loading...

Friday, 31 August 2018

Anak lemas letika ibunya leka dengan handphone


Kegembiraan seorang kanak-kanak perempuan menyambut hari lahirnya bertukar menjadi tragedi apabila dia lemas dalam kolam dan kini sedang bertarung nyawa di hospital, lapor Daily Mail. 

Dalam kejadian pada jam 5 petang 31 Julai lalu, mangsa yang dikenali sebagai Xiaopai, sebelum itu sedang mandi di sebuah kolam khas untuk bayi di sebuah pusat hiburan di bandar Fuzhou, wilayah Fujian, sementara itu ibunya, Puan Wu, pula sedang sibuk bermesej di telefon bimbitnya. 

Xiaoai yang berenang menggunakan pelampung secara tidak sengaja terbalik ke belakang dan cuba berusaha untuk timbul semula lebih dari 90 saat sebelum kejadian itu disedari oleh ibunya. 

Mangsa kemudian dibawa ke hospital dan kini sedang dirawat dan dipantau di bawah Unit Rawatan Rapi (ICU). 

Puan Wu langsung tidak menyedari kejadian yang menimpa anaknya meskipun berada dalam jarak yang sangat dekat dengan mangsa. 



Menurut Puan Wu, dia ketika itu mahu membalas mesej dari rakannya, dan seminit atau dua minit kemudian anaknya terbalik dari pelampung. 

Berdasarkan video kejadian, seorang kanak-kanak lain turut menyedari mangsa sedang lemas cuba mendapatkan perhatian dari Puan Wu, tetapi Puan wu tidak memahami maksud kanak-kanak itu dan hanya membalasnya dengan lambaian. 

Xiaoai dipercayai lemas dalam tempoh hampir setengah minit sebelum disedari oleh ibunya. Puan Wu segera mendapatkan anaknya dan cuba melakukan CPR sebelum meninggal premis tersebut. 



20 minit kemudian, mereka tiba di Hospital Fujian dan jantung Xiaoai ketika itu dikatakan sudah tidak berdegup dan bernafas serta wajahnya bertukar biru. 

Selepas 20 minit kemudian, doktor berjaya membuatkan jantungnya berfungsi semula dan mangsa dipindahkan ke ICU dan masih dalam keadaan kritikal. 

Difahamkan, pengurus kolam tersebut telah menawarkan dirinya untuk menanggung kos perubatan kanak-kanak perempuan itu. 



from The Reporter https://ift.tt/2wxQgUS
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2C2KfEK
via IFTTT

(Video) Stunt tak menjadi, scammer kemalangan cedera dilanggar kereta


Seorang wanita yang cuba mendapatkan wang melalui cara mudah dengan berlakon dirinya dilanggar kereta, menerima padah apabila dia benar-benar dilanggar kereta ketika cuba melakukan lagak ngeri itu, lapor Daily Mail. 

Dalam kejadian Ahad lalu dibandar Lincang, daerah Linxiang, Yunnan selatan barat China, video rakaman trafik menunjukkan suspek bersembunyi di tepi jalan dan menyasarkan sebuah kereta sedan berwarna putih. 



Sebaik saja kereta itu datang menghampiri, suspek terus keluar dan berpura-pura jatuh di depan kereta tersebut. 

Bagaimanapun, tindakannya itu mengundang padah apabila kepalanya dilanggar kereta berkenaan yang tidak sempat mengelaknya. 

Aktiviti scammer seperti ini biasa berlaku di negara China untuk mendapatkan wang pampasan dengan mudah. 

Golongan scammer ini akan muncul secara tiba-tiba dari tepi jalan dan berpura-pura terjatuh di tengah jalan dengan harapan pemandu kereta akan menekan brek bagi mengelak terlanggar suspek. 

Suspek kemudian yang tidak mengalami sebarang kecederaan akan mendakwa dirinya cedera dan menuntut wang pampasan bagi menanggung kos kecederaan dan perubatan. 



Dalam kejadian terbaru ini, wanita terbabit mengalami kecederaan serius di bahagian kepalanya. 

