loading...

Saturday, 2 November 2019

Budak 11 tahun dirogol guru agama di masjid


Trending di Twitter baru-baru ini hashtag #justiceforafsana. Seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun mendakwa dia telah dirogol oleh guru agamanya di sebuah masjid di Pano Aqil, Pakistan. 

Afsana telah dirogol oleh suspek di masjid yang menjadi tempatnya untuk belajar Al-Quran. 

Menurut Afsana, Imam masjid itu telah merogolnya lebih dari sekali. Dia juga mendakwa, suspek menutup pintu dan tingkap sebelum melakukan perbuatan terkutuk itu sambil menutup mulut mangsa dengan tangan. 

Dalam satu klip video yang dikongsikan netizen, bapa dan mangsa yang berada di perkarangan hospital mendedahkan mengenai kejadian itu sambil menangis. 


Difahamkan, lelaki itu terdahulu membawa anaknya ke balai untuk membuat laporan polis, tetapi mereka dihantar ke hospital untuk menjalani pemeriksaan. 

Polis mengesahkan pihaknya menerima laporan daripada bapa mangsa dan siasatan sedang dijalankan. 

Bapa mangsa berkata, dia dimaklumkan oleh anaknya di mana suspek telah merogolnya tiga kali. Selepas kejadian itu, mangsa kerap berasa tidak sihat dan mengalami kesakitan di beberapa bahagian badannya. 


Bapa mangsa turut mendedahkan nama suspek iaitu Shafqat Samejo. 

Sementara itu di media sosial, ramai netizen meluahkan kemarahan dan mahu menuntut keadilan untuk mangsa. 

"Ini sangat menyedihkan. Saya harap keadilan berpihak kepada mangsa dan suspek dikenakan hukuman setimpal, #justiceforAfsana"," kata netizen.

"Tak sanggup baca. Hanya mampu berdoa agar keadilan berpihak kepada Afsana. Ibu bapa sepatutnya berhenti dari menghantar anak-anak mereka ke madrasah. Sebaik-baiknya ajar mereka di rumah. Pihak berkuasa sepatutnya ambil tindakan lebih tegas untuk hentikan jenayah yang membabitkan kanak-kanak ini dari golongan penunggang agama," tambah netizen lain. 

Sumber: Incpak


from The Reporter https://ift.tt/34kI1Kj
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2JHVzaF
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...