loading...

Tuesday 8 January 2019

(Video) 'Saya ingat dia minta cukur bentuk segitiga (Butang Play)' - Tukang gunting rambut


Lain yang dipinta, lain yang dibuat. Itulah yang berlaku pada seorang pelanggan ketika mendapatkan khidmat gunting rambut dari tukang gunting di China. 

Difahamkan, pelanggan terbabit sebelum itu meminta tukang gunting memotong rambutnya mengikut gaya model yang ditunjukkan pada gambar dalam telefon bimbitnya, tanpa menyedari butang 'play' masih dipaparkan pada gambar tersebut. 


Hasilnya, tukang gunting yang 'lurus bendul' itu mencukur bahagian kiri dan kanan kepalanya berbentuk segitiga kerana menyangka itulah gaya rambut yang diminta oleh pelanggannya. 

Menurut sumber asal, pelanggan yang tidak dinamakan itu terdahulu menonton video ketika berada di salun tersebut. Apabila dia ternampak gaya rambut seorang lelaki dalam video itu, dia terus menghentikan video tersebut lalu ditunjukkan kepada tukang gunting. 


Tukang gunting itu kemudian melihat gambar itu dan bertanya untuk kepastian apakah lelaki berkenaan juga mahu gaya segitiga itu sekali dan dia menjawab, "Ya' tanpa mendengar pertanyaan itu secara terperinci.

Hasilnya: 



Insiden itu dimuat naik blogger popular di China dan menimbulkan pelbagai reaksi netizen yang menganggap perkara itu kelakar. 

Netizen tidak menyalahkan tukang gunting rambut terbabit, sebaliknya memuji dia telah melakukan tugasnya dengan cemerlang mengikut kemahuan pelanggannya. - Daily Mail


from The Reporter http://bit.ly/2sfg45z
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://bit.ly/2Fir3Uc
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...