Pihak polis kini sedang menyiasat kejadian itu dan jika suspek didapati bersalah, tiada sebarang pampasan yang akan diberikan kepadanya. 


from The Reporter https://ift.tt/2LHFbW0
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2wDZvSu
via IFTTT

Thursday, 30 August 2018

'Aku penat, aku nak rehat' - 2 bulan hilangkan diri, Instafamous disyaki sakit akibat disantau



from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2PRCuEw
via IFTTT

Akibat bagi pil perancang kepada kucing


Seekor kucing betina terpaksa menahan derita untuk jangka masa yang lama gara-gara 'kecerdikan' yang melampau tuannya yang menjadi doktor haiwan yang tidak bertauliah. 

Menurut laman Facebook Kelab Pencinta Kucing Malaysia, kucing malang itu mengalami ketumbuhan yang dahsyat kerana diberi pil perancang oleh tuannya yang dipercayai mahu mengelak haiwan itu hamil. 

Akibatnya, kucing itu terpaksa dibedah dan dibuang ketumbuhan tersebut. 




Melalui semakan di internet, gambar kejadian berlaku pada 2 September 2017 di luar negara. Difahamkan, kucing itu telah pulih sepenuhnya.



Kucing tidak sepatutnya diberi pil perancang yang dibuat khas untuk manusia kerana kesan sampingannya boleh menyebabkan haiwan itu maut. Sebaliknya, pemilik kucing boleh meminta doktor haiwan yang bertauliah, memandulkan haiwan itu.


from The Reporter https://ift.tt/2PlTGB2
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2NFPhs0
via IFTTT

'Ada jugak orang macam ni yek?' - Jijik! Curi seluar dalam student kemudian dijual bersama kotorannya


Sebelum ini kita biasa mendengar kes-kes individu mencuri seluar dalam yang mungkin menjadi hobi mereka. Ada yang terkantoi dan diviralkan di media sosial agar orang ramai khususnya golongan perempuan berhati-hati. 

Namun pernahkah terfikir, apa yang mereka akan lakukan dengan seluar dalam yang dicuri itu? 

Sama ada disimpan menjadi koleksi sendiri, ada juga yang menjualnya secara terbuka di media sosial. Lebih teruk lagi, seluar dalam itu dijual dengan kotorannya. 

"Barang baik, bau masih ada. Dari budak-budak student. Yang kuning-kuning itu kesan ori ye, jangan nak cakap admin buat benda bukan-bukan," kata pengendali laman Facebook yang tidak didedahkan identitinya. 


Apa yang mengejutkan, ada beberapa individu tampil bertanya tentang saiz dan mahu membeli seluar dalam tersebut. 

"Boleh saya nak tengok picture seluar dalam dan harga serta size dan send ke WhatsApp saya 013-383793*," tulis Ahmad. 

"Dapat bau ni best ni, nak beli boleh?" tulis Danial. 



Sementara itu di media sosial, netizen kesal ada individu yang begitu gersang sekali sehingga sanggup membeli seluar dalam berkenaan yang jelas dan nyata mendedahkan identiti mereka sendiri. 

"Rosak mental budak-budak sekarang ni. Kesian beutl pemuda/pemudi harapan bangsa macam ni. Orang dah naik ke bulan, cari planet Marikh, kita masih begini," tulis Azam. 


from The Reporter https://ift.tt/2C3Y0TI
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2ooKPmv
via IFTTT

'Saya mohon maaf disebabkan perbuatan saya, orang lain terima akibat'


Susulan khidmat peneman isteri bersalin di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar Sabtu lalu kerana pintu bilik bersalin ditumbuk sehingga pecah, individu yang bertanggungjawab tampil membuat permohonan maaf secara terbuka, semalam. 

Lapor Harian Metro, lelaki berusia 23 tahun itu tampil memohon maaf kepada semua kakitangan HSB terutama Pengarahnya, Dr Zaiton Udin, dan mengakui perbuatannya tempoh hari telah menyebabkan ramai pihak yang terjejas. 

Jelas lelaki yang tidak didedahkan identitinya itu berkata, dia tidak tahan melihat keadaan isterinya yang sedang sakit untuk bersalin anak pertama mereka yang juga anak kedua bagi isterinya itu. 

"Disebabkan perbuatan saya, orang lain menerima akibatnya dan saya ingin memohon maaf kepada semua termasuk pihak hospital. Saya menyesal dengan apa yang berlaku dan bersyukur pihak HSB memaafkan saya.


