loading...

Wednesday 9 January 2019

'Dia ketuk kereta tanya nak cuci kereta tak?' - Demi menyara keluarga, dua beranak cuci kereta dengan upah seikhlas hati


Hasrat mahu pergi membeli buah, ditakdirkan pula Adi W. Kamal terserempak dengan kanak-kanak perempuan yang rajin membantu bapanya memberi khidmat mencuci kereta dengan upah seikhlas hati. 

"Saya park kereta di Seksyen 9 Shah Alam, nak beli buah-buahan untuk ibu dan tiba-tiba kanak-kanak perempuan berusia lingkungan 9-10 tahun ini mengetuk tingkap kereta dan bertanya adakah saya mahu mencuci kereta. 

"Saya kata 'tak' pada mulanya, tetapi dia memakai pakaian seragam sekolah dan saya teringat ada seorang lelaki berjalan dengan membawa baldi air dan kain lap di bahunya. Terus saya terfikir, mungkin lelaki itu adalah bapa kepada kanak-kanak ini. 

"Jadi, saya tanya dia, "berapa?". Dia kata "Ikut abang". Saya kemudian tanya, "Siapa basuh kereta?". Dia jawab, "Ayah". 

"Saya bersetuju dan terus kelaur dari kereta. Kanak-kanak perempuan yang masih membawa beg sekolah itu terus berlari ke arah ayahnya yang menunggu di hujung simpang. 

"Si ayah segera datang menuju ke arah saya dengan membawa baldi berisi air, secepat yang mungkin. Saya mendekatinya dan menghulurkan wang kepadanya dan berkata, "Ambillah duit ini, tak perlu cuci kereta saya okey?" 

"Saya kembali semula ke kereta dan terasa sedih sangat. Bertapa untungnya kita (yang berkemampuan) ini. 

"Kalau ada yang sudi membantu lelaki ini, nama dia Sukumaran Sanmugam, dari Padang Jawa dan akaun banknya, BSN 1000-2410-0006-1565. Dia mahu membeli buku untuk anak perempuannya yang belajar di sekolah," tulisnya.

Perkongsian Adi itu viral di media sosial dan ramai yang mahu menghulurkan bantuan kepada dua beranak itu. 

Sementara itu, memetik laporan dari mStar Online, Sukumaran berkata dia telah mengambil upah mencuci kereta di jalanan sejak lebih dua tahun lalu dan perdapatannya bergantung kepada ihsan orang ramai. Malah dia tidak pernah menetapkan berapa harga untuk perkhidmatannya. 

"Berapa yang mereka nak bayar, saya terima. Sebab bukan senang, kalau hujan, tak dapat cuci kereta. Ada masa saya dapat RM20 sehari. Paling tinggi RM70 sudah cukup bersyukur," katanya yang juga mendedahkan pernah dibayar RM1 untuk mencuci kereta pelanggan. 

Namun adakalanya dia juga tidak bernasib baik apabila bertemu dengan pelanggan yang menipu mahu membayarnya. Sebaik selesai mencuci kereta, pelanggan terus pergi tanpa membayarnya. 

"Tak apalah, masih ramai yang baik di dunia ini. Macam saya dipertemukan dengan lelaki berhati mulia (Adi) dan beri sumbangan untuk beli buku sekolah buat anak saya. Termasuk juga bantuan mereka yang lain, dapat juga dibuat belanja kami sekeluarga. 

"Kepada kamu Adi dan lain-lain, saya ucapkan berbanyak terima kasih," katanya. 

Sementara itu, anak perempuan, Shariminy, 12, sering menolong bapanya dan dengan bantuannya itu dia dapat mengurangkan beban bapanya.

"Ayah pernah terlibat dalam kemalangan dua tahun lalu. Jadi, tangannya patah dan dimasukkan beli. Dia tak boleh buat kerja berat sebab kadang-kala tangannya sakit dan perlu dirawat. 

"Sebagai anak sulung daripada dua beradik, saya cuba tolong. Dia cuci kereta, saya tolong lapkan. Saya buat pun selepas waktu sekolah sampai petang. Di rumah saya boleh belajar," katanya. 

Bagi mereka yang sudi menghulurkan bantuan, bolehlah menghubungi keluarga Sukumaran melalui nombor 010-3861250. 



from The Reporter http://bit.ly/2ABUEnC
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://bit.ly/2Qy8VXJ
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...