loading...

Monday 7 January 2019

Nak tinggal bersama teman lelaki, isteri racun suami sampai mati


Seorang lelaki berusia 45 tahun maut selepas minum minuman bercampur dengan racun yang diberi oleh isterinya dalam kejadian 16 Disember lalu, lapor Tribun News. 

Dalam kejadian di rumah mangsa di Dusun Jandir, Madura, Indonesia, mangsa, Mistoyo, ditemui oleh anaknya, Hosiatun, dalam keadaan kejang serta mulutnya berbuih. 

Menurut Hosiatun yang ketika itu baru saja pulag dari sawah, bapanya masih bernafas tetapi mengalami kekejangan lalu dia menjerit meminta bantuan jiran berhampiran membawa bapanya ke hospital untuk mendapatkan rawatan. 

Malangnya, belum sempat pasukan perubatan menjalankan rawatan, mangsa sudah menghembuskan nafas terakhir. 

Setelah menjalani bedah siasat, mayat mangsa diserahkan kepada waris keluarga dan dibawa pulang untuk dikebumikan. 

Menceritakan semula apa yang berlaku, Hosiatun berkata dia ternampak pintu rumahnya terbuka ketika pulang, tetapi tiada kelihatan orang di dalamnya. 

Hosiatun kemudian mencari bapanya yang pada hari itu memang tidak turun ke sawah dan alangkah terkejutnya apabila dia menemui bapanya yang sudah menggelepar denga mulut berbuih di bilik tidur. 

"Saya terus berteriak meminta tolong dari jiran untuk membawa dia ke hospital," katanya. 

Jiran mangsa, Haris dan Rahnawi yang mendengar teriakan itu segera datang menghulurkan bantuan dan menghantar mangsa ke hospital sebelum mangsa disahkan telah meninggal dunia. 

Ketiga-tiga mereka kemudian memeriksa bilik tidur mangsa dan menemui minuman soda dicampur susu yang dipercayai telah diminum oleh mangsa sebelum meninggal dunia. 

Haris mendakwa minuman itu mengeluarkan bau yang sangat menyengatkan lalu cuba memberi anak ayam meminum air tersebut dan ternyata beberapa minit kemudian anak ayam itu menggelepar dan mati. 

Selain itu, mereka juga turut menemui sebungkus plastik di bilik mandi yang berisi cecair yang sangat menyengatkan hidung yang dipercayai racun. 

Siasatan polis mendapati, mangsa telah diracun oleh isterinya sendiri hanya kerana mahu tinggal bersama dengan teman lelakinya. 

Suspek mengaku telah memberi minuman soda bercampur dengan susu dan racun ikan. Mangsa yang tidak mengesyaki apa-apa terus meneguk minuman beracun yang diberi oleh isterinya itu sebelum mengalami kekejangan dan mulutnya berbuih. 

Suspek yang melihat keadaan suaminya begitu, terus keluar dari rumah. 

Sumber: Tribun News


from The Reporter http://bit.ly/2SFYOBX
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://bit.ly/2H0yt0g
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...