"Saya tidak tahu kes saya tular di laman sosial sehingga menimbulkan kemarahan kepada orang ramai terutama bagi pasangan yang baru pertama kali menyambut kelahiran anak.

"Saya hanya tahu kes ini diviralkan selepas dua hari kemudian apabila membaca berita dalam talian sehingga keluarga banyak memberi semangat supaya saya tampil memohon maaf,” katanya dalam sidang media di bilik mesyuarat HSB, semalam.

Justeru, lelaki berkenaan berharap larangan HSB tidak membenarkan peneman isteri ketika bersalin ditarik balik secepat mungkin bagi membolehkan keadaan kembali seperti asal. 

Sementara itu, Dr Zaiton berkata, pihaknya lega apabila lelaki terbabit tampil memaklumkan kejadian itu tidak ada kaitan dengan perkhidmatan diberikan kakitangannya. Malah, keluarga lelaki itu juga bersetuju untuk menanggung kos membaiki pintu yang telah dirosakkan. 

"Notis larangan untuk tidak membenarkan peneman ibu bersalin hanya sementara kerana kita dalam proses untuk memperkemaskan peraturan sedia ada untuk mengelak kejadian berulang dan akan ditarik balik dalam tempoh terdekat," katanya.

Ditanya mengenai laporan polis dibuat pihak HSB, Dr Zaiton berkata, pihaknya membuat laporan berkaitan kerosakan pintu bilik bersalin sahaja dan tidak membabitkan individu berkenaan.

Sementara itu di media sosial, netizen memuji sikap lelaki itu yang berani tampil membuat permohonan maaf dan bertanggungjawab di atas tindakannya itu. 


Terdahulu, lelaki berkenaan mengamuk di wad bersalin HSB kerana permohonan untuk isterinya bersalin secara pembedahan ditolak. Doktor menjelaskan, tiada keperluan untuk isterinya dibedahkan dan wanita itu boleh bersalin secara normal. 

Ekoran kejadian itu, HSB terpaksa mengeluarkan notis perkhidmatan peneman isteri bersalin dihentikan buat sementara waktu sejak Ahad lalu sehingga diberitahu kelak. 


Notis itu kemudian viral di media sosial menimbulkan rasa kurang senang di kalangan orang ramai yagn mendakwa lelaki terbabit menjadi punca orang lain tidak dapat menemani isteri mereka bersalin.


from The Reporter https://ift.tt/2C1P9BQ
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2wue5fo
via IFTTT

'Tangan lebam ni, mesti cik kena ganggu malam tadi kan?'


Sekadar perkongsian untuk bacaan suka-suka. Bagi mereka yang lemah semangat dan mudah terbayangkan perkara yang tidak sepatutnya, anda dinasihatkan untuk tidak meneruskan bacaan. Risiko tanggung sendiri. Selamat membaca.

HARI itu, Rita terpaksa pulang lewat dari kerja kerana perlu menyiapkan laporan kematian pesakitnya. Pesakit itu aneh sedikit. Kata mereka yang melawatnya, dia bekas dukun di kampungnya. Masih bujang dan tinggal bersendirian di hujung kampung. Cliche bila dukun mesti tempat tinggal nak dekat angker, tempat jin bertendang.

Masuk wad muntah darah, kena penyakit Tibi rupanya. Berjangkit dari 'pesakit'nya yang dikatakan terkena santau.

Mula-mula Pak Raman fikir, santau pulang semula kepada dia konon bomoh yang menyantau pelanggannya terlalu hebat. Rupanya memang hebat 'jin' tersebut, 'jin' Mycobacterium tuberculosis rupanya.

Masa Pak Raman masuk, memang tubuhnya kurus kering. Tidak habis-habis batuk-batuk dan batuknya pula tidak kira masa. Hampir setiap malam minta kirim Kopi Ais dari staff yang order makanan delivery ke wad tersebut.

Masa Pak Raman meninggal dunia pula, keadaannya memang sudah sedia tenat tetapi seolah-olah sukar pula nak diambil nyawanya oleh malaikat maut. Ada sahaja yang menghalang. Meriding juga bulu roma bila berada berdekatan dengan Pak Raman sebab dia memang tidak lepas menggenggam balutan kain kuning yang dikatakan 'temannya' itu.

