loading...

Thursday 14 November 2019

(Video) 'Tolong viralkan sampai si pengasuh ini ditangkap!' - Bayi dihempas & ditarik kakinya tanpa belas kasihan


"Ya Allah, pengasuh kejam!" Tolong RT video ini sampai si pengasuh betul-betul ditangkap," demikian post pengguna Twitter berkenaan. 

Bayi lelaki yang dianggarkan berusia kurang setahun itu diangkat sebelum dihempas oleh pengasuh terbabit. Pada video kedua pula menunjukkan, wanita itu menarik kakinya beberapa kali menyebabkan mangsa menangis kesakitan. 

Menurut sumber, kejadian itu berlaku di Pulau Pinang dan video yang dirakam itu merupakan kejadian lama dan disimpan sebagai bukti oleh pemberi maklumat yang asal. 

Laporan polis telah dibuat mengenai kejadian itu, tetapi sumber mendakwa pengasuh itu masih bebas. 



"Report polis dah dibuat tetapi si pengasuh masih bebas. Ini baru sikit yang dapat direkod, belakang-belakang entah apa lagi dia buat. Harap kalau viral, boleh dapat perhatian dari pihak yang sepatutnya. Jangan biarkan terlepas!

"Apa salah baby tu kau dera-dera macam tu? Pengasuh ini bukan pesakit mental pun, memang perangai dia yang c#laka. Entah ilmu apa yang dia pakai sampai sekarang masih bebas. Please help RT please selamatkan bayi-bayi yang jadi asuhannya. 

"Tempat kejadian berlaku di Pulau Pinang. Video dah lama rekod tapi baru leak. Takut dengan pengasuh ini punya pasal. Harap viral sampai pihak tertentu ambil tindakan yang sepatutnya sebab perbuatan dia ni dah lama sebenarnya, cuma tak diketahui," katanya. 



Menurut sumber lagi, dia sedang berusaha memujuk pemberi maklumat untuk mendedahkan maklumat mengenai pengasuh terbabit termasuk gambarnya. Malangnya tiada seorang pun yang berani tampil berbuat demikian. 

"Aku tengah pujuk orang yang minta tolong aku post kat Twitter untuk detail-details lain seperti report polis atau gambar si pengasuh. Tetapi satu family takut dan tak berani. Tapi nak orang tu ditangkap. 

"So aku hanya mampu tolong post video je setakat ini. Tengok video pun jelas baby tu kena dera, so memang bukan fitnah etc," katanya. 

Sumber: Jane


from The Reporter https://ift.tt/34XP1wX
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2rKBN8z
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...