loading...

Tuesday 8 January 2019

2 bayi lelaki koma dan patah gigi, disyaki didera oleh pengasuh


Dua bayi lelaki berusia 17 bulan dan 9 bulan dilaporkan mengalami kecederaan serius dipercayai didera oleh pengasuh di pusat jagaan kanak-kanak di Jalan Permai, Sibu, semalam, lapor Harian Metro

Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Stanley Johnathan Ringgit berkata, ibu mangsa membuat laporan polis berhubung kejadian itu setelah curiga dengan kesan kecederaan yang dialami oleh anaknya. 

Bertindak di atas laporan itu, polis telah menahan suspek berusia 39 tahun dan telefon bimbitnya dirampas untuk siasatan lanjut. 

"Kita menerima laporan daripada bapa bayi berusia 9 bulan yang merasa pelik apabila anak lelakinya berada dalam keadaan tidak bermaya sejurus diambil dari rumah suspek. 

"Bertindak atas laporan itu, suspek yang memiliki lesen sah pusat jagaan kanak-kanak itu ditangkap dan telefon bimbitnya dirampas," katanya. 


Difahamkan, pasangan suami isteri yang masing-masing bekerja sebagai guru, menghantar dua anak mereka ke rumah pengasuh pada jam 5.30 pagi kelmarin. 

Pada waktu tengah hari, mereka menerima panggilan daripada suspek yang memaklumkan anak mereka mengalami sesak nafas. Mereka kemudian segera membawa bayi itu ke Unit Kecemasan Hospital Sibu untuk mendapatkan rawatan. 

Hasil pemeriksaan mendapati, mangsa mengalami pendarahan dan kembang pada bahagian dalam oak serta kedua-dua mata, selain keretakan tulang di bahagian kiri kepala yang berkemungkinan disebabkan oleh hentakan objek keras pada kepala atau badan mangsa digoncang dengan kuat. 

"Keadaan mangsa yang juga anak bongsu daripada tiga beradik dilaporkan kritikal dan masih tidak sedarkan diri serta bergantung pada bantuan mesin oksigen," katanya. 

Dalam kes kedua yang membabitkan pengasuh sama dilaporkan pada jam 6.36 petang semalam selepas ibu mangsa mendapati masih terdapat kesan darah pada bibir anaknya sebelum dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan. 

Difahamkan, ibu mangsa mengambil anaknya itu selepas menerima panggilan telefon daripada suspek. 

"Kanak-kanak berkenaan patah gigi depan di bahagian atas dan terdapat kesan lebam pada bibir mangsa. 

"Suspek akan direman di Mahkamah Majistret Sibu pagi ini untuk siasatan lanjut dan akan menjalani saringan ujian air kencing. 

"Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001," katanya. 


from The Reporter http://bit.ly/2FgyQCi
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://bit.ly/2Ay1xXa
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...