Sebenarnya sudah dua hari Pak Raman kelihatan lemah. Waktu siang melepek sahaja di katil, nak cakap pun tak mahu. Makan pun laratnya bubur. Tetapi masuk waktu maghrib sahaja, boleh berdiri dan berjalan laju. Minta makanan dan minuman seolah siang tadi bukan dia yang terbaring di katil.

Macam mana Pak Raman meninggal? Mungkin sudah ajal dia. Tetapi sebelum itu ada seorang waris ini datang dan mengambil balutan kain kuning dari genggaman Pak Raman. Katanya itu pendamping dia. Tak ambil dan buang jauh-jauh, nanti sampai sudah nyawanya liat sebab pendamping itu yang tumpang tubuh Pak Raman. Patutlah malam-malam minta makan dan minum, bukan Pak Raman rupanya.

Khoff... Khoff.. Khoff..

Sewaktu Rita berjalan menuju ke parking bertingkat, terdengar bunyi batukan yang amat dikenali oleh deria pendengarannya.

"Macam batuk Pak Raman. Tapi dia dah meninggal tadi. Mungkin pengawal yang batuk kot. Banyak sangat merokok'," monolog Rita di dalam hati dan kembali meneruskan perjalanannya seperti biasa. 

Hari ini dia parking tingkat 4, di bahagian bumbung parking itu. Dah rezeki dia. Selalu sebelum maghrib dia akan alihkan kereta dia di parking berdekatan, tetapi hari itu dia sibuk menguruskan jenazah Pak Raman sehingga terlupa untuk mengalihkan kereta.

Kawasan parking itu gelap, pantulan cahaya pun terbias dari lampu jalan di luar parking. Terpaksa Rita guna aplikasi lampu suluh di telefon bimbitnya.

Sampai di tempat parkir. Ada satu objek diletakkan di cermin hadapan keretanya. Dikepit pada visor kereta, siap dengan helaian kertas yang Rita sangka iklan pinjaman wang berlesen. Rita ambil kedua-duanya tanpa meneliti objek tersebut sebab Rita dah keletihan. Mana tidaknya, CPR 2 cycle sewaktu Pak Raman sudah tidak bernadi tadi pun melenguhkan tangannya. Keras dada Pak Raman macam batu.

Rita meneruskan pemanduannya keluar dari parkir tersebut. Sewaktu tiba di traffic light di luar hospital, Rita terasa lapar. Tekaknya teringin minum kopi ais dan makan nasi goreng ayam. Jadi Rita pun singgah tapau di kedai Kelantan berdekatan dengan hospital.

Sementara menunggu makanan siap, Rita masuk ke kereta sebab teringat dengan objek dan helaian risalah yang diletakkan di cermin keretanya. Balutan kuning diikat dengan kain merah. Rita ini noob tentang benda-benda ghaib, jadi Rita pun cuba untuk buka ikatan objek tersebut. Baru sahaja nak leraikan ikatan, ketukan di pintu mengejutkan Rita.

"Kak, makanan dah siap." pelayan tersebut menyerahkan plastik berisi makanan kepada Rita dan Rita melupakan sebentar hajatnya mahu membuka objek tersebut. 

Sampai di rumah, tidak tahan lapar, Rita terus masuk ke rumah dan terlupa terus objek yang dijumpai bersama risalah itu. Rita terus mandi sebab bimbang badi Pak Raman melekat padanya.

Malam itu Rita mimpi aneh. Ada beberapa remaja memegang ketul darah segar, ada tu berupa janin. Kaki mereka penuh darah. Ada beberapa lelaki hidungnya kelihatan belang. Gigih menadah titisan minyak dari dagu seorang wanita muda yang disalai.

Ada beberapa wanita, ada berusia ada yang muda, berdiri dan melangkahi sepinggan nasi. Ada tu darah haid menitis setitik demi setitik di atas nasi tersebut, disuap pula kemulut pasangan masing-masing.

Rita lihat, Pak Raman duduk di hadapan bekas kemenyan, dikelilingi makhluk yang gondol kepala, yang ngeri bentuk mukanya, dan menyihir dan memporak perandakan rumahtangga orang lain.

Jeritan Pak Raman jelas di telinga Rita.

"Ganti tempat aku!!!"

