loading...

Wednesday 13 November 2019

Suami tikam isteri sarat mengandung dengan pisau lipat, diperintah jalani pemeriksaan di Hospital Bahagia


Susulan kes suami menikam isterinya yang sarat hamil minggu lalu di Putrajaya, Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur memerintahkan pembantu jurutera audio itu ke Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak untuk menjalani pemeriksaan selama 30 hari. 

Hakim Mahyon Talib mengeluarkan perintah itu terhadap Zulkifli Taib, 38, mengikut Seksyen 324 (5) Kanun Prosedur Jenayah. 

Ketika pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa, tertuduh yang tidak diwakili peguam bela itu seolah-olah tidak memahami tuduhan dan beberapa kali menyoal semula jurubahasa mahkamah. 

Timbalan Pendakwa Raya, Nurliyana Mohd Jafri memaklumkan kepada mahkamah bahawa, tertuduh ada temujanji di Klinik Kesihatan Putrajaya pada 6 Disember dan dianggap bukan sempurna akalnya. 

"Saya pohon tertuduh dihantar ke Hospital Bahagia Ulu Kinta bagi pihak hospital melakukan pemerhatian dan membuat penilaian terhadapnya. 

Mahkamah kemudian menetapkan 13 Disember untuk sebutan semula kes sementara menunggu status kesihatan mental tertuduh. 

Tamat saja prosiding, suasana hiba menyelubungi mahkamah di mana ibu tertuduh menangis teresak-esak melihat anak lelakinya yang berada di dalam kandang tertuduh menangis. 

Beberapa ahli keluarga tertuduh juga menangis apabila menghampiri Zulkifli menyebabkan polis terpaksa menenangkan mereka semua. 

Jam 9 pagi 8 November lalu di Presint 9, Putrajaya, Zulkifli didakwa menyerang isterinya menggunakan pisau lipat sehingga cedera di bahagian limpa. 

Zulkifli didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 326A kanun sama. Jika disabitkan bersalah, tertuduh boleh dihukum penjara tidak lebih 10 tahun atau denda atau sebat atau dengan mana-mana dua hukuman berkenaan. 

Tertuduh juga boleh dihukum mengikut Seksyen 326A Kanun Keseksaan, iaitu penjara hingga dua kali ganda daripada hukuman penjara yang dikenakan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan jika sabit kesalahan. 



from The Reporter https://ift.tt/372WTyV
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2Qj3Eqs
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...