur dapat hadir kerana ini merupakan satu kenangan yang sangat istimewa. Kami akan terus memberikan perkhidmatan terbaik kepada Sultan Johor dan keluarga Diraja Johor," katanya.


Sumber: Bernama



from The Reporter https://ift.tt/3ibZP0A
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/3cGy7bp
via IFTTT
loading...