Dan Rita terus terjaga dan berpeluh. Ternampak bayangan hitam di sebalik langsir tingkapnya. Mustahil ada orang berjalan sebab Rita duduk di tingkat 8!! Rita dengar ketukan di pintu rumahnya. tak mungkin rakan serumahnya terlupa membawa kunci. Rakan Rita kerja syif malam!!

Rita dengar derap kaki di luar bilik dan terdengar ngongoi tangis memanggil namanya. Rita dengar bunyi pinggan mangkuk berlaga sesama sendiri, airi tandas biliknya menitis setitis demi setitis hingga laju menderu.

Rita mati akal. Siapa kacau Rita! Takkan mainan perasaannya sahaja. Takut terbawa-bawa cerita makcik dan pakcik bawang yang bercerita tentang arwah Pak Raman di kaunter jururawat sewaktu menaip laporan kematian malam tadi.

Terketar-ketar tangan Rita membuka aplikasi Muslim Pro dan memainkan bacaan Yassin bagi menghalau gangguan malam itu. Gangguan terhenti dan Rita lena dalam ketakutan.

Alarm berbunyi jam 5.45 pagi. Rita kerja pagi hari itu. Rita bangun dan masih bingung dengan gangguan yang dialaminya malam tadi. Aplikasi Muslim Pro masih memainkan bacaan ayat suci Al-Quran. Bermakna Rita bukan berhalusinasi.

Rita terus terasa seram sejuk. 6 bulan berkhidmat sebagai Jururawat, itulah kali pertama dia berhadapan dengan perkara seperti itu. Pantas Rita mandi, menunaikan solat dan bersiap ke tempat kerja. Masuk ke kereta, Rita baru teringat tentang objek yang dijumpai olehnya malam tadi.

"Sama macam Pak Raman punya. Allah, mujur aku tak buka malam tadi. Aku nak call waris dia nanti dan bagi benda ini pada dia. Tercicir agaknya semalam," ujar Rita sendirian.

Sampai di tempat kerja, Rita mencerita pada rakan sekerjanya waktu mahu ambil laporan pesakit dari rakan syif malam. Rakannya bilang, malam tadi wad tu asyik kena 'kacau' dengan 'batuk' Pak Raman padahal tidak ada pesakit yang admit dan mengalami batuk.

PPKnya siap kena tegur dengan 'Pak Raman' yang minta kopi ais dan nasi goreng ayam waktu buang urin pesakit. Terus kena berteman malam tadi.

Seram sejuk Rita dengar. Waktu sedang ambil laporan pesakit, seorang lelaki menegur Rita dan rakannya.

"Assalamualaikum Cik Misi, saya waris Pak Raman. Semalam tak sempat datang. Nak ambil barang-barang Pak Raman yang ditinggalkan sepanjang kemasukannya di dalam wad ini. 

"Bukan Encik dah datang semalam ke? Ambil balutan kuning yang selalu Pak Raman genggam kemas tu? Sampai tercicir di parking kereta" soal Rita sambil menyerahkan segala barangan milik Pak Raman bersama salinan akuan menerima harta pesakit untuk ditandatangainya.

"Cik, saya duduk Sarawak. Baru sampai pagi tadi. Saya tak datang semalam pun. Cik salah orang ni," ujar waris Pak Raman.

"Err, Cik ada buka ke balutan kuning ini?" soalnya kembali.

"Tak. Tak. Saya jumpa dan tinggalkan di dalam kereta." jawab Rita.

"Maaf bertanya, Cik ada diganggu ya malam tadi. Saya lihat lengan cik lebam ni" ujar waris itu.

Rita tidak mampu menjawab. Memang dia perasan lebam-lebam di bahu, peha dan lengannya waktu mandi pagi tadi. Dia fikir terlanggar katil pesakit atau troli kecemasan waktu sibuk resus Pak Raman semalam.

"Ini ada air tawar. Saya dah agak akan jadi macam ni. Cik minum air ni. InsyaAllah tidak ada gangguan lagi. Mujur tidak diusik balutan ini. Saya minta diri dahulu ya Cik," kata waris itu dan terus berlalu pergi.

Rita rasa mahu pitam. Jika bukan lelaki itu yang dia beri balutan kuning tersebut, siapa pula yang dia jumpa semalam? Macam mana pula boleh ada benda itu di selit di cermin keretanya?

Rita menaip pesanan ringkas kepada adiknya.

'Nanti teman akak kat rumah sewa...'



from The Reporter https://ift.tt/2NxkJsD
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2wuBC0q
via IFTTT

'Setahun sekali dapat merasa KFC' - Ramai netizen menangis part tray KFC terjatuh


Apabila kita sudah berada di 'atas', jangan pernah lupa bahawa kita pernah berada di 'bawah' suatu ketika dahulu. Begitu juga dengan pengorbanan ibu bapa dalam menjaga dan mendidik kita dari kecil sehinggalah dewasa. 

Perkongsian mengenai kisah setahun sekali dapat merasa makanan Kentucky Fried Chicken (KFC), benar-benar mengusik hati netizen. Cerita yang ringkas, tetapi membawa erti yang mendalam, lebih-lebih lagi kepada mereka yang pernah merasai situasi yang sama. 

Oleh yang demikian, hargailah ibu bapa anda. Jangan pernah dilupakan jasa pengorbanan mereka. Semoga perkongsian dari Shamxy Kamal memberi manfaat kepada kita semua. 

PENGALAMAN aku yang paling tidak boleh dilupakan, tentang KFC masa aku sekolah rendah. Bayangkan ibu bapa aku membesarkan lapan orang anak dengan gaji yang tidak seberapa.

Satu hari itu, my dad tiba-tiba ajak kami semua makan di luar. Rupa-rupanya makan di KFC. Boleh dikira setahun sekali dapat merasa KFC. 

Sampai di KFC, my dad pun order macam biasa. So selesai semua, meal kami dalam dua tray jugalah. Aku punya teruja nak tolong my dad angkat satu tray. Lucky aku tolong angkat tray yang set asing sebab dekat my dad punya tray set yang berbucket. 

Jalan punya jalan, nak sampai dekat dengan meja makan, POP!! Aku terjatuh dan semua meal bersepah. Okey, masa itu memang aku menangis. Yelah, sakit. Tapi apa yang lagi menyakitkan, aku tak perasan meal yang aku bawa itu set untuk my dad and mom. 

My dad just biarkan kami adik beradik makan sementara dad and mom just makan mashed potatoes dan coleslaw sahaja. Bila dapat merasa KFC lagi? Setahun lagi pun belum tentu.

So bila aku dah besar dan bekerja, aku tak pernah terlupa belanja keluarga aku makan besar setiap kali gaji. Diorang dah berkorban untuk melihat anak-anak diorang makan dengan happy. So it's my turn to make them happy. 

Sumber: Shamxy Kamal


from The Reporter https://ift.tt/2C3dzLw
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2PPMP3O
via IFTTT

(Video) Konduktor bas 'tinju' rakan sekerja kerana enggan beri tempat duduk kepada warga emas


Seorang konduktor bas menumbuk penumpang lelaki berkali-kali kerana enggan memberi tempat duduknya kepada seorang penumpang warga emas, lapor Coconut Manila. 

Dalam kejadian jam 1 petang Selasa itu sempat dirakam salah seorang penumpang bas berkenaan, Janno Cabatuan, yang kemudian dimuat naik ke laman Facebook dan video insiden itu viral meluas di media sosial. 

Difahamkan, bas milik syarikat Dela Rosa Transit itu dalam perjalanan ke Manumento, Caloocan. 

Video kejadian telah dikongsi lebih 31,000 kali oleh pengguna Facebook yang memberi pelbagai reaksi mengenainya. 


Menurut Cabatuan, lelaki berbaju merah itu tidak membayar tambang dan mendakwa dirinya kakitangan syarikat bas tersebut. Konduktor itu kemudian membenarkan dia masuk ke dalam bas. 

Apabila datang seorang penumpang wanita warga emas, konduktor berkenaan meminta lelaki terbabit memberikan tempat duduknya untuk warga emas berkenaan yang telah membayar tambangnya.

"Lelaki itu enggan dan mula berlagak seperti mahu memukul konduktor bas tersebut. Bagaimanapun dia gagal berbuat demikian. Sebaliknya, konduktor berkenaan mengambil kesempatan untuk meninju muka lelaki itu beberapa kali," katanya. 

Lelaki itu terus berada dalam bas sebelum ada suara-suara para penumpang yang lain meminta lelaki itu keluar dari bas. 

Sementara itu di media sosial, netizen teruja melihat video viral tersebut. 

"Dia terima semua tumbukan padu itu, tetapi langsung tak membalasnya," kata Paul Flores. 


from The Reporter https://ift.tt/2NvXizV
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2NuiRks
via IFTTT

Wednesday, 29 August 2018

Bayar saman DBKL dari sebelum 1 September atau diblacklist oleh JPJ


Pengguna kenderaan yang mempunyai saman dari Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tertunggak (saman dikeluarkan sebelum 1 September) diberi tempoh sebulan untuk membuat pembayaran atau berdepan dengan tindakan disenarai hitamkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), lapor The Star. 

Bagi meringankan beban pesalah trafik, DBKL bermurah hati menawarkan kadar khas kompaun serendah RM20 kepada pesalah trafik yang belum menjelaskan notis kompaun kesalahan tempat letak kenderaan bermeter dan lalu lintas.

Pengarah Jabatan Perancang Korporat DBKL Khairul Azmir Ahmad berkata kadar khas kompaun itu akan ditawarkan bermula 1 Sept hingga 30 Sept ini.

"Kompaun khas RM20 diberikan bagi pengguna motosikal, RM30 bagi kereta, MPV, van, lori kecil, pikap, 4WD dan SUV manakala RM50 bagi kenderaan berat seperti lori besar, bas, kren, traktor dan treler.

"Inisiatif ini adalah peluang bagi pesalah trafik menyelesaikan notis kompaun yang diterima sebelum 1 Sept 2018 bagi mengelakkan kes mereka disenarai hitam oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)," katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Namun kadar khas itu tidak termasuk kesalahan yang sudah disenarai hitam (status W) dan kes mahkamah seperti tindakan undang-undang (U), sebutan mahkamah (M) dan waran tangkap (W)), katanya.

Bayaran kadar khas itu boleh dibuat di beberapa lokasi antaranya kaunter bayaran dan kiosk DBKL, pejabat pos, aplikasi mudah alih DBKL Mobis dan portal dalam talian www.myeg.com atau e-bayar. - Bernama


from The Reporter https://ift.tt/2C0kBRb
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2PkIWD7
via IFTTT

Dapur gas meletup, bayi melecur 30%


Kanak-kanak lelaki berusia 2 tahun melecur 30 peratus di anggota badannya akibat terkena air panas selepas dapur memasak di rumahnya meletup secara tiba-tiba, lapor Harian Metro

Dalam kejadian jam 4.50 petang 18 Ogos lalu, mangsa melecur di bahgian belakang badan sehingga lutut dan dikejar ke hospital dan dimasukkan ke wad selama 8 hari untuk diberikan rawatan. 

Ibu mangsa, Chong Roushi, 31, berkata, sebelum kejadian berlaku, dia berada dapur memotong buah epal, sementara dua orang anak sedang menunggu berhampiran. 

Tidak lama kemudian, Chong terdengar bunyi retakan yang disangkanya anak membaling mainan. Tetapi sebaik saja menoleh ke belakang, dia terkejut apabila mendapati dapur baharu yang dibelinya tiga bulan lalu sudah retak dan air yang sedang dimasak sekelip mata jatuh ke lantai. 


"Belum saya mengambilnya, anak yang terkejut dengan kejadian itu terjatuh ke belakang dan terkena air panas yang tertumpah ke lantai," katanya. 

Chong tidak menyangka, dapur yang baru dibelinya itu boleh meletup dan pecah dalam tempoh jaminan selama setahun. 

"Saya amat trauma dan terkesan dengan kejadian ini kerana tidak sanggup melihat anak menanggung kesakitan. 



"Sehingga kini, saya dan suami, Wong Lin Siang, 37, kecewa kerana tiada wakil dari pihak pengeluar dapur memasak itu berjumpa bagi membincangkan perkara berkenaan," katanya yang juga telah membuat laporan polis berhubung kejadian itu pada hari yang sama. 


Seminggu selepas kejadian itu, Chong berkongsi mengenai kejadian itu di media sosial dan menasihatkan ibu bapa di luar sana berhati-hati apabila menggunakan dapur memasak jenis kaca. 


from The Reporter https://ift.tt/2MUKBSj
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2PQuyUb
via IFTTT
loading...